Setenang gelora samudera ini
Dan burung-burung camar yang takkan berhenti untuk menyanyi,
begitulah hatiku kini
Saat kau masih lagi di sini, gelisah jiwa pun berakhir
Terlalu rapuh kelopak sang mawar yang gugur pada malam tadi
Dihembus badai yang cuma hadir seketika
Namun, aku terlalu mengetahui bahawa hatimu tak serapuh itu
Kerana aku percaya bahawa pergimu memang untuk selamanya di
sini,
namun hanya seketika di sana
Hamparan samudera biru yang tenang mengiringi pergimu telah
membuktikannya
Titis hujan yang syahdu seolah-olah merestui ketenanganmu
meninggalkanku
Akhirnya kau menemui jua pencarianmu selama ini
Pergimu tak dapat aku temani, namun izinku bersama denganmu
Aku tahu bintang yang bergemerlapan itu tersenyum melihat
keasyikanmu diulit lena yang aman
Namun, mengapa kelopak bunga mawar itu sentiasa gugur sejak
kau tiada?
Mungkinkah ia…
Ah…biarlah aku padam sahaja pertanyaan itu
Dan di saat ini, aku berharap kau dapat mendengar luahan
kasihku terhadapmu
Percayalah, terlalu beruntung diri ini apabila
dianugerahkanmu
Segala kasih dan sayang yang aku berikan padamu terlalu
mendalam
Aku tak pernah menyesal sewaktu menjalani hidup denganmu,
biarpun cuma seketika
Dan aku tak akan menyesal bila aku kehilanganmu
Kerna aku tahu, suatu hari yang abadi untukku pasti akan
tiba jua
Di saat itu, aku berdoa supaya aku ditemukan denganmu
Segalanya yang aku katakan telah membuktikan betapa aku
tidak pernah menyesal
menyintaimu
Senyuman di bibirmu membuatkan aku tahu bahawa kau
memerlukan aku di sisimu menemani pemergianmu
Dan telah pun kukotakannya sewaktu mengiringi kau pergi
Sinar kebenaran di sebalik pejaman matamu seolah-olah
menyatakan
kau tak pernah ingin meninggalkan aku sendirian
Benar, waktu-waktu terindah sewaktu bersamamu sentiasa
menemani hidupku
Sentuhan tanganmu di saat-saat terakhir pemergianmu telah
membuktikan kau sentiasa ingin bersamaku
Namun, sentuhan itu seketika cuma, tidak selamanya
Tetapi percayalah bahawa kehangatan sentuhanmu akan sentiasa
membangkitkan kasihku untukmu…
Sabarlah menanti, aku kan mengekorimu bersama cinta bila
tiba masanya nanti
(10.13 a.m.-10.44 a.m. 21 Oktober
2003)
No comments:
Post a Comment