Hari ini seperti semalam
Tiada sesuatu yang istimewa tanpa dirimu
Pagi ini, nyanyian nyaring beburung sudah mula berkurangan
Seperti beburung, aku jua tidak gembira hari ini
Aku tidak berdaya untuk melawan godaan kerinduan tentang
memori bersamamu
Diri ini longlai untuk menatap wajah dunia tanpa ditemanimu
Semalam, aku terpaksa mengharungi malam yang sepi tanpa
ditemani kamu
Aku sendiri, sendiri melayari mimpi-mimpi buruk yang menerpa
lenaku
Kau tiada membelai aku dalam dakapan eratmu
Kucuba untuk meletakkan memori bersamamu di sudut yang
paling baik di hatiku
Namun semuanya seperti kosong, bayanganmu sering mengekori
aku
Lalu, segala saat indah bersama denganmu kubangkitkan
Bukan sengaja ingin kumengungkiti kisah silam, tapi
kerinduan terhadapmu memaksa aku melakukannya
Biarlah cinta di hati ini kau bawa pergi bersamamu
Namun aku tetap memegang janjiku terhadapmu
Biarlah kau padam segala waktu terindah ditemani candaku
Namun aku tetap menjulang namamu di jiwaku buat selamanya
Pergimu bersama pengertian hidupku
Kebahagiaan ini ada pada dirimu, percayalah…
Dan satu yang terindah dalam hidup ini, aku akui ianya
adalah dirimu
Di hati ini, tetap ada keyakinan bahawa aku milikmu
Aku rela walaupun kau pergi kerana menyintai dia
Mungkin cinta ini tiada lagi keindahannya pada pandanganmu
Tapi, hargailah asmara yang pernah kita bina dulu
Kenanglah cinta kita walaupun dia ada di sisimu
Aku cuba untuk melepaskan kerinduan terhadapmu ke tempat
yang paling abadi
Namun kerinduan itu tetap kembali memaksaku untuk
mengingatimu
Benarlah apa yang dikata, kerinduan satu penyeksaan
Aku ingin kau akui bahawa cinta ini pernah kau miliki
Dan aku sendiri tetap akan mempertahankan kesucian asmara
kita
Aku kan buktikannya hingga ke nafasku ini
Berjanjilah, kau takkan pernah ingin memadamkan saat indah
bersamaku
Aku jua berjanji akan tetap menerimamu jika kau kembali
padaku
Takkan kubiar cinta suci ini usai dan goyah dengan
memberinya kepada yang lain
Dan berjanjilah kau padaku, bersihkan semua keraguanmu
terhadap cintaku
Percayalah, kasih ini telah tersemat selamanya untukmu…
(12.40 p.m.-1.07 p.m. 20 Oktober
2003)
No comments:
Post a Comment