Dari Suling Hill ke Selatan
Salam dari Suling Hill kepada ombak selat
Yang menjadi saksi terpaling hebat
Saat mata aku merenung dari utara jauh
Di balik jambatan konkrit lusuh
Sepertinya hempasan air laut itu
Mengerti bekalan kacau jiwa aku
Kerana bisikan mata kamu.
Kepada burung aku berbisik
Bawa aku terbang terus ke Temasek
Dengan sayap imaginasi
Aku membawa rindu terbuku besi
Kerana pertama kau memandang aku
Membuat aku bertanya
Jika mata itu memberi harapan
Atau sekadar solusi pengakhiran
Kepada cinta tanpa belaian.
Salam dari Suling Hill
Kepada rindu dan harapan kerdil
Tersangkut hati jiwa menggigil
Kerana aku mahu engkau tahu
Aku terjatuh pada pandangan itu
Berkaca penuh makna
Lalu mengisi kosong hati ini
Hingga puisi tercipta sendiri
Untuk dibawa ke selatan nanti,
Salam dari Suling Hill.
Erfairizee, 29 April 2016
No comments:
Post a Comment