Soon to be 28. Dan menginjak umur ke 28, soalan yang paling aku benci- "Bila lagi nak kahwin?" Bla bla bla.
Aku perlukan soalan bernas untuk otak aku digest, bukan soalan bangang yang aku sendiri tak mampu nak jawab.
KAHWIN.
Siapa saja yang tak nak kahwin?
Dan mungkin antara sebab aku tak kahwin lagi pada umur aku sekarang-aku MEMILIH.
Sangat-sangat memilih.
Aku perlukan arjuna yang bijak, ada aura yang boleh buat aku selalu nakkan dia, ada 'something' yang takkan pernah ada pada lelaki lain, terjaga solatnya, hormatkan wanitanya, berambut panjang, bergaya rockstar, cintakan muzik dan seni, selalu berbau wangi dan paling penting, otaknya bijak dan rajin membaca.
Lelaki yang boleh aku borakkan tentang dunia, tentang betapa Tuhan itu terpaling baik, tentang kenapa sampai sekarang Palestin masih ditindas, tentang betapa ketinggalannya politik di Malaysia, tentang kenapa pelangi berwarna 7, tentang rahsia laailahaillallah, tentang kehebatan zaman kegemilangan empayar Uthmaniyah, tentang kenapa aku terlalu mengagumi Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Tok Guru Nik Aziz dan Hamka, tentang betapa aku begitu cintakan dunia penulisan.
Aku maukan lelaki yang boleh berbahas berdebat dengan aku sampai boleh buat aku kalah terdiam.
Lelaki bangang, sila jangan dekati aku!
Dan aku harap, lelaki itu selalu adalah kau dear You... :)
5 Mac 2015, 10.36 pm
No comments:
Post a Comment