Dikatakan nyanyuk sedangkan 30 juzuk al-quran sentiasa segar di mindanya.
Dikatakan tidak mampu berbahasa Inggeris padahal 7 bahasa dunia mampu dibicarakannya.
Dikatakan daya ingatannya lemah sedangkan waima dalam komanya pun digerakkan Tuhan untuk bangkit bertahajjud kepadaNya.
Dikatakan tidak mau langusng berduniawi padahal sedari sultan, ahli politik, artis popular tanah air hinggalah kepada peminta-peminta sedekah datang untuk melawatnya.
Disangka cetek ilmunya sedangkan dari mula dia dikagumi dan diangkat para ulama' dan ahli ilmu seluruh dunia.
Dituduh menganggap diri sendiri sebagai nabi padahal pernah dia mahu menampar orang yang terlalu taksub dengannya, sebab bagi dia, Allah yang satu itu perlu ditaksubkan dan nabi Muhammad saw yang perlu dijunjung tinggi.
Dihina disamakan dengan babi padahal pada hari kematiannya, jenazahnya dibanjiri dengan puluhan ribu manusia yang datang semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir dan mendoakannya, belum lagi campur dengan solat jenazah ghaib yang dibuat di seluruh dunia untuk dia.
Sampai begitu sekali Allah mengangkat maqamnya.
Genap seminggu dia pergi berjumpa Tuhan, moga diamankan dari seksaan kubur wahai ulama' kegemaran rakyat jelata.
19 Februari 2015, 9.14 pm
No comments:
Post a Comment