Kala mata disinari cahaya garang senja
Kala lidah kelu dipana keindahan mentari merah
Kala diri terpaku oleh keajaiban ciptaan-Nya
Aku mengerti dan perlahan-lahan aku memahaminya
Haruskah aku membandingkan dirimu dengan keindahan saat ini?
Sememangnya kau lebih bererti tika dan saat ini
Harus aku akui, keindahan saat ini adalah jelmaan
keindahanmu
Namun, akankah ia kekal selamanya…?
Menemani dan membelai keresahan yang aku rasai di hari depan
Tak pernah luntur kasihmu seperti setianya bumi ini beredar
Seperti siang yang tetap mengiringi malam di setiap paksi
bumi
Seperti langit yang tetap membiru walaupun dilindungi awan
Saat segala keayuanku telah luntur
Setiakah kau memuji keindahan kasihku?
Akankah berubah cintamu saat rambutku mulai memutih?
Jangan diakui semuanya saat ini
Kerna kutakut segalanya akan berubah dan menjadi kenangan
Biarlah nanti bulan yang menjadi saksi segalanya
Biar satu hari nanti keteguhan kasihmu akan terbukti…
Aku tak mahu memateri janji setia cintaku padamu buat
selamanya
Aku tak mahu memori kita menjadi khazanah dalam hidupku
Yang aku mahu dirimu dan cintamu menemani aku ke hujung
nyawa
Aku tak mahu janji-janji kepuraan yang akan menghancurkan
hidupku
Biarlah bulan menjadi saksi cinta kau dan aku
Kau harus tahu dalam hatiku tertulis cinta untukmu
Namun kau jua harus mengerti dan cuba memahami
Ada getaran dalam hatiku saat mata bertentangan dengan yang
lain
Dalam hatiku bergetar saat dibelai dan dimanjai oleh yang
lain
Aku tak mampu memboloskan diriku dari cengkaman kasih yang
lain
Entah mengapa hati terpaku saat jemari digenggam erat oleh
yang lain
Tapi kau perlu tahu, sebenar cinta ini hanya untukmu
Tak mampu aku menilainya sebagai cinta sejati kerna…
Kerna aku takut jiwaku akan berubah suatu masa nanti
Namun, sebenar-benar cinta di saat ini hanyalah untuk dirimu
Mungkinkah kau akan percaya?
Apa jua terjadi, biarlah bulan menjadi saksinya…
Aku tak pernah mahu kau meninggalkan diriku
Jua aku tak mampu untuk melupakanmu
Namamu telah kukhabarkan kepada semua bahawa kau adalah
kasihku
Tetapi, mungkinkah ia kekal buat selamanya seperti kasih
sejati Romeo dan Juliet…?
Bayu, tiupkanlah selalu angin cinta dan rindu aku dan dia
Jangan dihadirkan hujan dan guruh yang akan memusnahkan
milik aku dan dia
Apa pun yang bakal terjadi, biarlah bulan menjadi saksi
segalanya…
(9.57a.m.-10.21 a.m. 22 Julai
2003)
No comments:
Post a Comment