Total Pageviews

Wednesday, 3 October 2012

setengah-setengah

pukul 4 setengah.
otak dan jiwa aku masih bertelagah.
mintak untuk dibawa ke tengah.
tapi tak apalah.
penat,sumpah termengah-mengah!

(4.30 pm 2 Oktober 2012)

Monday, 3 September 2012

bapak hipokrit ah!

Aku jadi cikgu? CIKGU??? Diulangi, cikgu???Maigadddd!!! Aku tak mau jadi macam emak aku ok! Walaupun tak ada siapa pun dalam senarai adik-beradik aku mewarisi kerjaya emak aku...Ahhh skema dan terlalu Bahasa Melayu pulak gelarkan ummi sebagai emak! Emak, klasiknya... Hye emak! Ohh, berbalik kepada menjadi seorang guru... Mungkin aku dilahirkan bukan sebegitu rupa. Mungkin aku tidak dibenarkan untuk menjadi seorang guru sebab aku tidak punya sifat sabar yang walaupun hanya 10%! Percayalah....Maka kalian boleh buat ujian poligraf kalau tak percaya yang aku langsung tak punya sifat sabar. Teruknya! Ya, itulah aku. Itulah dia Amal Husna bt Abd Samad. Guru... Aku tak dapat nafikan dan tiada siapapun di dunia ni mampu nafikan bahawasanya guru itu seorang yang mulia. Bagi aku, sesiapa yang menjadi guru pastinya mempunyai peribadi yang sangat tinggi. Tapi cikgu zaman sekarang ni tak sama langsung dengan cikgu zaman dulu-dulu. Cikgu zaman sekarang ni hanya bersandarkan gaji semata-mata. Kalian perlu untuk tidak menolak kenyataan ini ya...Tapi bukan semua. Namun, bukan ini yang mahu aku tekankan di sini untuk pagi ni. Yang aku mahu nyatakan, aku tidak mampu menjadi seorang guru, mendidik orang. Seorang kawan baik sejak di Tadika Pasti yakni seorang guru kini mencadangkan agar aku menjadi seorang guru dan mengajar sekumpulan manusia yang bergelar pelajar. Aku tidak mampu! Percayalah aku tidak mampu dan aku tidak mahu! Oh ya, dia sertakan sekali tips yang diperlukan untuk menjadi seorang cikgu iaitu ".bila kena sound buat muka smangat nk trima nasihat.usha mata diam.fake ur smile.lastt skali baru maki dlm hati".Ok Asyraf, tips hang sangat menjana minda! Hahahhaha...

Tungguuuu!!! Maki dalam hati??? Bapah hipokrit ah!

( 4 September 2012 11.02 am)

bangunkan aku bila September berakhir...

4 September 2012. Tolong bangunkan aku bila September berakhir. Dah macam lagu Green Day! Fuhhhhh! Ada apa dengan September? Ada dunia baru! Dunia apa? Dunia yang aku dan aku-aku sahaja yang bisa faham, bisa terbiasa. Maka, tolong kejutkan aku bila September berakhir...

( 10.24 am 4 September 2012)

10.10 am

Main dengan politik aku sekarang. Janggal. Tapi best! Maigadddddd bertambah-tambah explode otak aku sekarang. Ok, semoga aku lebih mencintai dan menggali sedalam-dalamnya semua permainan politik ni...

senario politik di Malaysia


Mungkin agak klise kalau disebut senario politik di Malaysia semakin kotor. Namun itulah realitinya. Realiti mengenai situasi sebenarnya politik di Malaysia kita. Satu yang mungkin ramai yang masih lagi tidak menyedari bahawa politik di Malaysia berada di takuk yang menggerunkan! Kita tidak mahu pepatah ‘menang sorak kampung tergadai’ digunakan untuk menggambarkan betapa kotornya permainan politik di Malaysia kini namun sekiranya berterusan, maka pepatah inilah yang harus diguna pakai. Saya selalu mendengar orang bercakap ‘politik tidak kotor tapi orang yang di dalam politik itu yang kotor’. Dan saya perlu untuk mengakui perkara tersebut kerana ada kebenaran di sebaliknya apabila kita memerhati secara telus.
                Lihat sahaja pada perkembangan negara yang terkini. Satu demi satu permainan politik diatur oleh mereka yang sememangnya telah sedia mahir dalam arena ini. Kedua-dua parti bertelagah, masing-masing sibuk mempertahankan prinsip tersendiri sehingga sanggup membuka aib individu tertentu. Politik kita sudah semakin tidak telus. Semuanya saban hari hanya bersandarkan pada populariti, nama, pangkat, dan pujian semata. Maka kita tidak seharusnya marah apabila rakyat mula membuat persepsi sendiri dengan mengatakan bahawa ahli politik di Malaysia berpolitik kerana hanya inginkan wang! Kesucian parlimen juga sudah tercemar apabila masing-masing membelakangkan rasa hormat kepada parlimen dengan membuka aib masing-masing dan bertikam lidah ketika sidang sedang berlangsung. Itu realiti situasi politik di Malaysia pada masa kini dan itu  juga yang kita nampak dengan mata kita sendiri.             
                Hasil daripada kekotoran di dalam politik itulah maka lahirnya perhimpunan Bersih 3.0, isu polis ganas, video seks haram, songlap duit kerajaan, penipuan duit rakyat dan banyak lagi isu yang ada sesetengah darinya hanya dipandang sepi. Kita sibuk melayan isu sensasi, isu yang sepatutnya? Abaikan sebentar isu-isu lapuk seperti video seks haram, banyak lagi isu yang lebih penting iaitu isu gula, minyak, gaji dan apa sahaja yang berkaitan dengan ekonomi dan keharmonian negara. Satu yang kita perlu sedar dan buka mata luas-luas, Malaysia ini negara Islam. Jangan hanya kerana politik semata-mata, negara kita lantas menjadi seperti apa yang berlaku di Mesir dan Iran. Mahukah kita menjadi seperti rakyat Palestin yang masih lagi berdepan dengan peperangan serta keganasan selama berpuluh-puluh tahun? Hanya kerana sibuk memperjuangkan politik kotor kita, maka rakyat seharusnya menerima nasib seperti rakyat Palestin? Kita tidak mahu suasana ini berlaku di Malaysia. Dan kita tidak mahu juga peristiwa 13 Mei 1969 berulang di Malaysia.
                Mereka yang berada dalam politik itu perlu sedar sendiri. Mereka perlu buka mata dan lihat kesan yang akan terjadi akibat permainan kotor mereka. Kerajaan perlu menunaikan apa yang telah dijanji kepada rakyat, bukan hanya berlumba untuk memenangi pilihanraya akan datang lantas menumbangkan pihak pembangkang.  Selepas tsunami politik yang melanda negara pada pilihanraya umum tahun 2008 di mana pembangkang (Pakatan Rakyat) menidakkan majoriti 2/3 yang telah lama dipegang oleh kerajaan persekutuan (Barisan Nasional), dapat dilihat berlaku perubahan struktur kepimpinan politik kerajaan yang mula kehilangan sokongan (sewaktu pimpinan Pak Lah), terutamanya dari golongan muda dan kawasan bandar yang menjadi nadi utama dalam pengukuhan ikatan kerajaan . Sejak Dato’ Seri Najib mengambil alih negara, pelbagai strategi dilancarkan untuk menarik kembali sokongan rakyat. Media alternatif menjadi pemangkin utama. Kedua-dua pihak mula menyerang. Masing-masing ada senjata sendiri. Pelbagai isu digunakan untuk meraih undi. Elemen 'penurunan harga minyak' dan 'bantuan rakyat 1Malaysia' digunakan secara maksimum oleh kerajaan. Yang pasti, rakyat semakin bijak untuk menentukan masa depan negara. Walaubagaimanapun, pembangkang dilihat tidak konsisten dalam memperjuangkan manifesto mereka. Ini disebabkan pelbagai isu seperti rasuah, skandal, perbezaan pendapat dan lain-lain membuat rakyat kurang berkeyakinan untuk menyokong mereka. Akhirnya, lahirlah satu kelompok yang tidak memihak kepada kedua-dua pihak. Mereka adalah golongan terpelajar yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan bijak dalam membuat perbandingan. Mereka juga disifatkan sebagai golongan 'atas pagar' yang menganggap mengundi tidak menyelesaikan masalah. Secara pemerhatian tidak langsung, kedua-dua pihak mempunyai peluang 50-50 dalam pilihanraya yang akan datang.           
Ma, balik cepat pleaseee! Aku rinduuu... Tuhan je tau kot. Rindu nak kau pegang tangan aku. Rindu nak pinjam bahu kau. Rindu nak kau cium, usap-usap kepala aku. Kenapa kita kena jauh-jauh ea Ma? Dulu 24/7 kau dengan aku. If aku ada problem, kau orang first yang aku cari. Plus, kau je yang tau nak pujuk aku macam mana. Aku nak balik those times. Kenapa kita perlu jauh sekarang? Memang macam ni ke takdir? Aku tak suka takdir macam ni Ma, sebab aku selalu rindu kau, teringat kau. If kau lelaki, memang aku nak couple dengan kau, macam yang aku selalu cakap! Haha... IMYSM! Balik cepat pleaseee, aku rindu!

(1 September 2012)

Saturday, 1 September 2012

ADA SEPARUH JE LAGI.

Separuh dah pergi.
Ada separuh je lagi yang tinggal.
Maka, jaga elok-elok ye.
Silalah jaga sebaik mungkin.

(6.14 am, 1 September 2012)


Friday, 31 August 2012

KAWAN.BUKAN EX BOYFRIEND.

Dari dulu, kau tak pernah jauhkan diri dari aku. Setiap kali aku perlukan kau untuk cerita problem aku, kau tak pernah lari. Kau terus dengar, dengar dan dengar setiap apa yang keluar dari mulut aku. Padahal aku dah tak ada apa-apa dengan kau sejak 3 tahun lepas. Aku tahu, kau sayang aku. Sayang kau kat aku tak pernah terhenti dari dulu lagi kan? Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Sebab selalu sokong aku. Walaupun status kita sekarng ni adalah 'kawan'. Aku tak suka nak gelarkan kau sebagai 'ex bf'' aku. Aku lagi selesa bahasakan status kita sebagai 'kawan'. Sebab? Sebab dari dulu lagi sejak awal aku kenal kau, kau selalu berkawan dengan aku. Apa-apa pun aku ceritakan kat kau. Maksud aku, perkara yang serius dan yang aku selesa untuk berkongsi dengan kau.
 Dah banyak kali aku buat hati kau terluka, tercarik, terparut, terkoyak, terbuang, terkecewa dan macam-macam ter lagi la. Aku permainkan kau. Aku buat kau menangis. Jadi, karma ke yang aku tengah lalui sekarang ni? Mungkin aku tak nampak kesungguhan kau dulu selama 3 tahun kita bersama. Kau lelaki pertama yang pernah menangis untuk aku! KAu satu-satunya lelaki yang menangis sebab aku! Maaf, sebab tak nampak apa yang kau nampak dalam 'kita' dulu. Maaf, sebab selalu buat kau tercalar. Mungkin aku tak cukup matang dulu. Mungkin aku belum ada kesungguhan dalam bercinta dulu. Tapi kau hebat! Tak pernah menyerah untuk terus berkawan dengan aku. Masih lagi sudi nak berkawan dengan orang yang banyak buat kau tercalar! Masih lagi mampu terima aku sebagai kawan!
Waktu-waktu macam ni, tak ada apa lagi untuk aku cakap banyak-banyak. Aku nak doakan kau dapat perempuan yang baik, yang jauh tak serupa macam aku! Aku nak kau dapat perempuan yang betul tak berlakon baik, yang ada agama, yang berbahasa anggun dan yang boleh jadi isteri kau sampai syurga! Sebab aku tak mampu untuk jadi perempuan macam semua kriteria tu kat kau dulu.
Jangan risau, aku akan doakan semua tu sebab aku nak kau bahagia dan terhibur selalu dengan wanita tu. Sebab apa? Sebab kau selalu menjadi KAWAN aku...

(10.33 pm-11.04 pm 31 Ogos 2012)

Sunday, 26 August 2012

AKU SIAPA?

Tuhan, Kau tahu semuanya.
Kau tahu dari yang mula sampai ke pengakhiran.
Kau yang mengatur dari sebelum dan sesudah.
Kau tahu yang mana benar, yang mana satu batil.
Kau tahu rasa apa yang mendiami segenap hati ini semenjak 25 tahun yang lalu.
Rasa apa itu kalau perlu kuertikan kepada mereka kiranya terus-terusan dilempar bertubi-tubi kepada aku?
Sesungguhnya Tuhan, rasa itu sangat susah untuk ditafsirkan.
Sesungguhnya rasa itu hanya aku yang ditakdirkan untuk merasainya.
Mungkin, itu kurniaanmu kepadaku.
Aku ini siapa?
Seorang sialkah di matanya?
Definisi apa aku ini untuk dirinya?
Mungkin tiada pengertian siapa aku di mata dia, di mata mereka.
Mungkin definisi aku ini hanya terisi di sisi Tuhanku.

(6.03 pm- 6.20 pm 24 Ogos 2012)

yang namanya yatim piatu...

Aku ini yatim.
Aku ini piatu.
Maka aku yatim piatu.
Tiada pernah berayah dan tidak pernah beribu.
Maka aku yatim piatu.
Jangan tanyakan aku bagaimana rasanya kasih dan sayang seorang ibu, kerna kasih itu tak pernah terbias langsung kepadaku.
Walaupun sedikit, setitik pun tidak.
Maka aku manusia yang rugi, kerna syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Tapi aku, tiada beribu.
Ibu, mana ibu?
Ibu di mana?
Kenapa ibu tak benarkan kasih ibu untuk aku miliki?
Kenapa tinggalkan aku?
Kejamnya ibu!
Ayah...
Untuk ayah tahu, aku teringin benar memanggil 'ayah'.
Teringin benar aku untuk menumpang redup kasih ayah tapi aku gagal.
Aku gagal untuk mewujudkan seorang ayah dan ibu.
Aku ini gagal untuk dedikasikan cinta dan kasihku kepada dua makhluk itu.
Kerana, seorang ayah dan seorang ibu itu tak pernah wujud selama aku bernafas.

(8.13 pm- 8.28 pm 24 Ogos 2012)

Thursday, 16 August 2012

150 JUTA BANGSAT

Masuk ni dah kali ke 150 juta kau janji nak berubah
Berubah. Berubah. Berubah.
Last-last kau yang jadi bah!
Amende kau cakap ni?
Janji Abu Jahal ke yang kau cuba nak berurusan dengan aku?
Tolong jangan jadi macam Abu Jahal bila berbicara.
Kau tengok diri kau.
Dah cukup bagus?
Sempurna?
Puiii jauh panggang dari api!
Sekarang cakap dengan aku apa kau nak buat?
Lu cakap serupa bangsat lu tau!

(5.01 am-5.05 am 16 Ogos 2012)

Friday, 3 August 2012

kala malam

Ramadhan ke 15. Jam putih jenama Ikea di dinding dah menunjukkan pukul 3.44 pagi. Aku masih segar, bugar. Tak mengantukkah duhai mata? Masih memegang lappy dengan facebook, twitter, youtube terpampang di depan mata. Layan youtube aku malam ni, cerita lawak "Nak Balik Raya". Siapa berlakon? Johan Raja Lawak! Hahahaha... Beginilah aku kala malam, kala mata masih segar, kala tiada apa-apa untuk dilayan. Esok puasa, aku dah bersahur maggie sup soto tadi. Cukuplah tu, tak perlu pun makan banyak. Ramadhan ke 15, ibadat aku masih koyak rabak sana sini. Malunya aku! Malu sungguh aku pada DIA! Malunya aku sebab waktu-waktu macam ni Rasulullah saw sibuk merindui bulan mulia ni dengan beribadat kepada DIA. Aku pula? Wahai si DIA, peluklah aku selalu agar aku tahu menghargaiMu. Rindukanlah aku agar aku selalu melekat di sejadah merahku dengan bibir yang selalu basah mengulang setiap patah ayat dalam kitab ajaib itu. Aku rinduMu!

3.43 am - 3.52 am
4 Ogos 2012

Friday, 20 July 2012

Ramadhan, Rabbi dan AKU

Jumaat, 20 Julai 2012.
Oh, esok Sabtu! 1 Ramadhan! Ahlan wasahlan ya ramadhan....
Ramadhan, tolong jaga aku sebaik mungkin tahun ini ya...
Aku nak peluk kau sampai habis hayat kau!
Tolong jangan izinkan si tanduk itu berkawan dengan aku
Tolong datang ziarah aku setiap masa.
Tolong buat aku jatuh cinta yang parah dengan sebuah buku ajaib bernama Al-quran.
Tolong ya Ramadhan, aku minta tolong kau jangan lepaskan aku, setiap detik pun!
Tolong sampaikan pada Rabbi, aku nak menginap di Jannah.
Tolong doakan yang aku tak terlupa untuk biarkan zikir memuji Rabbi beralun di bibirku.
Jumaat, 10 malam. Beberapa jam saja lagi kau akan tiba. Jujur, aku dah bersedia nak sambut kau di pintu hati...
Kalau boleh, tolong sedarkan aku dari nyenyak tidur kala malam itu tiba
Aku nak bersujud sekali dengan pokok, rumput, kucing, batu dan kesemuanya!
Tolong ya Ramadhan, teringin sekali aku nak bangun kala lailatulqadar tiba!
Jangan sisihkan aku dari kau ya Ramadhan!
Walau meski mereka berkata 'eiii dia tu jahil agama! Dia itu seksi! Dia itu entah sembahyang entah tak'
Tolong jangan adili aku sebab aku selalu tahu Rabbi itu tak pernah sisihkan aku... 


9.54 pm-10.11 pm, 20 Julai 2012.

Thursday, 19 July 2012

ENTAH...

Kau di sana, aku berdiri di sini.
Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau
Tapi dalam kepala aku ada kau.
Kau takkan faham
Aku sendiri pun tak faham.
Kau dan aku takkan faham semua ini
Mungkin sampai bila-bila pun kita tak akan faham.

6.34 am, 17 Julai 2012

Tuesday, 10 July 2012

SI BETINA

Makin hari makin aku benci... Makin hari semakin galak buat perangai supaya dibenci, supaya semua orang membenci! Perlukah aku namakan yang satu ini sebagai 'manusia bertopengkan syaitan'? Atau mungkin saja 'anjing'? Maafkan aku kerana tak mampu untuk melakonkan watak manusia  hipokrit. Maafkan aku kerana tak sudi untuk sembunyikan rasa dan amarah yang terpendam selama hampir setahun di sini. Aku tak seperti  si betina itu, berjaya dengan watak hipokrit, bermuka-muka, galak, garid (garidnya tanpa sempadan!). Ampunkan aku Tuhan  kerana tak mampu untuk memandang wajah jeliknya. Bukan apa, akin dipandang, makin jijik mata hitamku! Maafkan bila aku selalu saja menyumpah seranah, mencaci-maki si betina. Kerana aku tak reti untuk memaafkan dan menerima perempuan sejijik itu. Oppss, betina! Betina boyot yang sedang mengandungkan anak kedua. Izinkan aku untuk memanggilnya si betina saja. Aku selesa begitu,maaf... Betina yang saban hari saban memboyot perutnya namun mulut selancang,,,nauzubillah! Tuhan, tolong... Tolong buat dia sedar dengan kelakuannya. Tolong bisukan mulutnya yang telah membuatkan ramai jiwa yang  teraniaya, terpinggir, terlaknat oleh mulut gampangnya! Tuhan, tolong buatkan dia menjadi seorang PEREMPUAN dan MANUSIA...

*ampunkan aku sebab bahasa-bahasa yang digunakan di sini amatlah kurang sopan untuk dibaca oleh mereka yang tidak tahu menilai sebuah PENULISAN dan KARYA... ;)

25 Jun 2012
3.34 pm-3.45 pm

Saturday, 23 June 2012

THE NEVER ENDING SATISFACTION...

Ya Allah...! Dah lama rupanya aku abaikan benda ni. Dah lama aku tak jenguk separuh dari diri aku ni. Terima kasihlah buat kawan-kawan sebab selalu sogok aku dengan soalan yang sama hampir setiap hari! Dan lagi berterima kasih sebab tolong tanyakan aku dengan soalan pintar selain dari "oi, ko bilenye nak kawen?","des,ko nak kawen umur berape?". Aku nak mintak tolong. Tolong paham yang soalan ni sangat-sangat cliche' bagi aku! Tak mencabar langsung! Sangat tak meransangkan minda aku untuk menjawab apatah lagi untuk bertindak balas...Haha!

MENULIS... Kalau ditanyakan pada aku apa aku dapat dari menulis? Aku akan cakap 'MEMORI & KEPUASAN'. Yeah right, aku dah lama tak dapat kepuasan ni. Sebabnya? Sebab dah lama aku tak mengasah otak ni setajam-tajamnya. Jangan tanyakan aku kepuasan apa yang aku dapat dari menulis. Sebab aku hanya akan cakap 'kepuasan yang aku sendiri je yang tau'. Dan sesungguhnya kepuasan ini takkan pernah berakhir.

Kalau seorang pendendam berjaya membalas dendamnya dengan membunuh orang yang didendam, itu namanya kepuasan. Mungkin seluruh hidupnysa dia memeluk kepuasan itu. Kalau seorang ahli politik menang dalam kerusi yang ditanding selepas bermati-matian berlakon menjadi pembela rakyat, itu aku panggil kepuasan. Kepuasan yang datang dengan pakej yang akan menyenangkan seumur hidupnya! Kalau seorang artis menang 'Anugerah Bintang Popular' selepas bagai nak rak pancing undi dengan membeli bertan-tan surat khabar dan buat kelab peminat, itu memang namanya kepuasan! Kepuasan sebab dapat barang kemas berjuta-juta, dapat kereta mahal, dapat duit! Kepuasan yang semua orang boleh dapat walaupun kepuasan itu sebenarnya telah menidakkan hak untuk mereka-mereka yang selayaknya menerima hasil-hasil itu.

Kepuasan aku hanya aku yang tahu, walaupun mulut aku menolak untuk mengungkapkan pengertiannya tapi hati, jiwa dan fikiran aku bersatu untuk mengakuinya, cukup untuk merasakan erti kepuasan itu sendiri. Kalaupun ada orang yang cuba memahami kepuasan aku, kemungkinan besar jiwanya searah dengan jiwa aku. Seperti kata orang putih "it takes one to know one"....


3.16 pm-3.59 pm
22 Jun 2012

Thursday, 10 May 2012

kadang-kadang...


kadang-kadang, perlu dikutuk baru kita tahu yang mana betul, yang mana salah
kadang-kadang, perlu sesat baru kita akan jumpa jalannya
kadang-kadang, perlu dihina baru kita dapat rasa manisnya dipuji, dijulang
kadang-kadang biar disisih baru akhirnya kita akan dapat rasa betapa kita sangat diperlukan
kadang-kadang, biar terlena dan akhirnya kita akan terjaga sempurna!

kadang-kadang, biar terlupa kerana mengingati itu ada masanya sangat memeritkan
kadang-kadang, merasai getir itu adalah satu nikmat mega
kadang-kadang, membenci itu menyenangkan
kadang-kadang, mencintai itu sakit!

tapi kadang-kadang kita lupa siapa pemberi rasa itu?
kadang-kadang kita lupa siapa kita sebenarnya?
dan kadang-kadang kita lupa kita hanya MANUSIA biasa....

7.49 p.m-8.03 pm (16 april 2012)

Monday, 30 April 2012

MALAM.AKU KOSONG.

30 april 2012 11.12 pm-11.26 pm

malam.aku kosong. melayang. biru! yang sesungguhnya ada terlalu 'ramai' sangat zarah-zarah masalah dalam kepala otak aku. harus aku keluarkan? lontarkan semuanya atas kanvas aku ni? kanvas ni putih, aku cuma tak mahu kotorkannya dengan zarah-zarah hitam itu. tak ingin aku menjejaskan kesucian kanvas putih aku ni dengan anasir-anasir resah yang saban hari gemar bersarang dalam kepala aku. tolong, aku bukan pencari masalah! aku bukanlah pemburu masalah! saban saat, saban detik, keresahan aku menari-nari dalam tawa palsunya aku. aku palsu bila aku ketawa. aku palsu bila aku tersenyum, bila orang lain kira itu senyuman aku yang paling menawan. tidak sedarkah mereka ada garis-garis keresahan di sebalik tawa itu? tidak peraankah kalian?YANG AKU HANYA CUMA BERPURA-PURA GEMBIRA! aku kosong. terkadang, terlintas juga di benak yang aku sebenarnya terlalu memikirkan! aku terlalu memberatkan sesuatu yang tiada apa-apa pun. aku terlalu taksub dengan mainan tekaan aku yang memang pastinya telah diselindung oleh syaitan! ya, aku manusia yang taksub dengan mainan perasaanku yang sangat kosong! tapi tunggu dulu, jangan terus menyalahkan aku kerana aku memang begitu! aku memang selalu diselubungi dengan sifat negatifnya pemikiran aku! tunggu dulu, jangan terus menghentam aku! sebab cara pemikiran itu juga ada kalanya menguntungkan aku, kerana, sekurang-kurangnya aku tidak terlalu yakin dan sekiranya jatuh, aku tidak terlalu sakit!

Saturday, 17 March 2012

YOU

You’re my true love that I want you to know. Our love for each other has helped us to grow. We’ve been through some tough times but we’ve made it through. The only one I ever trusted was you. The only one that I will ever love is you, only you…You helped me through anger, through the mount, through the fears. You held me through sadness and kissed away tears. You stayed by my side when the world tuned away. You helped me see joy when the skies were all gray. You were the rainbow at the end of the storm. You help me be different when I shouldn’t confirm. You held my hand when you knew I would fall. Every heartache, you saw me through it all. I know that I’m not the best for you; I know I’m not perfect, but this much is true. I will always love you till the end of our life. When life gets you down, and there’s nowhere to turn, I’ll help you through and I’ll share your concern. I’ll try my best to return every favor. When you’re sure that you’ll drown then I’ll be your lifesaver. Even if we both go down. Whatever the situation, it doesn’t matter at all. Just know that I’ll be there whenever you call. LOVE, I’ll pull you out when life pulls you under. I’ll be the sun when there’s lightning and thunder. And when it’s all over and we’ve fought every war, there’s one thing I promise. Of this I am sure, when the time comes that we’re put to our rest. Be sure that you know that…LOVE, you’re the best. And if there is heaven and I know you’ll be there, that if you die first then you’ll hear my pray for you. And soon I will join you, but just know until then that I’ll miss you each day till I see you again. At the end of the tunnel, you’ll be my guiding light. You’ll lead me to heaven, away from the night. We’ll be together and we’ll never grow old. And we’ll walk hand in hand on the streets paved of gold. I know and I’ll always believe that I’ll see your face and we can be together till the end of the day…

(3.16 am 30 April 2010)

untitled

Sometimes, in our relentless efforts to find the person we LoVe, we fail to recognize & appreciate the people who LoVe us. We miss out on so many beautiful things & simply because we allow ourselves to been slaved by our own selfish concerns. Go for the man of deeds & not for the man of words for you will find rewarding happiness not with the man you LoVe but the man who LoVes you more. The best LoVers are those who are capable of LoVing from a distance, far enough to allow the other person to grow, but never too far to feel the LoVe deep within your being. To let go of someone doesn't mean you have to stop LoVing, it only means that you allow that person to find his own happiness without expecting him to come back. Letting go is not just setting the other person free, but it is also setting yourself free from all bitterness, hatred, &anger that keep in your heart. Do not let the bitterness rare away your strength & weaken your faith & never allow pain to dishearten you, but rather let you grow with wisdom in bearing it. You may found peace in just LoVing someone from a distance not expecting anything in return. But be careful, for this can sustain life but can never give enough room for us to grow. We can all survive with just beautiful memories of the past but real peace& happiness come only with open acceptance of what reality is today. There comes a time in our lives when we chance upon someone so nice &beautiful and we just find ourselves getting so intensely attracted to that person. This feeling soon become a part of our everyday lives & eventually consumes our thoughts & actions The sad part of it is when we begin to realize that this person feels nothing more for us than just a friendship. We start our desperate attempt to get noticed & be closer but in the end our efforts are still unrewarded & we end up being sorry for ourselves. You don't have to forget someone you LoVe. What you need to learn is how to accept the verdict of reality without being bitter or sorry for yourself. Believe me; you would be better off giving that dedication & LoVe to someone more deserving. Don't let your heart run your life, be sensible & let your mind speak for itself. Listen not only to your feelings but to reason as well. Always remember that if you lose someone today, it means that someone better is coming tomorrow: If you lose LoVe that doesn't mean that you failed in LoVe. Cry, if you have to, but make it sure that the tears wash away the hurt & the bitterness that the past has left with you. Let go of yesterday & LoVe will find its way back to you & when it does, pray that it may be the LoVe that will stay & last a lifetime.

(4.43 pm 30 April 2010)

DEAREST BEST FRIENDS...(ilysm ma besties,,thanx 4 bein' there wheneva i need u guys

Best friends always remember so well
All the thing we did together
All the subjects we discussed
All the mistakes we made
All the fun we had…

Best friends always remember
How their friendship was such a stabilizing force
During confusing times in their life…

Best friends may have different lifestyles
Live in different places
And interact with different people
But no matter how much
Their life may change
Their friendship remains the same…

I know that throughout my life
Wherever I am…
I’ll always remember so well and cherish our friendship
As one of the best I have ever known…
I love you….

(12.09 am 5 May 2010)

dear DEWA...

You’re my true love that I want you to know. Our love for each other has helped us to grow. We’ve been through some tough times but we’ve made it through. The only one I ever trusted was you. The only one that I will ever love is you, only you…You helped me through anger, through the mount, through the fears. You held me through sadness and kissed away tears. You stayed by my side when the world tuned away. You helped me see joy when the skies were all gray. You were the rainbow at the end of the storm. You help me be different when I shouldn’t confirm. You held my hand when you knew I would fall. Every heartache, you saw me through it all. I know that I’m not the best for you; I know I’m not perfect, but this much is true. I will always love you till the end of our life. When life gets you down, and there’s nowhere to turn, I’ll help you through and I’ll share your concern. I’ll try my best to return every favor. When you’re sure that you’ll drown then I’ll be your lifesaver. Even if we both go down. Whatever the situation, it doesn’t matter at all. Just know that I’ll be there whenever you call. LOVE, I’ll pull you out when life pulls you under. I’ll be the sun when there’s lightning and thunder. And when it’s all over and we’ve fought every war, there’s one thing I promise. Of this I am sure, when the time comes that we’re put to our rest. Be sure that you know that…LOVE, you’re the best. And if there is heaven and I know you’ll be there, that if you die first then you’ll hear my pray for you. And soon I will join you, but just know until then that I’ll miss you each day till I see you again. At the end of the tunnel, you’ll be my guiding light. You’ll lead me to heaven, away from the night. We’ll be together and we’ll never grow old. And we’ll walk hand in hand on the streets paved of gold. I know and I’ll always believe that I’ll see your face and we can be together till the end of the day…


(9.18 pm 6 May 2010)

DEWA of mine...

when HIS soul first came to me
HE showed me the beauty of fantasies
HE's my life,my destiny
livin' with HIS soul is nothing else but everything
how can I ever find a replacement if HE leaves

how beautiful the shining light of the sunrise
and the amazing shadows of the sunset
angel as HE gazes into my eyes,the reflection I see
in HIS eyes it shows me the softness HE has for me
how can HE live in obliging me?
when insanity has overruled me
the brightness of this world will be overshadowed
by the darkness of my shredded tears
that will overflow the entire land of paradise
realizing that it will cost a price

I need sunshine in my days
something to wash away the 'pain'
I saw a very gentle side of HIM
that took my heart and made it sing
I wish HE'd run away and hide with me
LOVE is so much more than it seems
there is one thing I didn't show before
I LOVE HIM and HE doesn't know

I wonder if I'll ever see the day
will I ever find the nerve to say I lOVE HIM?
and will HE turn around, walk away,will HE leave or will HE stay?
if I tell HIM

could HE be the one who was in my dreams?
could HE be the one charmed by me?
there is one thing that I want to show
I LOV HIM and hope HE will know...

(12.38 am 10 June 2010)

FALLIN' IN A THING DAT CALLED 'LOVE'...

part of my heart wants to be with you
even I've only known you for a while
but I'm drowning in the ocean of love

I've fallen in love
I don't want to be apart
I've fallen in love
don't leave me on my own

the beautiful plait of my love before
is back to touch my hollow heart
I'm drowning in the ocean of love

I want you to understand
the love that I give to you
is a viral infection
for every human sanity

sanity of the heart
from fallin' in love...

(1.23 pm 10 June 2010)

HIM AND HER

THEY met in a strange way
In an informal meeting
In a weird 'location'
Never had a prediction
That THEY have an intellectual connection...

He was funny,so entertaining
She was mystical,so interesting
He made her laugh with outrageous feelings
She made him love her with her ways...

THEY became friends
Not ordinary friends but best of friends
THEY were well connected
Amused THEY found each other
Always by each other side by side...

From nothing it became 'something'
Never noticing things were changing
One day came that someday
Each both had in their thought
Things slip right out of hand
Their LOVE gave them primetime
To carry each others LOVE inline...

Oh sweet divine!
How it all started
What it all became of,a miracle that happens in life
Oh sweet divine!
It is simply true that LOVE is surely blind....

(12.50 am 14 September 2010)

he's the soul of my life...

love is da soul of my life..i can't live without love..the one and only love in my life,i gave to him.he is head and shoulders above the rest(thanx for being simply the best!). he makes life much nicer in many different ways.sometimes with a thoughtful touch or pleasant word of praise.i need his loving touch, i need his smile, i need him just as much as i love him.in his voice,i hear it..in his smile i see it. in his touch i feel it...he's all the thing i love.in all my dreams of coming years,he plays greatest part,for i know that time will never change the love within my heart.

(4.12 am 29 May 2011)

i just love being unperfect...

i'm not a perfect girl...ma hair doesn't stay in place and i spill things a lot.i'm pretty clumsy and sometimes i have a broken heart.ma friends and i sometimes fight and maybe some days nothing goes right.but when i think about it and take a step back i remember how amazing life truly is and that maybe,just maybe,I like bein' unperfect...hee~~

(12.58 am, 3 June 2011)

FOUR in da morning!

 ramai org tanye,heyy u!!nape u boleh suke die?camne u boleh syg die?die ok x?die baek x?camne boleh kenal die?kan banyak lg guys out there...nape pilih die?jawapan aku senang je.sbb die jahat,sbb die laen dr yg laen,sbb die die ade waktu susah n senang n sbb die CURI HATI AKU!haa mudah kan jawapan aku...sampai skrg aku still leh igt lg ape yg die ckp kt aku mula2 dulu bile aku ckp aku syg die~i sayang u lebih dr u sayang i...haha!benda ni buat aku slalu terpikir smpai skrg..entahlah,i leave it to God!he has da answer..aku admit lahh,,mmg aku slalu mara2,aku degil(sgt degil okay!),aku keras kepala(betul la ape yg die slalu ckp tu),aku ego tp aku je yg taw cmne aku sayangkan die.tp aku pun ade manja gak bile dgn die...hehe...kadang2 aku pun pikir gak,cmne ea aku boleh syg die?jawapan yg tepat tu aku ade tp bia la aku ngan die je yg taw.1 yg aku sgt2 perasan,aku bnyk berubah bile ngan die!n smue org yg rapat ngan aku perasan perubahan ni..huhu..yupp die garang,die baran,die pun ego,die slalu mara2 aku (bile aku buat bnde slh) tapi die lah org yg slalu ade ngan aku susah n senang,die ade bile die taw aku perlukan die.die aja aku bnyk sgt bnde!n sometimes rase mcm budak kecik bile die aja itu ini,bile die bebel bnde yg x patot aku buat.die lahh bf,die lahh bff,die lah enemy aku,die lahh abg,die lahh adek,kdg2 die leh jd cikgu aku,die ma best advisor,n he's ma everything!heyy CINTA!!!sumpah lahh aku mmg sayang kau!no doubt!fullstop!cuma kdg2 tu,aku x reti nk tunjukkan syg aku kat kau tp kau pn taw an,aku mmg syg kau.hee...!

(4.25 am 15 Jun 2011)

Monday, 12 March 2012

yang aku panggil HIJRAH....

hijrah untuk kebaikan?atau untuk kehancuran?aku selalun membaca dan mendengar cerita tentang penghijrahan seseorang yang membawa kepada kejayaan.tapi mampukah aku?atau dalam  bahasa yang mudah,gentlekah aku untuk buat perubahan?akan cemerlangkah aku,bahagiakah aku atau hancurkah hidup aku jika aku buat saja perubahan itu dengan gentle?terus-terang cakap,satu kelemahan aku paling ketara ialah aku tak punya keyakinan diri!aku susah untuk percayakan diri  sendiri!dan aku memang tak berani untuk membuat satu perubahan!mungkin ada pembaharuan yang aku buat dalam hidup aku,tapi benda tu akan mengambil masa yang sangat lama.aku nak berjaya,macam Dr Mahathir,macam Bill Gates,macam Siti Nurhaliza tapi aku takut!makhluk jenis apa aku ni?takut untuk membuat penghijrahan?nabi muhammad cakap,untuk menjadi yang lebih baik,kita perlu melakukan penghijrahan.tolong jangan salah faham,maksud penghijrahan di sini adalah berubah kepada yang lebih baik, bukan kepada sesuatu yang merosakkan hidup!aku banyak membaca mengenai kisah kejayaan orang.orang-orang yang hanya bermula dari bawah,yang makan nasi macam aku,yang melalui kehidupan yang sangat perit pada awalnya,manusia normal,dan yang nyatanya,punya akal fikiran serupa aku!tak ada apa yang membezakan orang-orang itu dengan aku tapi kenapalah aku ni takut sangat untuk berubah?akun nak berjaya!itu satu-satunya jawapan aku kalau kalian tanyakan pada aku apa yang aku nak dalam hidupku.

(8 am,28 februari 2012)

Wednesday, 22 February 2012

entah apa aku tulis

buka buku,pegang pen.tulis dua tiga huruf lepas tu aku tutup balik buku tu...hadohh!!!kenape dengan otak aku ni?dah tak nak berfungsi lagi ke?satu apa pun tak ada dalam otak untuk aku semakkan blog aku ni...ataupun, masalah-masalah yang saban hari datang dalam hidup aku buat otak aku jadi macam ni?maafkan aku otak, aku tak mampu nak menjaga kau sebaik mungkin sepertimana yang telah diperintahkan oleh Tuanmu....maafkan aku...

p/s: dah lama aku tak menconteng arang kat blog aku ni kan?rindu ouhhh!

(22 Februari 2012 4.10 pm)

Tuesday, 21 February 2012

Hari-hari Terakhir (he's dying inside...)

Aku sangat pasti semua pun pernah dengar tentang 'cinta 3 segi' dan 'perempuan simpanan'.Sangat cliche kan kalau benda ni jadi tajuk akhbar ataupun untuk dijadikan sebagai hasil tangan aku ni. Okay, aku dah takde idea nak tulis pasal ni. Mood pun dah melayang ke mana entah! Bye, jumpa lagi di lain kali kalau aku masih ada ilham lagi.

(9 Februari 2012 5.08 pm)

Friday, 3 February 2012


"This is the beginning of a new day. You have been given this day to use as you will. You can waste it or use it for good. What you do today is important because you are exchanging a day of your life for it. When tomorrow comes, this day will be gone forever; in its place is something that you have left behind...let it be something good."

Quotes ni buat aku mengulang baca banyak kali dan buat aku berfikir berkali-kali.ohh,,,sape yang bercakap ni ea?dia Mohandas Karamchand Gandhi...kenal?kalau tak kenal,buka minda korang luas-luas dan banyakkan membaca!baca di google pun takpe,asalkan MEMBACA! Mahatma Gandhi!kenal?Seorang pejuang politik dan keamanan pada zaman dulu.banyak untuk aku terangkan dengan lebih lanjut siapa gerangan si tua hebat ni,so korang boleh la pegi google or cari buku-buku tentang sang pejuang keamanan ni ok...aku bukanlah nak cakap dia ni agung,tidak...aku punya akal untuk tidak mengagungkan makhluk lain selain Allah dan Rasulullah s.a.w...tapi makhluk  ciptaan Allah yang sorang ni sangat hebat dengan ideologinya!setiap apa yang diucapkan beliau bagaikan suara gegak gempita dalam otak aku.maka,aku punya harapan satu saja,semoga aku juga mempunyai pemikiran seperti beliau,semoga kalian juga mampu berfikir secara beliau kerana aku lihat pada zaman kita-kita ni macam ada satu trend di mana kita lebih gemar menjadikan artis dan personaliti hiburan sebagai contoh,sebagai idola.kita jadikan mereka sebagai role model kita untuk menyanyi,berfesyen,berparti dan macam-macam lagi la.oppsss aku cakap macam ni pun  untuk diri aku jugak.aku cakap macam ni sebab aku dulu pun pernah melalui zaman gelap aku.ya,aku mengaku!dan aku tak malu untuk mengaku aku pernah melalui zaman-zaman yang bila aku fikirkan balik sekarang ni,amat kebudak-budakan!tapi percayalah,sikit pun aku tak menyesal sebab semua tu pengalaman yang amat berharga kepada aku untuk aku jadikan sebagai 'guideline' dalam hidup aku.haeh,banyak sangat aku merepek tengah-tengah malam ni.ok,mata aku dah berat,macam ada gam yang melekat dan imaginasi aku sekarang adalah bantal dan katil aku!baiklah,salam keamanan semua.... =)

(4 Februari 2012 12.51 am)



Wednesday, 1 February 2012

sejujurnya,aku tak berapa selesa kalau kawan-kawan atau sape-sape pun tanya pasal hal 'cinta' kat aku...cinta,bf,kahwin,atau yg seangkatan dengan benda tu,aku tak berapa gemar.ada masa tertentu saja aku boleh berkongsi pasal benda alah tu.dan jujur aku cakap,aku benci bila orang dok tanya,'eh kau bila nak kawen?','mal,hang bila lagi?','kawan2 kita semua dah ada baby,ko bile lagi?'.aku benci ok,bukan di tahap tak suka dah tapi benci!tapi takpe,aku tak marah pun kalau ada sape2 tanya aku macam tu sebab aku tau,tu semua doa kan?mereka mendoakan dan mengharapkan kebahagiaan aku...amin...aku pun kurang jugak untuk baca tulisan atau puisi tentang cinta ni tapi satu puisi ni betul-betul buat mata aku terkunci!betul-betul buat otak aku macam ligat nak berfikir pasal puisi tu...puisi cinta yang sangat indah dari Zahiril Adzim buat isterinya,Shera Aiyob!aduhhhh,berulang kali kot aku baca,siap post kat fb lagi tuh!haha bangang!dan otak aku tak dapat nak mengelak untuk membayangkan kalaulah husband aku pun buat macam tu jugak kat aku masa wedding aku nanti,sure mekap aku habis sebab air mata da berjurai-jurai keluar macam Alexander Waterfall kat Turki tu!aku bukannya seorang profesional untuk nak describe atau tafsirkan mesej di dalam puisi tu tapi aku dapat rasa,elemen-elemen yang ada dalam puisi tu adalah elemen-elemen yang ada dalam diri Zahiril Adzim...elemen tentang perasaan dia,tentang cinta dia kepada isterinya,tentang penghargaan dia kepada seorang wanita bernama Shera Aiyob!dan bila semua elemen tu ditafsirkan secara puitis,maka jadilah satu puisi cinta mega buat sang isteri!omaogodddd!!!kau buat aku terpesona dengan mainan abstrak kau lahh Bob!!!sebagai wanita,sebagai seorang yang dah mempunyai kekasih (ok,aku admit aku memamg da ade bf),aku rasa sangat terharu bila baca puisi tu...korang tak percaya,jom tengok!


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Tuesday, 31 January 2012

aku dan dia saja faham...

Aku dan Dia...
Ini cerita aku dan dia
Hanya aku, dia... Dia dan aku...
Ini bukan hikayat tapi ini kisah kami

Pagi itu indah
Tapi aku rasa perasaan aku tak seberapa indah
Aku bergegas berjumpa dia
Ada banyak sangat beban di kepala aku ni
Untuk aku lepaskan kepada dia

Bertemu dia, berdepan dengan dia, aku rasa macam-macam
Salah dia besar sangat kat aku!
Aku rasa nak marah dia
Dia cakap 'marah lah...'
Aku rasa nak tunjal-tunjal kepala dia
Tapi aku takut dia rasa sakit
Aku jerit kat dia 'bodoh'!
Dia cakap 'memang'...

Aku cakap dia bangang
Dia balas balik 'paling bangang'
Aku kata macam nak sepak muka dia
Dia kata 'memang berhak pun...'

Aku nak menangis tapi aku nak dia pujuk aku
Aku rasa macam nak merajuk tapi aku nak tengok muka dia
Aku rasa macam nak marah lagi tapi aku nak berborak dengan dia
Aku rasa macam nak blah saja tapi aku rindu dia!

Aku buat-buat merajuk, masuk dalam kereta...
Dia senyum saja, ada propaganda ke?
Dia tak pujuk aku, dia tak kejar aku
Aku bukak dashboard, ada nota...
"AKU TAK MAMPU NAK JADI SEBAIK MALAIKAT. TAPI AKU PUN TAK SEJAHAT SETAN. APA-APA PUN JANJI AKU HANYA SATU. AKU AKAN JAGA KAU SEBAIK MUNGKIN. JIKA ADA JODOH OLEH ALLAH,KAU AKAN JADI PELENGKAP RUSUK KIRIKU..."

(3 Januari 2012 11.40 am-12.00 pm)

Friday, 27 January 2012

MISI AKU DAH TAMAT WEH!

pencarian aku dah berakhir!dah tak perlu aku terhegeh-hegeh mintak kat orang untuk pinjam.huh,aku dah dapat pun apa yang aku nak ok!tengok ni...



dah lama aku cari buku si Bob ni,finally MPH OU adalah jodoh aku dengan buku ni rupanya!hahaha!ok,tak banyak yang aku nak cakap pasal hasil pena dan minda si mamat Juvana ni,yang aku taw,DIA UNIK!dia pandai buat aku tertanya-tanya tentang apakah maksud setiap tulisan dia..betul,otak korang akan tajam bila saja baca tulisan dia sebab dia takkan bagi korang makan free!aku respect hasil dia,aku kagum otak dia!

(28 Januari 2012 1.15 pm)


DIA ADA

Jika aku tanyakan pada bintang
Adakah yakin dia akan selalu berkerlipan menerangi malamku
Akankah ada satu jawapan yang pasti?
Jika aku tanyakan pada bulan
Mampukah dia merembeskan cahayanya pabila aku dalam kegelapan
Akankah ada jawapan yang bisa membuatkan aku yakin
Bila aku ingin tanyakan pada angin
Adakah dia akan selalu menghembuskan tiupan yang selalu buat aku damai
Akankah angin berkata, ya aku selamanya akan bisa menghembuskan tiupan ketenangan ini?
Mana satu yang bisa memberikan jawapan yang pasti?

Lalu, aku terkurung dalam sangkar pemikiranku sendiri
Aku berkhayal dengan perasaanku sendiri
Bermain, bergurau dengan khayalku, melontarkan persoalan demi persoalan yang mungkin tidak terjawab
Yang sebenarnya aku lupa, aku alpa!
Aku alpa bahawa Dia selalu ada
Dia yang bisa merungkaikan segala tanda tanya
Ku cari Dia...
Dia di mana?
Di kananku, di kiri, di langit atau di bawah?

Sekali lagi, aku alpa, aku terlalu asyik dengan duniaku
Aku lupa, Dia selalu ada bersamaku
Dia di dalam hatiku! Dia ada di mana-mana!

Dia ada bila ketakutan menjadi selimut hatiku
Dia selalu ada pabila kesusahan melanda ruang hidup ini
Dia ada tatkala aku lupa pada-Nya...
Dia selalu ada!

Apa lagi yang bisa aku buktikan pada mereka bahawa Dia selalu ada?
Segala apa yang mengelilingiku, mendekatiku, itu datang dari Dia...
Saat aku tersesat, Dia bukakan hijab-Nya
Agar aku selalu mengerti bahawa Dia ada
Dia pendamping, Dia petunjuk, Dia penyelamat
Dia segala-galanya!

(3.24 p.m.-3.46 p.m. 20 April 2011)

KALIAN PERGI SEBAGAI SYAHID...


syahid…
kalian pergi sebagai syahid…
syahid di sisi Dia, di samping kekasih-Nya, berada bersama para syuhada-Nya…
mulialah kalian di sana, berbahagialah menyambut pnggilannya…
walaupun di sini tangisan Ibu dan ayah mengiringi perjalanan terakhirmu…

kalian pergi sebagai syahid
dipilih menjadi tetamu-Nya ketika usia masih rapuh
ketika hati dan jiwa masih lagi belum dinodai kekotoran dunia
sabarlah ibu, tenanglah ayah…
mereka hilang di sini hanya sementara
di sana nanti pasti di pintu syurga untuk menyambut ibu dan ayah…
usaplah air matamu itu wahai ibu…
anak-anak itu pergi sebagai syahid untuk menjadi pendamping-Nya
semoga di dalam mimpi, mereka akan muncul bersama-sama doa untukmu…


(3.30 p.m. 24 May 25, 2011)

*specially dedicated to anak-anak yg terkorban dlm tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat

Jangan Bunuh Cinta Itu


Jangan bunuh cinta itu
Jangan hapus rasa itu
Dan jangan sekali-kali kau cuba lenyapkan semua yang telah kita ciptakan bersama
Kerna rasa itu kan selalu ada
Cinta itu kan selamanya hidup
Meski bibirmu bisa ungkapkan perpisahan

Aku juga kan selalu ada
Dalam hatimu
Dalam ingatanmu saban waktu
Dalam setiap apa pun yang kau cuba nafikan
Dalam cinta itu
Aku kan selalu wujud

Dan aku tahu kau tak mampu untuk menghilangkan cinta itu
Seperti aku, rasa itu seperti telah abadi dalam dirimu
Kerna itu kau tak bisa jauhkan dirimu dari diriku
Sayang, cinta itu akan selalu bersamamu
Meski andai nanti aku tiada lagi di sisimu
Aku yakinkanmu, cinta itu takkan pernah tinggalkanmu…

8.58 p.m. February 17, 2011

MY ONLY DRUGS

Perlu aku namakan yang satu ini sebagai cinta
Seperti dadah, dia membuatkan aku sering meminta kasih sayangnya, dahagakan kehadirannya
Seperti dadah, dia mengalirkan rasa cintanya sealiran dengan darahku
Dia dadahku, dia racun, namun akhirnya dia juga yang menjadi penawar

Jika aku mampu merakam setiap apa yang dilakukannya
Akan kurakam dalam kotak ingatanku agar selalu ia tersimpan kemas, erat!
Dia bisa buat aku menangis, dia bisa buat aku gembira!
Dia bukan yang biasa, dia teristimewa
Dia bukan matahariku, dia bukan bintangku, bukan juga bulan
Dia seolah-olah seperti duniaku...

Tatkala perasaan ini kosong, hilang
Dia mampu wujudkan satu lembaran kebahagiaan yang berkiblatkan cinta
Saat emosi ini sukar untuk diterjemahkan
Ada aura darinya yang bisa menghuraikan segala kekusutan
Sungguh, dia bukan yang biasa-biasa, dia teristimewa!

(3.03 p.m.-3.17 p.m. 20 April 2011)

SEMAKIN HILANG

Jauh...Semakin jauh dan seakan-akan hilang
Jangan tanyakan bila ianya hilang
Usah persoalkan dan pertikaikan kenapa ianya hampir pupus
Kerna tiada jawapan yang tepat padaku
Yang mampu mengisi prasangka setiap mereka itu
Yang bisa menjawab segala tanda tanya di benak mereka
Juga tiada kepastian dariku yang bisa membuatkan dirinya yakin

Dia dengan caranya
Cara yang selalu membuatkan aku berasa jauh darinya
Penat! Sakit!
Sangat penat untuk aku menidakkan caranya
Apabila saban hari dia dikelilingi oleh manusia-manusia yang gembira untuk menjauhkan aku dan dia
Manusia yang gemarkan kepentingan diri sendiri
Manusia yang mungkin jua bisa menjadi musuh dalam selimut
Siapa tahu...

Aku bukan malaikat untuk diiyakan setiap yang diperkatakanku
Tapi aku punya mata hati untuk lebih menilai apa yang terbentang di hadapku...
Untuk nampak yang mana tersembunyi keburukan dan di mana terselit persona kemuliaan
Dan saat ini usah tanyakan lagi kenapa ianya telah hilang
Usah lontarkan kepadaku ke mana ia hilang
Aku penat, letih dengan kepura-puraan manusia-manusia itu
Kerna perasaan ini sebenarnya telah lama cuba untuk hilang...

(11.30 a.m. 6 May 2011)

TAKKAN PERNAH MENYESAL


Setenang gelora samudera ini
Dan burung-burung camar yang takkan berhenti untuk menyanyi, begitulah hatiku kini
Saat kau masih lagi di sini, gelisah jiwa pun berakhir
Terlalu rapuh kelopak sang mawar yang gugur pada malam tadi
Dihembus badai yang cuma hadir seketika
Namun, aku terlalu mengetahui bahawa hatimu tak serapuh itu

Kerana aku percaya bahawa pergimu memang untuk selamanya di sini,
namun hanya seketika di sana
Hamparan samudera biru yang tenang mengiringi pergimu telah membuktikannya
Titis hujan yang syahdu seolah-olah merestui ketenanganmu meninggalkanku
Akhirnya kau menemui jua pencarianmu selama ini
Pergimu tak dapat aku temani, namun izinku bersama denganmu
Aku tahu bintang yang bergemerlapan itu tersenyum melihat keasyikanmu diulit lena yang aman
Namun, mengapa kelopak bunga mawar itu sentiasa gugur sejak kau tiada?
Mungkinkah ia…
Ah…biarlah aku padam sahaja pertanyaan itu

Dan di saat ini, aku berharap kau dapat mendengar luahan kasihku terhadapmu
Percayalah, terlalu beruntung diri ini apabila dianugerahkanmu
Segala kasih dan sayang yang aku berikan padamu terlalu mendalam
Aku tak pernah menyesal sewaktu menjalani hidup denganmu, biarpun cuma seketika
Dan aku tak akan menyesal bila aku kehilanganmu
Kerna aku tahu, suatu hari yang abadi untukku pasti akan tiba jua
Di saat itu, aku berdoa supaya aku ditemukan denganmu
Segalanya yang aku katakan telah membuktikan betapa aku tidak pernah menyesal
menyintaimu
Senyuman di bibirmu membuatkan aku tahu bahawa kau memerlukan aku di sisimu menemani pemergianmu
Dan telah pun kukotakannya sewaktu mengiringi kau pergi
Sinar kebenaran di sebalik pejaman matamu seolah-olah menyatakan
kau tak pernah ingin meninggalkan aku sendirian
Benar, waktu-waktu terindah sewaktu bersamamu sentiasa menemani hidupku
Sentuhan tanganmu di saat-saat terakhir pemergianmu telah membuktikan kau sentiasa ingin bersamaku
Namun, sentuhan itu seketika cuma, tidak selamanya
Tetapi percayalah bahawa kehangatan sentuhanmu akan sentiasa membangkitkan kasihku untukmu…
Sabarlah menanti, aku kan mengekorimu bersama cinta bila tiba masanya nanti


(10.13 a.m.-10.44 a.m. 21 Oktober 2003)  

SELAMAT DATANG CINTA!


Saat pertama kali ketukan cintamu memecah ruang hening hatiku,
aku bingung, jiwaku kosong
Tak pernah sekali terdetik untuk mengenali cinta
Apatah lagi untuk cuba memahami makna cinta
Kerna aku masih lagi percaya…
Cinta tidak boleh sesekali disanjung

Masih lagi segar di ingatan…
Tatkala ketukan pertama cintamu di hatiku
Kubuka jendela hati untuk mengintai bayangan kasihmu
Pintu hati masih lagi kukunci rapat, bimbang dicerobohi
Namun renungan azimatmu memanah hatiku, tepat!
Ada sesuatu dalam renunganmu…sesuatu yang bakal kuketahui
Terpancar kejujuran dari keindahan kasihmu
Dan aku? Aku mula mengerti
Siapa sangka, pandanganmu yang seketika mengubah anggapanku,
malah kesannya adalah selama-lamanya
Ternyata degilmu melebihi degilku
Kau tegar untuk memiliki hatiku, aku terpaksa akur
Demi Tuhan, sejak detik ajaib itu hatiku telah terbuka luas…

Merasai genggaman tanganmu buat pertama kali, aku gontai
Terasa kehangatan kasihmu mengalir dalam darahku
Di syurgakah aku? Ada pesona keindahan seperti tiada berpenghujung
dalam diriku. Harum dan mewangi!
Seketika aku berdoa semoga waktu seperti ini tidak akan berakhir
Ada kelainan dalam diriku apabila berada di sisimu
Indah…terlalu indah dan aku mahu keindahan itu mendekatiku saban hari
Demi Tuhan juga, hatiku telah kau miliki dan aku ingin kau tahu…
Ada sesuatu yang sedang berlaku dalam hidupku. Cinta? Cinta…
Benarlah kata pujangga, “kerana cinta raja pun boleh menjadi hamba”
Dan saat ini, aku mahu semua orang memahami dan mengagumi cinta aku dan dirimu!


=7.55 p.m. (Sabtu, 18 Disember 2004)-10.20 p.m. (Ahad, 26 Disember 2004)=



RINDU INI MILIKMU SELAMANYA…


Siang adalah rinduku
Malam adalah rinduku
Pada bulan yang tersenyum
Pada bintang yang bersinar
Pada unggas yang bersiul riang…

Padamu…
Matahari siang dan malamku
Ke mana cinta itu pergi?
Secara tiba-tiba lenyap dari hatimu
Namun rindu ini sentiasa menghinggap di hatiku
Menanti saat pulangnya cinta di hatimu
Tak pernah sekalipun ia terbang jauh dari hati ini
Seumpama dingin bayu petang
Mengusap manik-manik setia
Umpama lembutnya bayu malam
Membelai titis-titis kerinduan
Yang pastinya setia menunggu cinta itu kembali

Sesungguhnya setia kepadamu mengembalikan rindu ini
Menyempurnakan semula pelayaranku di lautan rindu
SAYANG…
Kulakarkan seribu wajah rindu
Kucoretkan jutaan kalimah cinta
Kulukiskan segunung lukisan hati
Kusematkan bicara-bicara sepi
Hanyalah untuk
Kuperlihatkan zahir ini kepadamu
Biarpun batinnya tidak kau tahu
Kupersembahkan pada mata hatimu
Kupertaruhkan pada nilai kasih sayangku
Bahawa
Rindu ini milikmu selamanya…


(17 April 2007, 8.34 p.m.)

PERGILAH SEPI


Dulu, diri inilah ratu kesepian
Kucuba menjauhkan diri, tak mahu lagi dibelenggu kesepian
Tak rela lagi ditemani air mata
Tak sudi lagi menjadi tetamu kesengsaraan
Tuhan, terlalu sukar diri ini menerima dugaanmu

Tatkala matanya menatap mataku
Ada debaran yang tersirat di sebalik senyuman
Tak mampu aku membohongi lagi diriku
Tidak tersedar juga olehku
Ada titisan air jernih mengalir di pipi
Tak mengerti olehku apa yang tersirat

Sepi kembali mencengkam bila dia hilang
Kupejamkan mata, ada dia yang menantiku
Benarlah apa yang dikata, keindahan dia hanya akan disedari bila tiada dia di depan mata
Lamarannya menggoncang perasaanku
Angan, impian dan bahagia bercampur semuanya
Bersatu semua dalam satu persetujuan

Pergilah sepi…
Pergilah jauh tanpa mengingatiku lagi
Telah usai semua yang terimpi di jiwa
Ada dia yang sering menatap diriku
Dia merenung kasih mataku
Telah menjerat hatiku di dalam cintanya
Kuakui satu yang terindah dalam hidupku
Kini ada padanya…
Pergilah sepi…
Aku hanya inginkan sebuah cerita cinta indah
Kutelah mengerti maknanya cinta
Terindah seperti dalam cerita dongeng
Jauhkanlah bayanganmu dariku, sepi…
Aku terlalu percaya
Bila kegirangan singgah di hati…
Kesepian pun terus berlalu pergi…
Tuhanku, jangan kau rampas segala kebahagiaan ini di saat ia mekar mewangi


(11.50 a.m.-12.02 p.m.
 21 Mac 2003)

PADA BINTANG YANG BERKERDIPAN


Pada bintang yang berkerdipan…
Malam yang gelap, pekat, hitam…
Aku berdiri di jendela, menatap dada langit yang dihiasi bintang berkerdipan
Indahnya, bergantungan di angkasa raya bagai permata yang berkemilau
Cuba untuk menghitungnya, namun aku gagal jua
1…2…3…10…100…999…
Arggh!!! Tak terkira jumlahnya, hingga aku terpaksa menyerah kalah

Seketika, nadi terasa seperti berhenti berdenyut, nafas beralun tidak teratur
Bayangan dosa-dosa silam menyelubungi kotak fikiranku, segenap ruang ditawannya
Oh Kekasih, adakah lagi jalan dan ruang untuk aku menempah tempat di sisi-Mu?
Masih ada lagikah izin dari-Mu untuk diri ini diberi petunjuk serta peluang sesuci hamparan sutera putih?

Salahkah aku menumpang secebis daripada kekayaan Dia yang dilimpahkan di dunia ini?
Bukankah alam semesta yang membulat tanpa sempadan dengan segala isinya itu milik Dia?

Ahh…jauh sudah aku melayari silamku
Seketika, aku terdengar satu irama yang syahdu, lembut mengalunkan
kalimah yang indah memuji Dia dan menyeru manusia ke rumah-Nya
Entah mengapa, kala terdengar saja kalimah maha suci dan indah itu,
diri ini kurasakan amat kerdil, sekecil debu di bawah kolong langit maha luas
Terasa kerdil benar diri ini. Aku hanyalah satu makhluk yang berdiri di tepi jendela, yang cuba mengira jumlah bintang-bintang, dan yang terlalu mengagumi ciptaan Dia

Pada bintang yang berkerdipan…
Ingi sekali aku rungkaikan dan huraikan segala rahsia yang menjadi simpananmu
Ingin sekali aku mengetahui misteri kerdipanmu, misteri terangnya cahayamu dari ruang kosmos yang jauh ini…
Namun, kau masih lagi berkelip-kelipan di dada langit yang hitam pekat…sehitam hati ini
Ternyata, sinaran cahayamu lebih terang dan jujur daripada pancaran matahari yang menyinari perjalanan hidupku
Rupa-rupanya kau bintang, lebih ajaib daripada matahari!









Terasa ingin saja digapai sebutir demi sebutir, kemudian akan kurungkaikan rahsianya yang menjadi misteri
Tapi ia terlalu jauh…sejauh hatiku dari Dia
Aku terlalu merindui Dia, rindu yang terlalu mendalam
Pada bintang yang berkerdipan…
Ingin sekali aku memiliki jiwa yang seterang dan sesuci cahayamu, agar bisa kumendampingi Dia sampai akhir hayat
Alangkah agungnya Dia!
Aku kembali ke kamar, terus menatap bintang yang indah berkerdipan…


(8.30 p.m.<2 Oktober 2005>
 -9.11 p.m.<3 Oktober 2005>) 

MEMORI SENJA BERSAMA ZEC DI GEORGETOWN


Terlalu banyak cerita cinta mereka
Selalu aku mendengarnya walau hati tak pernah memahami
Namun tika waktu itu, hati tergerak tiba-tiba
Sesuatu menyuruhku mendalami apa itu cinta
Lantas aku cuba menyelami cinta itu, sedalam-dalamnya
Ku tak mahu cinta itu hanya sebuah cinta biasa

Ketenangan yang aku rasai sewaktu mengenalinya, bukan kekusutan
Lantas ketulusan kasihnya mencairkan ketulan egoku
Kuakui aku menemui kebahagiaan sewaktu di sisinya
Mungkinkah itu ‘cinta’?
Nama yang diperkenalkan padaku sudah cukup membuat aku mengerti dirinya
Ada memori di sebalik segalanya itu
Biarlah, simpankan cerita yang lalu…

Ada apa dengan ‘cinta’?
Cinta yang aku fahami bukanlah cinta Si Rangga dan Si Cinta
Bukan juga cinta gila Romeo dan Juliet
Melaluinya kumengetahui sifat-sifat dunia
Di Pulau Pinang, di Bandar George, segalanya kini telah tersurat dan tersirat

Senja itu, aku dalam pelukannya
Di sisian lautan yang bergelora lembut
Aku tergoda dengan ucapan sayangnya
Dia bukan raja cinta, tetapi penasihat cinta
Apa lagi yang mampu kukatakan?
Bila aku telah menyintainya dan berbagi hati dengannya
Itu semua hanya dengannya
Laut itu seakan mengerti kelembutan belaiannya
Angin pun mula menyapa diri tatkala tangannya menggenggam jemariku
Mungkinkah Pantai Seagate ini akan mencipta kenangannya terendiri?

Tika mentari merah itu wujud
Aku masih asyik mendengar bisikan kasihnya
Ya, ada sesuatu yang hangat mengalir di pipiku
Ohh…mutiara tanpa warna mula rebas dari mataku, mungkin kerana terharu
Kusaksikan beburung waktu itu berterbangan perlahan, damai!
Itulah yang kurasa sewaktu dalam dakapannya
Sehingga terlupa segala duka yang membaluti diriku

Jendela malam mula menampakkan bayangnya
Haruskah aku meneruskan keasyikan diulit kasihnya?
Ku tak mahu dikatakan pencinta asyik
Keindahan bersamanya di senja itu terhenti
Cahaya malam menjadi pemisah seketika
Sabarlah Zec, hari-hari mendatang pasti kan menjelma
Memori di dalam pelukanmu kan kubawa dalam mimpiku…



(11.22 p.m.-11.43 p.m. 1 Jun 2003)

MELODI CINTA TERINDAH (II) BUAT ARYANNA EMELDA


Telah kulagukan melodi cinta nan suci buatmu
Telah kusimpulkannya menjadi kenangan yang paling erat dalam hidupku
Di pepasir pantai nan indah disaksikan nyanyian ombak menderu
Buat pengubat rindu yang semakin mendalam, buat melerai resah dan  gundah

Izinkan aku membelai wajahmu, Aryanna Emelda…
Tatkala bibirku dan bibirmu bersatu dan kita bicara tanpa suara, tanpa paramasastra
Waktu itu hanya kehangatan nafasku, nafasmu lebih memahaminya
Atau biar saja aku menjadi kelambu malam-malammu
Sebagai pelindung daripada segala kecelakaan yang bakal menantimu
Dan kau bisa saja lena di ribaku lantas dibuai mimpi penuh indah, penuh wangi
Dan semarakkanlah cinta kita berdua disirami harum kasihmu

Aryanna Emelda, lambang cinta kasih aku dan dia
Izinkanlah aku terus menjadi pengandal kehebatanmu
Membiarkan aku terus mengusap manja penuh ghairah tubuhmu sehingga tiada terkata
Atau biar saja aku berendam dalam perigi kasih kita berdua
Akan kuteruskan membelah ombak menerjah badai, mengemudi cinta ke pelabuhan sana, menagih kasih sang puteri nan ayu lagi indah
Dewi kencana bernama Aryanna Emelda
Apa bisa aku melayari khayalan nan luas tiada bertepi bersamamu ke pulau cinta duhai Aryanna Emelda?


(10 September 2004, 11.36 p.m.-12.00 a.m.)

MELODI CINTA TERINDAH BUAT ARYANNA EMELDA


Biar kulagukan melodi cinta nan suci buatmu
Biar kusimpulkannya menjadi kenangan yang erat dalam hidupku
Ditemani damai malam yang tenang dan gemerlapan kilauan bintang
Aku mahu mengubat rindu yang semakin hari semakin mendalam terhadapmu

Izinkan aku membelai mesra pipi gebumu
Izinkan aku menyisir lembut rambutmu
Kala sang bayu berarak lembut  mengulit sepi, aku mahu menemanimu
Saat percikan hujan menyentuh tubuhmu, biarlah aku menyelimuti tubuhmu lantas mendakap erat tubuh kecilmu
Tiba malam, akan kuhamparkan sutera cintaku untuk mengalas tidur asyikmu
Biar aku terus memerhati comel matamu melayari mimpi-mimpi indah dan biar aku fahami seulas bibirmu yang selalu menyimpul senyuman padaku

Bila pagi membuka tirainya, bangunlah wahai Aryanna Emelda…
Hilangkanlah kerinduanku yang menggunung menanti jagamu semalaman
Leraikanlah gundahku yang sunyi tanpamu, Aryanna Emelda
Rebahkan segala resahku dengan sentuhanmu
Aku mahu kau tahu segalanya yang ada dalam hatiku
Sayangnya aku padamu seluas samudera raya, seindah pesona bidadari

Tatkala berjauhan darimu, rinduku membara
Cintaku berdarah kerana mengenangkan segala yang ada padamu
Rela aku berkolek di Selat Melaka, membelah samudera raya untuk mendapatkanmu di seberang sana
Meski jalannya berliku, denainya berapi, akan kugagahi
Tiada aku kenal erti jemu menantimu, tiada istilah bosan dalam perjalanan hidupku sewaktu mencarimu
Kerana kasihmu terlalu jujur, hadir tanpa dipaksa dan terpaksa
Namun, satu persoalan masih lagi belum mampu kujawab
Apa pasti kau kutemu jua, Aryanna Emelda dalam hidupku?


(3.45 p.m.-4.00 p.m.,10 September 2004)

KASIH 83-87


Zec, haruskah aku membandingkanmu dengan satu hari di musim panas?
Sesungguhnya kau lebih indah jika dibandingkan dengan keindahan bunga-bunga di musim panas itu
Juga sesungguhnya kau terlalu hebat untuk aku mengandalkanmu
Kerana itulah aku akan terus cuba untuk menyelami makna cinta bersamamu
Dan terus mendalami apa yang dikatakan cinta
Wujudkah cinta? Apa ada dalam cinta itu?
Kata orang, cinta itu indah, terlalu indah dan lebih indah jika dialami sendiri
Benar, aku memahaminya sewaktu menjalani hari-hari denganmu
Aku merasainya sewaktu gontai dalam rangkulan kasihmu
Dan aku mengingininya bila kau tiada di depan mataku
Zec, percayalah pada segala yang telah kuberikan padamu adalah tulus
Tak berani untuk aku mengiktirafkannya sebagai cinta sejati
Namun aku terlalu berani dan bangga untuk menyatakannya sebagai “kasih”
Zec, selagi wujud puisi ini di muka bumi ini, selagi ada mata yang membacanya dan selagi ada insan yang ingin memahaminya,
Selagi itulah hidup kasihku untukmu…


(9.30 a.m.-9.40 a.m. 28 September 2004)

JUARA CARTA DI JIWAKU


Terlalu klasik untuk menyebut, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi
Namun kalimah ajaib itulah yang membawa erti dalam kehidupanku
Benar, penantian yang selama ini kutanggung telah menjadi realiti
Saat-saat sepi yang dulu kini bertukar menjadi detik yang paling indah
Hadirmu setanding dengan tujuh juzuk warna pelangi, terlalu indah!

Kau ibarat lagu yang tercipta nan indah
Melodimu mengalun rima kehidupanku saban hari
Tercipta dan dicipta oleh pengubah yang teragung, hanya untukku
Kedudukanmu di hatiku tak pernah berubah
Saban hari kau sentiasa mendaki carta teratas di jiwaku
Kedudukanmu tak pernah tergugat oleh yang lain, takkan bisa digugatkan
Kelebihan ciptaanmu terlalu luar biasa
Apapun yang hadir dan berlaku, kau tetap nombor satu
Kaulah juara carta di jiwaku

Namun, kerisauanku tetap menyelubungi jiwa
Bimbang kedudukanmu bergoyang dicabar yang lain
Bimbang iramamu diubah keindahannya
Aku bimbang jika harapan dan impian tidak setanding mimpi
Aku bimbang kehebatanmu dirampas oleh satu getaran asing
Selalu kuberdoa agar kau tidak pernah jatuh dari carta teratas di jiwaku
Kerana kupercaya kau sentiasa akan mekar menghijau di jiwaku
Tetap juara carta di jiwaku…


(9.35 p.m. <21 Oktober 2004>
 -<9.43 p.m. <25 Oktober 2004>)