Total Pageviews

Friday, 30 December 2016

AKU SELALU CINTAKAN KAU, LYDIA!



10.45 a.m 31 December 2016

DESY MY DAISY LOVE ♥

Ini gadis yang mendefinisikan sisi seorang aku dari segi penulisan.
Puitisnya, terjemahan cintanya, lenggok bahasanya, persis seorang aku!
Mungkin kerna kami berkongsi influence yang sama dari gaya penulisan dan pembacaan.
Paling manis, nama kami hampir sama!
Sepanjang mengenal dia yang sebenarnya dah lama tapi baru-baru saja rapat gila, moment paling indah apabila mengetahui dia memeluk Islam.
For Allah is the best planner..

You're special in your own ways, Desy...
And for that, I love you.
Antara yang paling aku gemar untuk borakkan tentang cinta-- dia.
Antara yang paling aku suka untuk kongsikan segala kisah cinta aku dan siapa lelaki yang aku sayang--dia.
Seorang gadis yang hari-hari akan aku baca dan teliti setiap apa yang dia post di mesia sosial.

I don't have any words except kata-kata basi- I love you, my daisy love..
Kerana bahasa sudah terlalu murah sejak dua menjak ini, aku harap dia dapat fahamkan terus dengan setiap yang aku katakan ini.
Tolonglah percaya, wahai manis...
Dan selagi awak besi, saya sayang awak.
Selagi awak besi, saya akan jaga awak.
Walaupun jauh.

2.50 p.m 26 August 2016


SALAM 20 OKTOBER!

Bersempena Hari Hartal, sengaja nak pamerkan puisi terakhir Soe Hok Gie.

Bersempena satu ingatan jujur dari aku kepada beliau yang tak pernah mati puisi-puisinya dalam rujukan aku.

"Masih terlalu banyak kaum munafik yang berkuasa. Orang yang pura-pura suci dan mengatasnamakan Tuhan."



4.03 p.m 20 October 2016

LEPAT

I was over the moon to have met this weird yet talented guy.
One word, dia ni punya lovely piece of soul.
Tak semua yang mampu fahamkan semua karya dia.
Tak semua.
Aku sendiri yang begitu cintakan dunia penulisan pun ambil masa berhari-hari dan berkali-kali ulang baca bukunya "Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang".
Bahasa dia tinggi. Dalam.
Lepat- dia takkan spoon feed kita free2.
Karya dia akan buatkan minda kau berpusing 360͒ untuk benar-benar fahamkan apa yang dia mau sampaikan.

Thank you Lepat sebab buatkan jiwa saya faham sedikit tentang ilmu fekah.

Jalan terus, pekakkan telingamu.
Oh ya, untuk kamu-kamu yang suka 'menilai' manusia dari luaran dan gaya pemakaiannya, silalah baca semua karya dan kisah hidup beliau. 
I'm thanking my dad sebab kenalkan aku dengan siapa Lepat dari tahun 1996 lagi.
Berbual dengan dia selama 15 minit tentang karya-karyanya, layanan Malaysia terhadap dia, tragedi 1996 dahulu, tentang ilmu fiqhnya dan diselit juga kisah Aminah dan Azali sudah cukup buatkan hati aku berbunga.

Makasih atas layanan yang mesra, Lepat!

Awak buatkan hari ulangtahun ke 29 saya begitu manis dan sempurna. 😊

"Jom kita pi ambik gambaq kat luar tu. Kat situ cerah. Saya ni dah la hitam, satgi tak nampak muka."


6.09 p.m 6 November 2016





SELAMAT ULANGTAHUN, BARBIE CANTIK

Ulang tahunnya selang 3 hari saja dari ulang tahun kelahiran aku.
Sister from another mother, pencuri hati, my Scorpio twin, cinta hati, bunga hati, barbie doll, asihh semua gelaran dia sapu!

What more should I ask for?
I have a great soulmate who is now a great lover of mine.
I wish you well, my pencuri hati merangkap bunga hati saya.
Knowing you're fine is all I need but how I wish you're fine with me behind you.
I suck at saying I miss you, tapi itu lah, I rindu you dan yang lain-lain kat KK tu.

Jangan nakal-nakal, jangan berhenti untuk jadi cantik luar dan dalam, jangan stop cintakan I.
Nonetheless, stay true and inspired!
Anyuiii kenapa sedih ni talking about you... haih.
Jaga diri di sana oh chentaku, my prayers are with you.
Tau? Tau tau tau?
Semoga you selalu dalam jagaan Allah.
Semoga segala yang manis selalu memeluk hari-hari you.
Selamat ulangtahun kelahiran, sayangku Sarahana...

7.34 p.m 9 November 2016


SALAM BERSIH

Salam bersih.
Salam 19 November.
Salam Malaysia baru.

Malaysia, you're the reason why we do what we do.

1.29 p.m 19 November 2016
"Masih terlalu banyak kaum munafik yang berkuasa. Orang yang pura-pura suci dan mengatasnamakan Tuhan."- Soe Hok Gie

12.09 p.m 20 November 2016
"Perancangan itu lebih jahat dan kotor dari perbuatan atau melakukan."- bilang seorang teman rapat beragama Kristian katolik.

2.29 p.m 23 November 2016

JANGAN LUPA KEKASIHKU

Jangan lupa, kekasihku
Jika terang bulan kita jalan-jalan
Yang tidur depan rumah di pinggir selokan itu tetangga kita, kekasihku.

Jangan lupa, kekasihku.
Jika pukul lima buruh-buruh perempuan yang matanya letih
Jalan sama-sama denganmu berbondong-bondong
Itu kawanmu, kekasihku.

Jangan lupa, kekasihku.
Jika kau ditanya siapa mertuamu
Jawablah: yang menarik beca itu
Itu bapakmu kekasihku.

Jangan lupa, kekasihku
Pada siapa pun yang bertanya
Sebutkan namamu
Jangan malu
Itu namamu, kekasihku.

-Wiji Thukul, 14 Maret 1988-


"Di atas nama Islam dan kemanusiaan kita berkumpul hari ini."- kata Tuan Guru Haji Hadi Awang yang bersolidariti untuk Rohingya yang turut dihadiri Nik Abduh.

Jadi, macam mana pula isu pembalakan di Kelantan?
Tiada dasar kemanusiaankah di situ?
Apa orang asli yang mendiami hutan di Kelantan tak layan dilayan atas dasar kemanusiaan hanya sebab mereka bukan Islam?

RIP human rights.

4 December 2016, 8.10 p.m

HEY THERE SAINT OF MY LIFE! ;)


LADY ROSE :)



Can you stay a little while, can you drink this cheap bottle of wine
Got a love song, a broken line
Put the rose on your hair
Full of grace my queen of mystery
Can't you see? Can't you believe?
And all they say it's true
Lady Rose...

I can sing a thousand song, I can bring your kiss around town
Kiss of angel, as sweet as heaven
Put the rose on your hair
Full of grace my burning Latin queen
Can't you see? Can't you believe?
And all they say it's true
Lady Rose...

When you fall into my arms, when you sleep for thousand years
Never will bring you down, down, down, down...
You're the heart of the crown
And the blood of all my lifetime
You are my Lady Rose...

Let me say this, for one last time
Of all the love and beauty I have seen
You're the one, my only one forever...
Put the rose on your hair
Full of grace my queen of mystery
Can't you see? Can't you believe?
And all they say it's true
Lady Rose...

SUNSET DI TANAH ANARKI (SUPERMAN IS DEAD)

Desing peluru tak bertuan
Hari-hari yang tak benderang
Setiap detik nyawa ini ku pertahankan untukmu
Alasanku ada di sini
Dan parasmu yang ku rindukan
Di neraka kan ku menangkan hariku bersamamu

Andaiku malaikat, ku potong sayapku
Dan rasakan perih di dunia bersamamu
Perang kan berakhir
Cinta akan abadi
Di tanah anarki, romansa terjadi

Dalam gelisah ku menunggu
Berita tentang gerilyamu
Semerbak rindu kuasai udara panas ini
Sepucuk surat telah tiba
Dan senja pun ikut berdebar
Kalimat indah dan kisahmu tentang perang dan cinta

Andaiku malaikat, ku potong sayapku
Dan rasakan perih di dunia bersamamu
Perang kan berakhir
Cinta akan abadi
Di tanah anarki, romansa terjadi

Ku basuh luka dengan air mata
Oh hatimu beku
Serta jiwamu yang lelah
Tak henti lawan dunia
Dengan mimpi besar untuk cinta
Dan jalanmu untuk pulang
Di hujung waktu kan ada cahaya

Itulah aku, raihlah mimpimu...


Thursday, 8 September 2016

UNTUK 6 TAHUN ITU (ADA RINDU DI KINABALU)

Kamu yang sedang tertegun di jalan sana
Setiap yang jatuh di matamu aku ingin larut bersama kamu
Kamu yang pernah begitu dekat dengan aku
Tapi kenapa selalu menjauh?
Apa kamu bimbang?
Apa kamu takut?
Mendengar dan menonton ceritera hidup aku yang tidak pernah statik,
kenapa tidak kamu pernah untuk datang selamatkan aku?
Oh ya, kamu mencuba...
Dan terus mencuba
Hinggakan aku buta untuk terperasankan semua itu
Aku terkabur untuk melihat kewujudanmu

Kamu yang di seberang laut China Selatan, berada di bawah bayu Kinabalu,
kenapa baru sekarang?
Kenapa beralah untuk berebutkan aku di waktu gemilang itu?
Kamu gentar ya sayang?
Apa kamu takut untuk berada di garis cabaran?
Apa kamu goyah dengan semua yang bakal diperkatakan mereka?
Usah gentar wahai kanda...
Kerna aku yang di masa itu sedang buta dek palsunya cinta
Aku di ketika dulu sedang sesat dipukau asmara yang bertopengkan rasa semata
Wahai manis, maukah kau memilikiku kembali?
Yang suatu ketika dulu pernah dekat dengan jiwa kamu?
Sudikah kau mau mencintai aku yang jiwanya sedang tergantung ini?

Mari sayang, mari dekat semula denganku
Ayuh manis, kita bina semula perasaan berbunga-bunga yang pernah larut dalam tubuh kamu dulu
Janji padaku, bisa jadi lelaki terakhir yang hidup dalam jiwa seorang aku
Ya manis?
Mari, kita paksikan 'rasa' yang sedang tumbuh dalam kita kepada satu ikatan yang megah itu.

--6 September 2016 12.00 am--

Wednesday, 20 July 2016

Tertarik dengan kata-kata Marcel "Sembunyikanlah ibadahmu sepertimana kamu menyembunyikan dosamu sendiri".

Ada sebab Islam tak menganjurkan kita untuk mempamerkan segala ibadah yang kita lakukan kepada umum.
Tujuannya ya, untuk menghindarkan penyakit riak dan takbur.
Tapi, kebelakangan ni secara peribadi aku melihat ramai yang dah berubah ke arah kebaikan lantas menayangkan segala kebaikan/ibadat yang dia lakukan di media-media sosial, facebook umpamanya.
Dan paling menyedihkan, manusia-manusia macam ni tiba-tiba bertukar selayaknya ibarat malaikat dengan memandang hina/rendah atau memerli orang yang masih lagi dalam kejahilan (I'm not saying malaikat bersifat macam tu, jangan salah faham, cuma nak menggambarkan mereka berasa diri suci ibarat malaikat).
Sedih.

14 Ogos 2014
Hari lahir ke 27 tahun ni alhamdulillah aku tak ditanya dengan soalan-soalan tipikal dan kurang bijak macam "Dah 27 dah, so bila lagi?" "Bila nak kahwin? Umur dah meningkat." "Dah nak masuk 30, tak mau kahwin lagi ka?" dari kawan-kawan mahupun  saudara mara.
Hampa punya soalan typical tu boleh simpan dalam laci naaa...
Tapi last-last ayah aku sendiri yang tanya soalan tak berapa nak soalan tu lepas wish birthday aku.
Kelia!

8 November 2014
One of friends shared this picture o facebook.
Too true to deny.
Permulaan mood yang bagus untuk aku hari ini.
Everybody has their own connection with God.
With their own way.
Bertutup auratnya, dijaga santunnya sampai nak gelak pun tutup mulut tak semestinya al-quran itu kau sentuh dan baca hari-hari.
Berstokin tangan, bertudung menutup rambut tak menjanjikan kau ingat untuk sedekahkan al fatihah pada mak ayah kau tiap-tiap pagi.
Merokok, berkarat rambutnya, kadang-kadang sampai terjojol buah di dada tu tak semestinya sejadah langsung tak diusik.
Silap-silap dia bangun tengah malam bertahajjud pada sang Kholiq.
Lelaki yang koyak rabak seluarnya, panjang tak terurus rambutnya tu silap-silap tak pernah langsung tinggalkan solat.
Kita selalu gemar jadi juri melalui luaran.
Rabb, moga cepat dilembutkan hati orang-orang seperti aku untuk makin didekatkan hubungan denganMu...
Moga dipegang hati aku agar tak diluputkan ingatan kepadaMu.
Fillah, Kau maha paling sempurna.

5 Mac 2016, 7.47 am


Soon to be 28. Dan menginjak umur ke 28, soalan yang paling aku benci- "Bila lagi nak kahwin?" Bla bla bla.
Aku perlukan soalan bernas untuk otak aku digest, bukan soalan bangang yang aku sendiri tak mampu nak jawab.
KAHWIN.
Siapa saja yang tak nak kahwin?
Dan mungkin antara sebab aku tak kahwin lagi pada umur aku sekarang-aku MEMILIH.
Sangat-sangat memilih.
Aku perlukan arjuna yang bijak, ada aura yang boleh buat aku selalu nakkan  dia, ada 'something' yang takkan pernah ada pada lelaki lain, terjaga solatnya, hormatkan wanitanya, berambut panjang, bergaya rockstar, cintakan muzik dan seni, selalu berbau wangi dan paling penting, otaknya bijak dan rajin membaca.
Lelaki yang boleh aku borakkan tentang dunia, tentang betapa Tuhan itu terpaling baik, tentang kenapa sampai sekarang Palestin masih ditindas, tentang betapa ketinggalannya politik di Malaysia, tentang kenapa pelangi berwarna 7, tentang rahsia laailahaillallah, tentang kehebatan zaman kegemilangan empayar Uthmaniyah, tentang kenapa aku terlalu mengagumi Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Tok Guru Nik Aziz dan Hamka, tentang betapa aku begitu cintakan dunia penulisan.
Aku maukan lelaki yang boleh berbahas berdebat dengan aku sampai boleh buat aku kalah terdiam.
Lelaki bangang, sila jangan dekati aku!
Dan aku harap, lelaki itu selalu adalah kau dear You... :)

5 Mac 2015, 10.36 pm

Tuesday, 19 July 2016

Moga syurga paling terpuji tempatmu wahai pejuang agama.
Moga dihisab segala amalmu dengan mudah untuk ke Jannah.
Pergi di malam Jumaat, salah satu tanda betapa kau disayang Tuhan.
Al fatihah buat Tok Guru Nik Abdul Aziz...
Memori 2 tahun lepas saat dibagi doa darimu masih tersimpan rapi.
Semoga sampai bila-bila doa tu dapat jadi pelindung aku.

12 Februari 2015, 10.16 pm
Unik. Satu dalam sejuta.
Melayu, Cina, India, Muslim and non Muslim semuanya menangisi permergian dia.
Benarlah janji Allah, siapa saja yang melebihkan akhirat dan tinggalkan duniawi, maka dia akan disanjung dan dihormati segenap manusia.
Loved by many, hated by few but respected by all.
True legend.
Moga sampai doa kita-kita semua kepada dia.
Dan untukmu idola sepanjang zaman, TGNA, your du'a that you gave to me 2 years ago will always be my daily du'a.
:)

13 Februari 2015, 12.57 am
Dikatakan nyanyuk sedangkan 30 juzuk al-quran sentiasa segar di mindanya.
Dikatakan tidak mampu berbahasa Inggeris padahal 7 bahasa dunia mampu dibicarakannya.
Dikatakan daya ingatannya lemah sedangkan waima dalam komanya pun digerakkan Tuhan untuk bangkit bertahajjud kepadaNya.
Dikatakan tidak mau langusng berduniawi padahal sedari sultan, ahli politik, artis popular tanah air hinggalah kepada peminta-peminta sedekah datang untuk melawatnya.
Disangka cetek ilmunya sedangkan dari mula dia dikagumi dan diangkat para ulama' dan ahli ilmu seluruh dunia.
Dituduh menganggap diri sendiri sebagai nabi padahal pernah dia mahu menampar orang yang terlalu taksub dengannya, sebab bagi dia, Allah yang satu itu perlu ditaksubkan dan nabi Muhammad saw yang perlu dijunjung tinggi.
Dihina disamakan dengan babi padahal pada hari kematiannya, jenazahnya dibanjiri dengan puluhan ribu manusia yang datang semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir dan mendoakannya, belum lagi campur dengan solat jenazah ghaib yang dibuat di seluruh dunia untuk dia.
Sampai begitu sekali Allah mengangkat maqamnya.

Genap seminggu dia pergi berjumpa Tuhan, moga diamankan dari seksaan kubur wahai ulama' kegemaran rakyat jelata.

19 Februari 2015, 9.14 pm
Kita nak suruh orang buat kebaikan tapi kita ni pun masih ke laut imannya.
Kita mintak mereka turunkan tanda salib tapi kaki kita ni cukup ke 5 waktu jejakkan di masjid?
Banyak lagi ciptaan Allah yang cantik-cantik untuk alihkan pandangan mata kita dari tengok lambang tu. Kenapa?
Kau tengok lambang salib tu, kau terus tak boleh mengucap syahadah ke?

21 April 2015, 11.17 pm
Maka benarlah apa yang dikata arwah Al-Fadhil Ustaz Fadzil Noor supaya dipanjangkan usia si polan supaya dapat si polan melihat segala kerosakan yang dia buat suatu ketika dulu.
Maka, ada benarlah bahawa PM Malaysia dan apa yang berlaku dalam Malaysia pada ketika ini adalah hasil semua kerosakan yang si polan buat dulu.
Dan dalam Islam, ada kifarah yang perlu kita percaya.
Setiap apa yang kita perbuatkan terhadap orang, suatu masa yang pasti nanti Allah balikkan semula pada kita. :)

6 Jun 2015, 10.35 pm
Hari ke 3 Ramadhan, ibadat aku masih lagi rabak, masih lagi compang camping koyak di sini dan sana.
Mulut masih lagi tak dijaga sebaik mungkin.
Pandangan mata masih lagi tertumpu kepada benda yang tak sepatutnya.
Telinga pun masih lagi mendengar perkara yang dilarang.
Tetapkan hati aku ya Rabb, tetapkan selalu...

20 Jun 2015, 11.52 pm
Tadi borak dengan kawan tentang keberadaan manusia zaman kini- yang berduit dipandang tinggi dan disanjung tapi yang miskin dihina dan disisihkan.
Ya, bila kita berduit dan berharta, orang sekeliling akan memandang tinggi kepada kita. Seolah-olah kita raja dalam segala. Apa saja kata atau perintah wajib diturutkan. Bila kita berduit, kitalah raja. Tapi bila kita tak punya apa-apa, kita pasti akan dibenci, malah disisih hina.
Tak payah fikir jauh, aku mengakui hal ini sesungguhnya. Kisah ni sendiri berlaku di kampung aku, dalam kalangan saudara mara aku dan keluarga aku sendiri.
Yang berduit, berharta dan bergaji besar, ditatang bagai minyak. Diperakukan setiap baris katanya, diiyakan setiap bait kata yang keluar dari mulutnya, tanpa menidakkan langsung.
Bila pulang ke kampung, disambut dengan sambutan meriah, nasib baik karpet merah tak ada di rumah, kalau tak wajib dibentang menyambut kedatangan orang berduit semata.
Sanggup menghias rumah, bilik khas untuk si berduit banyak, mintaklah apa saja untuk dimakan, pasti kan tersedia di depan mata.

Ada apa dengan orang berduit banyak?
Sebab duit dia?
Sebab jawatan dia?
Sebab ada 'faedah' yang kita boleh dapat dari dia? :)

Aku benci manusia-manusia berduit yang dilayan sebegini!
Seolah-olah si miskin tu layak dihina dan dicaci sesuka hati. Mentang-mentang dia miskin tak berduit. Aku benci!
Sepertinya si berduit dan berharta ibarat malaikat, tak berdosa walau sezarah pun. Kalau kau berduit, kau layak melanyak-lanyak maruah si miskin?
Kau siapa? Kau juga sebenarnya berasal dari golongan tiada berduit, kan?

Aku benci manusia-manusia berduit yang berlagak.
Dan aku juga benci manusia-manusia yang suka mengagungkan manusia-manusia berduit.
Kau sedang lupa bahawa kau sedang bersubahat dalam melanyak maruah orang.
Kau, kau kau dan aku.
Sebenarnya hanyalah manusia yang bertopengkan nafsu semata.
:)

16 August 2014, 4.40 pm
His wings covered me, keeping me chill of his touch from burning me. His soul met mine. We explored each other slowly, thoroughly, with a sense of wonder and surrender. As our heart began to move together I knew complete joy. I didn't want to leave, I wanted to stay. With you.
Thank you for standing up for me.
Thank you for protecting me from all the harms.
Those silly things I do for you, just so you know, love brings out the silly out of you.
Because you're the most annoying person I've ever met1
And please know that your annoying self is what makes me love you.

Monday, 18 July 2016

TENTANG SESEORANG

Masih, menghirup udara yang sama
Masih, berpaksikan rasa yang sama
Masih, menyimpan sesuatu yang tak pernah hilang
Ada apa pada figura seorang kamu?
Yang selalu membikin hati berperang dengan minda?
Segala tentang kamu interpretasinya manis
Namun, masa lalu sentiasa membataskan semua yang aku rasa terhadapmu
Sebagai peringatan untuk tidak meletakkan hati pada yang salah
Kamu adalah teka-teki yang terpenjara dalam batas logika
Setiap berhenti di matamu, aku ingin lari dan pergi bersamamu
Biarpun jarak antara kita yang menjadi subjek paling aku takutkan
Kamu, kamu harus ada di mana tempat ku berada.

16 Julai 2016, 4.16 pm

Wednesday, 13 July 2016

Mungkin pengertian Hari Raya Haji ini akan betul-betul bermakna bila aku betul-betul melakukan sesuatu pengorbanan suatu hari nanti.
Salam Aidiladha buat semua umat Islam...

-4 Oktober 2014-
Instead of pelbagai ujian dan musibah yang menimpa Malaysia kebelakangan ini, #MH370 dan #MH17 misalnya dan perbalahan pendapat tentang politik, I'm glad to see that Malaysians stood united in the hour of grief.
We mourned together for the victims.
Yes, religion unites us all.
Terkesan betul bila tengok upacara sembahyang agama masing-masing.
Mana-mana pun kita pergi, akhirnya kita mesti pulang pada agama kita jugak kan?

-22 Ogos 2014-
Manusia mana sekali pun, kalau dah ditindas berkali-kali,
kalau dah ditekan berkali-kali, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan dan ditekan, akhirnya akan memberontak.
Mengganas. Membuas.
Nama pun manusia.

-13 Jun 204-
Selamat malam, kekasih...
Selamat malam si pembawa rasa.
Menjadi jantung kamu adalah terpaling indah.
Sungguh, rasa ini dari hati.
Menjadi yang paling kau termaukan adalah sangat bahagia.
Kerna itu kamu di mata aku terlalu sempurna- apa adanya.

Selamat malam, kekasih...
Jangan pernah dilupa aku, walau dalam lenamu.
Jangan pernah terhenti meminta pada Dia, moga-moga disatukan kita sampai ke tua.
Selamat malam, kekasih...
Terima kasih kerna tak pernah jemu berdiri di belakang aku, teguh pasakkan di setiap goyahnya aku.
Kerna itu kau bagiku adalah sesuatu.
Selamat malam, kekasih...
Jangan lupa pada janji, mau petik gitar hari-hari, kan?
Dan jangan lupa untuk terus membebel aku, kerna awak comel begitu! :)
Dear owner of KDP***,
What more should I ask for eidulfitri this year?
I have a great idol who is now a great lover of mine.
I wish you well. Thank you for making this raya so meaningful.
I've been 'kosong' for almost 12 years on raya since my late grandpa left.
I wish you'd stop being married to work so you can marry me for sure. Eh! :p

Talking about your work, I'll never question it because I know that's your standard bar.
I just wanna be your ultimate missus.
For whatever, I wish you well, my darling rockstar.
You'll never understand the extent of my love for you.
Salam eidulfitri from your most naughty lil' girl!

-July 2015-
This goes to this special person, wonderful guy of mine.
A person who could handle so much, tough and sensitivity at the same time.
A person who is not afraid to look and be stupid with me.
A person with a superb level of intelligence, and tremendous amount of patience.
I salute.
A person who would statically support me through ups and downs and would follow me down into the pit if I ever fall.
Without hesitation, he would jump down for me.
A person who have been accepting me for who I am, didn't even care of my divaness (yes,I'm a diva in my own way.
A person who can drag me back to reality when I was in my own world.
But most of the times, he would stay in my clouded mind for a decent period of time.
I miss you, darling rockstar!
Too many things to share with you since we were apart. :(

Monday, 20 June 2016

YA HUMAIRA SI PIPI MERAH

Comel sungguh si Aisyah bila merajuk!
Patutlah digelar nabi ya Humaira- si pipi merah yang comel dalam setiap sikap dan rajuknya.

Entah kenapa, terkesan sungguh aku dengan cerita betapa nabi Muhammad saw begitu cintakan Khadijah, si isteri pertama yang lebih tua darinya namun cintanya kepada Rasulullah saw sentiasa muda, sampai ke tua. Sampai mati.

Begitu besarnya cinta nabi kepada Khadijah hinggakan Humaira si pipi merah begitu cemburukan Khadijah yang telah wafat bila mana hampir di setiap lafaz, nabi selalu menyebut dan mengenangkan Khadijah.
Suami mana yang tidak rindukan isteri yang dinikahi buat pertama kali- isteri yang bersusah payah dalam setiap perjuangannya, isteri yang menyelimutkan tubuhnya yang dingin dan layu ketika menerima wahyu pertama.
Suami mana bisa melupakan isteri yang berulang alik berpuluh batu ke Gua Hira' semata untuk memberikan makanan kepada suaminya.
Mana ada suami yang bisa sekelip mata membuang terus si isteri yang sanggup berkorban jiwa dan harta untuk berdakwah bersama.
Dan takkan ada suami yang tak pernah sesaat tidak rindukan si isteri yang lagi berumur darinya tetapi menghormati dan mengagungkannya seolah sang suami lagi berumur darinya.

Haih la wahai Khadijah, mulia sungguh peranan kamu sebagai si isteri!
Takkan wujud lagi rasanya zaman sekarang ni para isteri yang betul-betul ikhlas cintakan dan hormatkan suaminya.

Bayangkanlah, betapa cinta, kasih dan rindu Rasulullah saw kepada sang isteri, sehimgga cara ketukan di pintu oleh Khadijah pun masih diingati nabi walaupun Khadijah telah wafat.

Bisa satu hari nanti, moga-moga dapat dinostalgiakan oleh aku ya segala mulia pekertimu wahai Khadijah, srikandi sejati cinta baginda saw...


Dahsyat.
From refugees to having a country/nation.
Macam someone came to visit tapi dia menghuni rumah kau dan mengetuai segala benda.
Kalaulah masa ni rakyat Palestine fahamkan segala kata-kata Adolf Hitler, kalau...
Tapi semuanya dah termaktub dalam al quran.

This photo- so tiny yet has such an impact.
Fihifzillah my dear Palestinians...
Dan di setiap semuanya, masih kau ada di belakang, di sebelah, di hadapan.
Di setiap sisi.

Masih, kau cinta pertamaku.
Dari 28 tahun dahulu.
Dan sampai bila-bila pun tetap akan memegang gelaran kekasih pertamaku.
Apa layak lagi yang bisa aku hadiahkan selain doa dan ampun maaf?
Semoga selalu di bawah payung rahmat Tuhan, wahai ayahanda...

Selamat hari bapa specifically hari ni la buat ayah tercinta!
Orang sayang ayah walaupun dulu dulu kecik kecik ayah suka cakap
"Ni anak sapa ni mata sepet? Bukan anak ayah ni, anak cina mana entah". -,-

Wednesday, 1 June 2016

UNTUK TERUNA YANG SEDANG DALAM PELUKAN

Kau yang sedang tertegun di muka jendela
Menghirup udara perit di antara keberadaan jiwaku
Masih,bernafas seiring dengan nafasku
Setia melihat udara biru

Entah berapa banyak purnama kau kaku di situ
Melihat aku senyum,menonton air mataku jatuh
Merasa segala rasa yang aku sedut dan hembuskan
Menjadi saksi segala sandiwara yang aku sengaja biarkan menjadi pegun

Ada tanda cinta di wajahmu yang aku lihatkan hari demi hari
Apa benar ada isyarat dari jiwa yang mau kau tawarkan buat aku?
Selamat pagi,kasih...
Semoga pagimu manis-manis saja
Tunggu sedikit masa,nanti bisa jadi kekasih ya?
Hai kamu si teruna yang berdiri di bibir jendela hati,masuklah.
Aku izinkan.

1st of June,2016
9.22 pm

Monday, 30 May 2016

UNTUK FIGURA BERSOSOK CHANTEK

Banyak purnama kau terpasung dalam jiwa yang meredam
Wahai figura yang pernah menjadi kegemaran, kenapa masih bersemadi di situ?
Kenapa tidak mereput saja sosok kamu dalam aku?

Malam ini, hanya ada sedikit bintang di langit gelap
Mungkin kerna kau sedang cantik cantiknya
Mungkin kerna sudah sempurnanya jiwa
Sempurna secantiknya tanpa aku
Harapnya bahagia selamanya

Wahai angin pujaan hujan, bawa semua yang tersisa di sini
Untuk kamu figura yang tetap terpaling cantik, yang diharap cuma aman selalu.
Terbanglah.
Harini aku biarkan kamu terbang
Dengan siapa yang kamu mau, dengan siapa yang kamu sudi
Terbang.
Jangan datang lagi.
Semoga sore-soremu manis, semoga malam-malam kamu indah.
Hey,rambut kamu chantek!

31 May 2016, 11.50am


SELAMAT,WAHAI SI RAMBUT CHANTEK...

30 Mei 2016.
Tarikh paling suwey.
Tahun paling sial.

Why me??????

Kenapa aku,wahai Tuhan?

Rambut Chantek,entah kenapa malam ni hati I tergerak untuk check insta you.
Tiba-tiba.
I ingat I dapat tengok muka you yang dah lama I tak tengok.
Tapi,rupanya you hadiahkan I dengan gambar terpaling cantik di dunia!
Ohhh,you're got engaged!
You dah bertunang....
Okay. Okay.

I tak kenal siapa perempuan bertuah tu,yang pasti bukan Nana.
Mesti dia terpaling istimewa dalam hidup you kan?
Seronoknya you,I tau..

Rambut Chantek,kenapa buat I macam ni?
Kenapa bukan dengan I macam yang you janjikan Disember tahun lepas?
Bodohnya I keluarkan air mata lagi semata demi you. Bodoh!
Bodohnya I dibiarkan dibodohkan seluruh perasaan yang ada.
Ditarik semua rasa cinta sampaikan I tak boleh lagi nak mencinta yang lain seadanya.

Apa you guna ni?Bomoh apa you pakai ni sampai dikoyak segala rasa yang ada dalam hati I?
Bomoh apa you guna sampaikan waktu sekarang pun I masih harapkan you?
Bukan,bukan berharap.
I rindu.
I rindu kewujudan you.
Dalam segala benda.

Rambut Chantek,sepatutnya dah 5 bulan kita disatukan.
Sepatutnya. Kan?
Selamat bertunang,Nazrin bin Ariffin!
Entah bila lah I mau dibagikan rasa bahagia seperti yang you rasa sekarang ni.
Entah kenapa Tuhan begitu berkehendakkan I merasa derita kasihkan manusia.
Entah sampai bila.
Entah sampai bila rasa untuk you ni akan hilang.
Entahlah.
You're more than happy kan sekarang?

Selamat bertunang,wahai yang pernah bertakhta di jiwa...
Selamat bakal berumahtangga wahai sosok terpaling cantik I pernah cinta dan khayalkan.
Punyalah payah untuk dapatkan you,punyalah susah untuk mencinta you dalam masa 3 bulan saja.
Pengakhirannya,I yang derita.
Setahun mengharapkan untuk mendampingi you,cuma 3 bulan diizinkan Dia untuk mengasihi you selayaknya,tapi entah sampai bila rasa derita ni akan I tanggung.
Perih. Sangat.

12.29 am,30 May 2016


Friday, 20 May 2016

SELAMAT 28 TAHUN,RAMBUT CHANTEK!

Hai awak yang di sana.
Selamat hari lahir ke 28 tahun.
Semoga yang baik-baik saja datang dalam hidup you lepas ni.
Tak,I dah tak dendamkan you.
I okay. Ya,I okay.
If you know what I mean. :)
Rambut Chantek,dengan siapa pun you sekarang,I masih harapkan yang terbaik untuk you.
Tak lah,I dah tak berharap pun kat you.
Cuma kadang-kadang rasa rindu tu datang sendiri.
Don't blame me. Please.
Kadang-kadang memori tu terlintas kat kepala walaupun sekejap cuma kita bersama.
Oh ya,nama you masih lagi I save as "Rambut Chantek" dalam phone contacts I.

Selamat hari lahir...
You reply pendek je pun I dah happy sebab at least you reply whatsapp I.
:)

23 April 2016

Thursday, 19 May 2016

Suatu saat bila kau lelah dengan kota konkrit, lelah dengan dinginnya modernisasi dunia, pergilah ke desa.
Pergi ke laut, ke hutan, ke pantai.
Pergilah mencari jiwa.
Aku selalu cintakan laut lepas. Nyaman.
Because I know I've found my soul when I've connected on a very different level of my life.

#throwbackBali #pandawabeach

10.28 am, 12 May 2016.

Wednesday, 18 May 2016

CINTA

I was at my lowest stage where I couldn't see any saviour can pull me out from that 'place'.
Last 6 months on the same date, it was totally different.
'Terduduk' jatuh kerana CINTA. Ranap terus.
Tak pernah seumur hidup merasa ada di fasa tersebut buat aku jatuh sejatuhnya.
Berkurung dalam rumah selepas waktu kerja, nak makan pun malas, langsung tak layan whatsapp dan call dari sesiapa kecuali sahabat-sahabat rapat.
Tu pun beberapa kerat je.
Untuk Dayat, Tawa, Ema, Lydia dan Melia- terima kasih masih tak tercukupkan sebab ada bersama aku yang ranap di fasa itu. :)

Semuanya kerana CINTA.
Cinta manusia.
Itulah kau Des, sibuk sangat mengejar cinta manusia sampai jauh tinggalkan Dia.
Sibuk sangat mengejar lelaki pilihan sampai akhir sekali terduduk jatuh kerana si dia.
Bodohnya aku waktu tu.
Tapi tu lah, aku bernasib baik sebab cepat tersedar jugak.
Bernasib baik sebab ada ramai sehabat yang tolong bukakan mata hati aku untuk nampakkan yang mana salah.
Bernasib baik sebab selalu dimarah, dimotivasi dan di'operate' hati untuk kembali menjadi kuat dan hidup dalam realiti.
Terima kasih si Rambut Chantek, sebab awak banyak 'mengajar' saya dalam hidup.
Awak 'ajarkan' saya yang sebenarnya tak perlu kejarkan sangat cinta manusia.
Awak ajarkan saya yang bahawasanya untuk memiliki sesuatu yang betul-betul kita mau, itu teramatlah mustahil.
Jejaka berambut panjang, bergaya rockstar, pandai bermain musik, bijak akalnya dan pandai berbicara tentang dunia-itu semua cuma angan-angan saya.

Terima kasih sebab tinggalkan saya, kalau tidak mestinya saya masih bersama dengan orang yang salah pada waktu sekarang. Kan?
Terima kasih sebab bikin cinta saya disampahkan.
Terima kasih Rambut Chantek sebab buat saya sepertimana saya pada 6 bulan lepas.
Kalau tidak, entah bila saya mau kembali kepada Tuhan saya. Mungkin masih hanyut.
No, this is not a frustation statement.
Ini 'tribute' untuk kau, Rambut Chantek.

:)

Ada hikmah rupanya semya benda yang jadi.
Setiapnya satu persatu ditunjukkan nikmatnya sekarang.
Aku punya keluarga tercinta, aku punya ramai teman yang masih setia di sisi aku sekarang walau pernah aku menjauh dari mereka, aku punya kawan-kawan baru yang terima aku seadanya. Aku masih punya Sifuu, Madiba dan Berlin. Hihihi.
Aku tak rugi tak punya kau.
Itu kau kena tau. Tau?
Hidup ini terlalu pendek untuk aku kecohkan dengan komplikasi tak relevan.
Ya, aku lapar agoni tapi aku memilih jugak.
Maka jangan marah aku bila riot yang kau cipta itu aku dah tak minat untuk turut serta.
I couldn't ask for more, just let me do this so I can proceed with what I'm doing right now.
Now watch me dancing happily!

Ada apa dengan cinta?
Kita bukanlah Rangga dan Cinta yang cintanya dicipta semata untuk difilemkan.
Cinta hanya akan ada 'makna' bila mana kau kejarkan Pencipta kau.
Cinta hanya akan jadi sejati bila kau letakkan Dia di tempat terpaling atas dari segalanya.
:)

2.13pm. 16 May 2016.


HAPPY 30TH BIRTHDAY TAWA!

People come and go.
Only memories remain.
But this person stayed with me. Dari 10 tahun dulu sampai sekarang.
He had me at my worst and my best.
What was, still is.
Happy 30th birthday, Watawa Nataf!
Laa dah 30 dah ka???
Hang tau aku sayang hang kan walaupun orang selalu ingat kita couple! Kahkahkah!
Semoga rezeki hang semakin dimurahkan supaya dapat bagi aku dan Wina subsidi lebih.


EJI DAH JUMPA PAYUNG

So,literally dah jumpa payung yang teduhkan you dari hujan kan?
Chinese look jugak ke si dia?
Tahniah AG...
I am happy for you.
Honestly,I'm so happy for you.
Jaga diri, jaga bakal isteri baik-baik tau nanti!
Jangan kerja kuat sangat siang malam tak tidoq2!
Congratulations, Mohd Hezry bin Mohd Hafidz.


SURAT CINTA UNTUK KEKASIH PERTAMA //30 Mac 2016//

Ayah, kita memang tak pernah berkawan baik.
Ada saja benda yang tak serasi.
Tak setuju itu dan ini.
Kita bukannya orang yang paling rapat dalam dunia.
Tapi kalaulah kau mampu baca segala apa yang ada dalam hati aku, aku mau kau tahu kau lelaki terpaling aku cinta.

Dari kecil selalu aku persoalkan kenapa aku tak boleh itu dan ini, kenapa kena buat itu dan ini.
Kenapa tak pernah beli toys?
Kenapa tak ada teddy bear? Kenapa tak ada mainan masak-masak?
Kenapa yang cuma ada hanyalah buku-buku, monopoli, saidina, puzzles dan sempoa?
Kenapa itu kenapa ini sampai aku lupa aku sebenarnya hanyalah seorang anak.
Dan aku lupa semua tu semata untuk membentuk aku menjadi seorang MANUSIA.
Yes, I hated it when you stopped me from doing things that I love the most.
But from the bottom of my heart I knew that you were always right.
Ayah, I know that you don't expect anything from me but I expect myself to be the best possible daughter to an amazing father like you. ;)
Do you know that I feel stronger just knowing that you believe in me and I feel blessed knowing that you love me more than anything else in the whole world.

Thank you ayah, no amount of thank you is sufficient to express my appreciation.
I know...
Selamat ulangtahun ke 56, my godfather Abd Samad bin Baharum, the man who taught me to be wise, how to pick myself up after a failure and rise!
I love you! Tau tidak???
Amboiii sejak-sejak dapat cucu ni dah tak peduli sangat eh kat anak-anak?!
Fine fine fine.

Dah umur 56 ni 1 je nak mintak, jangan dok tanya kerap-kerap la soalan "hang tak mau kahwin lagi ka?". -,-

Jom kita pi celebrate yay!

DETIKAN KERTAS KUASA (Thank You,Fairiz II)

Rentetan masa membawa celaka
Kau sangka hidup tapi berduka
Tetaplah berdiri seperti jati memasakkan akar ke jantung bumi
Walau kau tahu perihal manusia nanti akan datang kepadamu
Mengambil sedikit isimu
Untuk ditukar kepada kertas kuasa
Dan kau kembali mengenang celakanya rentetan masa.

Erfairizee, 1 May 2016.

THANK YOU,FAIRIZ! I

Dari Suling Hill ke Selatan

Salam dari Suling Hill kepada ombak selat
Yang menjadi saksi terpaling hebat
Saat mata aku merenung dari utara jauh
Di balik jambatan konkrit lusuh
Sepertinya hempasan air laut itu
Mengerti bekalan kacau jiwa aku
Kerana bisikan mata kamu.

Kepada burung aku berbisik
Bawa aku terbang terus ke Temasek
Dengan sayap imaginasi
Aku membawa rindu terbuku besi
Kerana pertama kau memandang aku
Membuat aku bertanya
Jika mata itu memberi harapan
Atau sekadar solusi pengakhiran
Kepada cinta tanpa belaian.

Salam dari Suling Hill
Kepada rindu dan harapan kerdil
Tersangkut hati jiwa menggigil
Kerana aku mahu engkau tahu
Aku terjatuh pada pandangan itu
Berkaca penuh makna
Lalu mengisi kosong hati ini
Hingga puisi tercipta sendiri
Untuk dibawa ke selatan nanti,

Salam dari Suling Hill.

Erfairizee, 29 April 2016

DENGAR

Setiapnya sudah sempurna- satu persatu
Tersusun tanpa cela
Dia sudah berkari-lari melambung pelangi
Berkejar-kejaran bersulam ketawa.

Setiapnya sudah sempurna- satu persatu
Tersusun tanpa cela
Sehinggalah datang si pagi
Meronyok koyak berkecai ke perca.

Tak apa, bilangnya.

Hari ini bermula lagi
Dan seperti semalamnya, dia kembali menyulam gula.

Dia senyum.
Dan berkata- setiapnya sudah sempurna satu persatu
Tersusun tanpa cela
Untuk detik ini, apa yang paling indah adalah mengindahkan apa yang akan mendatang
Untuk sekarang ini, yang teramat rugi cumalah mengenang masa yang dah dilepas dan dicelakakan kejam.

Dengar, aku sedang cuba beritahu kamu-
Apa yang paling indah dan megah adalah rindu yang kau cari sebenarnya wujud dalam ruang infiniti berabstrak
Dunia ini abstrak, cuma kita yang faham apa yang kita faham.

Kau minta diberitahu aku sama kamu, bukan?

2.41am, 26 March 2016

TERIMA KASIH,ERFAIRIZEE...


















12.51 am, 26 March 2016

I KNOW

I know you're waiting.
I don't know why, you're being shy.
I know you're watching me here.
I know you're stalking me, everything about me.
I know you're hoping that I will react.

But why don't you just start doing it right?
You don't have to start big, you just have to start.
You don't assume, because there's this thing called asking.
Just start it.
I am here.

And I know you're reading this.
You.
It's you.
You know who you are.
:)

21 March 2016

Monday, 21 March 2016

PESAN RINDU BUAT RAMBUT CHANTEK

Hi Rambut Chantek!
Sedang apa? Dan di mana?
Dengan si dia eh?
Rambut Chantek,I rindu you. Rindu sungguh.
I baca semua conversations kita dari mula sampai habis,sampai kita decided untuk tak contact each other lagi.
Dan masih,you yang terpaling manis,masih lagi you terpaling sesuai,masih ada lagi dalam carta hati I.

You tetap terpaling manis,wahai Rambut Chantek kesayangan I...
Masih lagi setakat ni jadi lelaki yg paling buat I tersenyum bila bukak whatsapp. :)
I rindu moments tu sebenarnya.
Moments bila whatsapp I berbunyi and it was you.
Haih perit jugak eh rindu ni?
Perit,sebab sayangkan orang yg dah berpunya.
Tapi salah you la,sape suruh sayangkan I jugak?
Dah 3 bulan kita senyap kan Rambut Chantek?
Lama jugak tu...
Hmmm lama.

I rindu sebenarnya nak dengar bunyi whatsapp dari you.
Rindu nak jawab call dari you.
I rindu nak tengok muka you dengan rambut you yang cantik tu.
I rindu tengok you senyum dan pandang I curi-curi.
Alahaiiii sungguh you memang terpaling manis.

Ingat lagi tak masa last kita jumpa?
Beriya you nak jumpa I nak spend time dengan I.
:)
You suapkan I makan even I tak nak makan masa tu. You paksa I bukak mulut jugak.
Macam2 kita borakkan kan?
Dan,,,,,yang paling I tak boleh lupa,you proposed I untuk kahwin.
Haih I tak nak la ingat moment tu.
Nanti hati I pedih. Sakit.

Rambut Chantek,kat mana pun you,dengan siapa pun you,apa pun you buat,please know that I masih sayang dan teringatkan you.
Masih kadang2 harapkan you whatsapp I. Atau call I.
Jaga diri,jadi boyfriend yg baik eh kat Nana.
Nana perempuan yg baik,I respect dia.
Semoga bahagia! :)
I ok je... ;)

12.10 am 20 Mac 2016

--I rindu you. Tak ada perkataan lain selain rindu. Sebab you yg terpaling manis--

Sunday, 13 March 2016

SANG KEKASIH KACAK BUNDA

Amaran: Entri kali ini bernada pilu,perih dan sakit. Entri ini tentang kasihnya seorang bunda kepada anakandanya. Entri ini tentang betapa cinta seorang makhluk Tuhan bernama manusia kepada seekor makhluk Tuhan bernama haiwan. Jadi,jika kau tergolong dalam golongan yang akan berkata "eleh binatang je pun,tu pun nak meratap bagai" "Takpe.Binatang je kot.Bukannya manusia.Relaks la" "Pasal binatang pun nak menangis bagai,bazir air mata je",kau jangan baca tulisan ni. Ya,memang binatang je pun. Tapi ada beza dengan kau yang bergelar manusia yang punya akal waras dan sempurna fizikalnya. Bezanya binatang dengan kau,dia memang dicipta dengan tiada sezarah dosa pun kepada penciptanya. Tapi kau yang bergelar manusia,tidak maksum seperti Muhammad saw yang juga cintakan haiwan. Kau dicipta untuk dihisab segala amalanmu di hari percaturan nanti. Jadi siapa lebih mulia? Kau atau binatang itu? Maka jika kau manusia yang tidak berperi,jangan baca tulisan ini.

-------------------------------------------------------------------

Pada pekat malam yang masih bersisa,aku senandungkan lagu rindu bermelodikan sendu beritma pilu.
Ini lagu rindu yang paling ke langit.
Dalam bisingnya seorang aku,ada sebahagian tompok paling ranap jauh di dasar jiwa.
Kau bayangkan,kau dah terbiasa memeluk kebahagiaan,kau dah lali dengan hingar bisingnya gempita gembira,tiba-tiba salah satu punca kebahagiaan kau direnggut sekelip mata?
--kau yang asalnya seorang sepi.
Apa kau rasa?
Lebih dari bahagiakah?
Tuhan,cukuplah dengan 'hadiah' duka ini.
Janganlah Kau ambil segala rasa cinta yang masih berbaki ini.
Kasihan sama jiwa saya.
Berbasah air mata ia sejak ditarik punca bahagia yang satu ini.
Kau tidak kejam kan,Tuhan?
Ahh,bagaimana mau dilafaz kerinduan ini?
Sudahlah aku tidak bisa memberi mereka faham betapa kasihnya aku kepada si dia yang pergi itu.
Bagaimana mau dilupa begitu saja sedang ia menyekang biji mata saat mau dipejam?
Dongakkan aku kepada realiti ya Rahman bahawa dia itu bukti yang mati itu pasti.
Sempatkan aku bertemunya di sana nanti,kerana aku terlalu rindu.
Dan kalaulah boleh aku meminta kepadaMu,mau sekali aku dengarkan
"Hai bunda,seka air matamu. Aku di sini,di depanmu. Tak pernah ke mana-mana". :)
Wahai anakanda kekasih paling kacak bunda,tetaplah tempatmu di ruang jiwa bunda.
Yakinkanlah sang khaliq bahawa kamu terlalu cintakan bunda,agar dapat bunda merapatimu di jannah sana.
Wahai anakanda,harapnya kamu tidak lagi dibiarkan Tuhan untuk derita.
Bunda pasti,anakanda kini sedang aman dijaga Dia.
Cemburu sungguh bunda sama kamu.
Sedang di taman syurgakah kamu wahai anakanda?
Wahai Tuhan kekasih terpaling agung,izinkanlah anakanda hamba hadir di setiap mimpi-mimpi hamba.
Kasihan sama saya wahai Tuhan,menipu diri siang dan malam semata memujuk jiwa mengatakan dia masih ada.
Susah tau wahai Tuhan,sebab sakit ini adalah rindu.
Takkan ada penawarnya.
Hai Tuhan yang terpaling cantik,berikan aku masa untuk aku benar-benar mengabdikan diri kepadaMu ya Rabbi?
Supaya nanti bila di sana,dapatlah aku berrsua dengan anakanda tercinta.
Anakanda,bunda rindu... Terlalu rindu.

---Untuk Sifuu. Untuk Sifuu. Untuk Sifuu---

21 Februari 2016,5.06 p.m.


Tuesday, 5 January 2016

KISAH CINTA DI BULAN OKTOBER

Terima kasih sebab sudi hadirkan diri walau sekejapan cuma
Terima kasih sebab sudi mengirimi rasa yang buat hati aku kembali bernadi
Terima kasih sebab pernah meyakinkan aku yang kau dicipta untukku
Terima kasih sebab selalu membikin aku kembali tersenyum
Terima kasih sebab sudi memberi harapan walau tak pernah buat aku yakin

Kau yang berambut panjang cantik beralun,masihkah ada lagi secebis aku di hatimu?
Baik-baik sajakah kau di sana atau masih mengingati seperti aku yang terus mengingati kau di sini?
Kau yang selalu menangkap pandanganku suatu masa dulu,sudah dipadam segala memori kita atau masih melekat di minda?
Jangan kau bimbang sayang,namamu masih lagi basah dalam setiap doa aku
Aman saja kau di sana,ya?
Wahai si rambut chantek kegemaran beta,kalau betullah kau yang dianamakan jodoh,satu hari nanti akan pasti
Dan kalau betul kau hanyalah sejenis definisi cinta,terima kasih kerna menjadi suatu yang pernah
Tapi aku janji,jadilah apa pun,cinta untuk kau takkan mati punya.

--6 Januari 2016 12.20 am--