Malam tidak lagi ditaburi bintang
Siang pun tidak lagi bermahkotakan matahari
Mengapa di saat begini dia sempat lagi memautkan hatinya di
hatiku?
Mungkinkah dia masih ingin meyakinkan aku bahawa dia milikku
dan aku bukan bersendirian
Namun realitinya, itulah terapi hati yang terbaik tatkala
aku dibebankan dengan seribu persoalan
Di sebaliknya masih lagi aku berfikir, perlukah aku membawa
bersama semua itu dalam ketenangan abadi yang bakal kulalui nanti
Biarlah aku saja yang melalui ketenteraman ini
Biar aku menjalani segalanya tanpa diiringi sesiapa
Kerna ketenangan inilah yang telah kucari sekian lama
Biarlah kasihnya kubawa dalam dakapan kebahagiaanku
Dan biarlah semuanya berakhir di arena ini, biar akhirnya di
sini…
(11.30 p.m.-11.46 p.m. 7 Februari
2005)
No comments:
Post a Comment