Total Pageviews

Friday, 27 January 2012

JUARA CARTA DI JIWAKU


Terlalu klasik untuk menyebut, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi
Namun kalimah ajaib itulah yang membawa erti dalam kehidupanku
Benar, penantian yang selama ini kutanggung telah menjadi realiti
Saat-saat sepi yang dulu kini bertukar menjadi detik yang paling indah
Hadirmu setanding dengan tujuh juzuk warna pelangi, terlalu indah!

Kau ibarat lagu yang tercipta nan indah
Melodimu mengalun rima kehidupanku saban hari
Tercipta dan dicipta oleh pengubah yang teragung, hanya untukku
Kedudukanmu di hatiku tak pernah berubah
Saban hari kau sentiasa mendaki carta teratas di jiwaku
Kedudukanmu tak pernah tergugat oleh yang lain, takkan bisa digugatkan
Kelebihan ciptaanmu terlalu luar biasa
Apapun yang hadir dan berlaku, kau tetap nombor satu
Kaulah juara carta di jiwaku

Namun, kerisauanku tetap menyelubungi jiwa
Bimbang kedudukanmu bergoyang dicabar yang lain
Bimbang iramamu diubah keindahannya
Aku bimbang jika harapan dan impian tidak setanding mimpi
Aku bimbang kehebatanmu dirampas oleh satu getaran asing
Selalu kuberdoa agar kau tidak pernah jatuh dari carta teratas di jiwaku
Kerana kupercaya kau sentiasa akan mekar menghijau di jiwaku
Tetap juara carta di jiwaku…


(9.35 p.m. <21 Oktober 2004>
 -<9.43 p.m. <25 Oktober 2004>)

No comments:

Post a Comment