Biar aku di sini menanti gema cintamu
Biar aku di sini mengarang lembaran rindu buatmu
Biarlah aku di sini menemui sendiri kepuasan cintaku
Walau kau berkali-kali merebahkan keutuhan cintaku
Jernihkanlah hatimu agar dapat kau kenal sucinya kasihku
Rakamkanlah saat pertemuan cinta kita berdua di dalam
mindamu
Kasih, apa lagi yang perlu kubuktikan padamu bahawa aku amat
menyintaimu
Jika ada lagi cara hikmat yang lain untuk kau mempercayaiku
Sampaikanlah ia padaku agar dapat aku gapaikannya untukmu
Kasih, mungkin tiada secalit kesan padamu sewaktu kita
berdua melayari cinta
Namun bagiku, ia menghadirkan erti keindahan yang tak dapat
diungkapkan dengan kata
Kedamaian melingkar hatiku tatkala jemarimu menyentuh
tubuhku
Menjadikan kehidupanku erat bertaut cinta kasih
Kekasih, sesungguhnya telah kubersumpah bahawa
Terkutuk aku bila melepaskan segala cintamu itu
Terhina diriku jika menyekutukan kasihmu dengan yang lain
Walau kau mampu untuk menduakanku
Kan kubertahan dengan cinta ini buat selama-lamanya
Kekasih, malam hiba sebegini memahami perjalanan hatiku
Merinduimu bagai menanggung beban yang paling berat
Namun rela kupujuk hatiku agar terus tidak berhenti
menyintaimu
Maka terangkanlah sejujurnya kepadaku
Bagaimana caranya untuk kau mengerti ketulusan cintaku
Cintaku tak sehebat dunia yang sentiasa berubah
Namun, akan kucuba menjadi seperti Hawa yang setia menanti
Adam meskipun terpisah di dunia lain
Dan kekasih, cubalah setia padaku
Cubalah untuk memahami dan menerima kasihku…
(9.10 a.m.-9.20 a.m. 20 Ogos 2004)
No comments:
Post a Comment