Total Pageviews

Monday, 30 May 2016

SELAMAT,WAHAI SI RAMBUT CHANTEK...

30 Mei 2016.
Tarikh paling suwey.
Tahun paling sial.

Why me??????

Kenapa aku,wahai Tuhan?

Rambut Chantek,entah kenapa malam ni hati I tergerak untuk check insta you.
Tiba-tiba.
I ingat I dapat tengok muka you yang dah lama I tak tengok.
Tapi,rupanya you hadiahkan I dengan gambar terpaling cantik di dunia!
Ohhh,you're got engaged!
You dah bertunang....
Okay. Okay.

I tak kenal siapa perempuan bertuah tu,yang pasti bukan Nana.
Mesti dia terpaling istimewa dalam hidup you kan?
Seronoknya you,I tau..

Rambut Chantek,kenapa buat I macam ni?
Kenapa bukan dengan I macam yang you janjikan Disember tahun lepas?
Bodohnya I keluarkan air mata lagi semata demi you. Bodoh!
Bodohnya I dibiarkan dibodohkan seluruh perasaan yang ada.
Ditarik semua rasa cinta sampaikan I tak boleh lagi nak mencinta yang lain seadanya.

Apa you guna ni?Bomoh apa you pakai ni sampai dikoyak segala rasa yang ada dalam hati I?
Bomoh apa you guna sampaikan waktu sekarang pun I masih harapkan you?
Bukan,bukan berharap.
I rindu.
I rindu kewujudan you.
Dalam segala benda.

Rambut Chantek,sepatutnya dah 5 bulan kita disatukan.
Sepatutnya. Kan?
Selamat bertunang,Nazrin bin Ariffin!
Entah bila lah I mau dibagikan rasa bahagia seperti yang you rasa sekarang ni.
Entah kenapa Tuhan begitu berkehendakkan I merasa derita kasihkan manusia.
Entah sampai bila.
Entah sampai bila rasa untuk you ni akan hilang.
Entahlah.
You're more than happy kan sekarang?

Selamat bertunang,wahai yang pernah bertakhta di jiwa...
Selamat bakal berumahtangga wahai sosok terpaling cantik I pernah cinta dan khayalkan.
Punyalah payah untuk dapatkan you,punyalah susah untuk mencinta you dalam masa 3 bulan saja.
Pengakhirannya,I yang derita.
Setahun mengharapkan untuk mendampingi you,cuma 3 bulan diizinkan Dia untuk mengasihi you selayaknya,tapi entah sampai bila rasa derita ni akan I tanggung.
Perih. Sangat.

12.29 am,30 May 2016


No comments:

Post a Comment