Saat pertama kali ketukan cintamu memecah ruang hening
hatiku,
aku bingung, jiwaku kosong
Tak pernah sekali terdetik untuk mengenali cinta
Apatah lagi untuk cuba memahami makna cinta
Kerna aku masih lagi percaya…
Cinta tidak boleh sesekali disanjung
Masih lagi segar di ingatan…
Tatkala ketukan pertama cintamu di hatiku
Kubuka jendela hati untuk mengintai bayangan kasihmu
Pintu hati masih lagi kukunci rapat, bimbang dicerobohi
Namun renungan azimatmu memanah hatiku, tepat!
Ada sesuatu dalam renunganmu…sesuatu yang bakal kuketahui
Terpancar kejujuran dari keindahan kasihmu
Dan aku? Aku mula mengerti
Siapa sangka, pandanganmu yang seketika mengubah anggapanku,
malah kesannya adalah selama-lamanya
Ternyata degilmu melebihi degilku
Kau tegar untuk memiliki hatiku, aku terpaksa akur
Demi Tuhan, sejak detik ajaib itu hatiku telah terbuka luas…
Merasai genggaman tanganmu buat pertama kali, aku gontai
Terasa kehangatan kasihmu mengalir dalam darahku
Di syurgakah aku? Ada pesona keindahan seperti tiada
berpenghujung
dalam diriku. Harum dan mewangi!
Seketika aku berdoa semoga waktu seperti ini tidak akan
berakhir
Ada kelainan dalam diriku apabila berada di sisimu
Indah…terlalu indah dan aku mahu keindahan itu mendekatiku
saban hari
Demi Tuhan juga, hatiku telah kau miliki dan aku ingin kau
tahu…
Ada sesuatu yang sedang berlaku dalam hidupku. Cinta? Cinta…
Benarlah kata pujangga, “kerana cinta raja pun boleh menjadi
hamba”
Dan saat ini, aku mahu semua orang memahami dan mengagumi
cinta aku dan dirimu!
=7.55 p.m. (Sabtu, 18 Disember 2004)-10.20 p.m. (Ahad, 26
Disember 2004)=
No comments:
Post a Comment