Total Pageviews

Friday, 27 January 2012

AKU RINDU TOKCIK!

Aku cicit Haji Lah!Dia hebat!
Dia imam kat kampung,dia suka menulis...
Tapi dia selalu tulis  dalam Jawi
Aku bangga sebab nek aku pandai menulis,nek aku bukanlah seorang tua yang bodoh,yang cuma tahu habiskan sisa usia tua dengan baring terkelepek atas katil,yang cuma tahu merenung masa depan yang entah tinggal berapa kerat hari lagi atau silam di daun pintu rumah...
Nek aku Haji Lah ok!Semua orang kenal,Cina kat kedai Kota pun admire nek aku...
Polis Kota pun hormat nek aku,semua orang hormat Haji Lah!
Dan aku katakan Haji Lah hebat sebab dia mampu lahirkan seorang lantang yang masyhur,yang bijak mengawal dan mempergunakan penanya!

Aku katakan Haji Lah hebat sebab pasal dia,ada Azizi!
Korang kenal Azizi Haji Abdullah?Apa?Aku tanya korang lah,yang baca tulisan bodoh aku ni...
Kenal?Ikhlas aku katakan,korang bangang dan lopek kalau tak kenal lelaki lantang tu..
Lelaki yang suka carut dan maki,yang suka hisap paip,yang suka makan ikan sepat bendang,yang suka cakap kuat-kuat,yang suka kritik orang depan-depan,yang bawak kelisa oren,yang pernah buat dunia sastera kagum dengan karya sasteranya...
Dia siapa?Dia orang lah tapi dia tok cik aku...
Dan aku sayang sungguh pada dia...
Shit!Air mata aku dah nak mula muntah dari kelopak mata bila saja sampai ke bahagian ni...

Aku rindu tok cik,itu memang ikhlas...
Itu yang aku nak cakap kalau Shahnon Ahmad,A.Samad Said atau Mat Sabu tanyakan padaku apa yang ingin aku ungkapkan kepada teman sejati mereka
Ya,aku rindu orang tua galak itu!
Orang tua hebat yang dari aku kecil,selalu culik aku dari rumah dan bawak jalan-jalan sebagai teman kepada puteri jelitanya...
Orang tua yang gila dengan buku dan komputer yang selalu bawak aku pergi pondok Tok Ya untuk aku 'perhati' apa sebenarnya kerja dia...
Aku rindu anak lelaki bongsu Haji Lah!

Dia hebat!Dia sangat hebat dengan setiap hamburan kata-katanya
Dia bukan gangster,dia bukan jutawan (bawak Kelisa je kot),dia bukan artis okay,dia seorang PENULIS TEGAR yang selalu mencungkil idea dengan pergi ke seluruh pelosok alam!
Tok cik,kalau tok cik ada lagi,dekat sini,depan mata ni...
1 je Mal nak tanya,kenapa seumur hidup tok cik,tak pernah sekali pun tok cik cerita tentang kerjaya tok cik?
Tak pernah tok cik suruh baca semua karya mega tok cik?
Kedekut ilmu ke?Atau malas bercerita?
Tapi sekarang bila tok cik dah tak ada lagi depan komputer gila tok cik tu,aku rasa aku dah faham...
Aku dapat rasakan yang aku ada mewarisi bakat tok cik sedikit...
Sedikit sahaja,mungkin besar kuman saja
Tak mampu aku nak melawan kehandalan orang tua itu bila berbahasa,terlalu agung!Penuh dengan rasa semulajadi
Aku cuma menulis bodoh yang entah apa-apa!Yang mungkin tok cik cakap "sampah"!

Tok cik,rindu sangat!
Ya aku bersumpah aku benci perasaan ini...Ini rasa gila!Perasaan ini sungguh gila!
Buat aku nak merayu pada Tuhan,kembalikan tok cik aku,kembalikan lelaki hebat itu kepada kami...
Aku rindu tok cik,Pak Non rindu tok cik,Pak Samad pun selalu teringat tok cik...
Mungkin Pak Samad rindu nak bersaing dengan pena tokc ik yang sama tajam dengan penanya,...
Mungkin Pak Non rindu nak bergebang carut-carut dengan tok cik...

Tok cik!Rindu ni dah tak terbendung lagi...
Membelek-belek facebook dan blog tok cik,itulah kerja aku bila perasaan ini tak dapat terkawal lagi
Mengharap tok cik datang ke rumah tok di pagi raya dengan suara yang hingar,itu harapan aku
Harapan yang aku tahu memang tinggal harapan...
Allahku yang Maha Pengampun,ampuni semua dosa tok cik,lenyapkan semua khilaf yang pernah dia contengkan atas kanvas hidup dia selama 69 tahun menghidu udaraMu
Itu satu lagi harapanku...
Satu yang aku tak akan lupa,"KALAU NAK MENULIS TU,TULIS DENGAN HATI,DENGAN AKAL CERDIK,BUKAN SEMATA-MATA IKUT TREND,BUKAN MENIRU ORANG.JANGAN JADI PENULIS BANGANG YANG BUAT ORANG RASA NAK LEMPANG BILA BACA..."
Terima kasih lelaki hebat,itu aku pakukan dalam minda sampai bila-bila,sampai mati...


*Alfatihah buat tok cik aku Azizi Haji Abdullah 4 April 1942-21 Ogos 2011

(27 Januari 2012,1.35 pm-2.17 pm)

No comments:

Post a Comment