Total Pageviews

Friday, 27 January 2012

CINTA MEGA


Hari itu mungkin menjadi detik indah yang kan tertanam sampai bila-bila dalam fikiranku
Dia satu-satunya jejaka yang mampu menghadirkan kembali ‘cinta’ dalam hidupku
Mungkin tertakdir ‘Dia’ adalah anugerah dari-Nya untukku
Bukan sekadar menghadirkan rasa ajaib itu, bahkan ‘Dia’ mencipta episod baru dalam seluruh hidupku
Di celahan pucuk yang tumbuh, ‘Dia’ di antara yang subur menghijau
Mekarnya bukan melata di tanah rata tetapi menghijaukan laman jiwaku yang sebenarnya kesunyian

Sungguh, aku mengaku bahawa hati ini berjaya ditaklukinya
Dan sungguh, aku merelakan cinta ini menjadi miliknya
Aku jua sepertinya, menyintai dan memujanya sebagai pencintaku
Tiada walau sekelumit pun hitam yang kupalitkan dalam inti cintaku padanya
Biarpun jarak sentiasa menjadi tembok untuk selalu bersua
Biarpun aku tak berpeluang mencium bau wangi kasihnya tika dia tiada di sisiku
Sesungguhnya definisi kasih terhadapnya cukup luas untuk dirungkaikan

Sukar untuk aku tafsirkan erti kebahagiaan yang mendiami segenap jiwa
Seluruh hidupku ditawan dengan ketulusan kasih sayangnya
Benar, setiap kali aku mendampinginya, terasa diri ini dikepung dengan kawat-kawat keselamatan yang tidak goyah
Setiap kali menatap wajahnya, terasa keberuntungan diberi peluang memiliki cintanya
Setinggi langit yang sukar digapai, setinggi itu jugalah harapan kasihku padanya
Kerna ‘Dia’ insan terindah yang pernah kutakluki, ‘Dia’ lelaki terhebat yang pernah memelukku dan ‘Dia’ jejaka termega pernah kudapatkan…


(11.59 a.m.-1.02 p.m. 17 Jun 2007)

No comments:

Post a Comment