Total Pageviews

Wednesday, 18 May 2016

CINTA

I was at my lowest stage where I couldn't see any saviour can pull me out from that 'place'.
Last 6 months on the same date, it was totally different.
'Terduduk' jatuh kerana CINTA. Ranap terus.
Tak pernah seumur hidup merasa ada di fasa tersebut buat aku jatuh sejatuhnya.
Berkurung dalam rumah selepas waktu kerja, nak makan pun malas, langsung tak layan whatsapp dan call dari sesiapa kecuali sahabat-sahabat rapat.
Tu pun beberapa kerat je.
Untuk Dayat, Tawa, Ema, Lydia dan Melia- terima kasih masih tak tercukupkan sebab ada bersama aku yang ranap di fasa itu. :)

Semuanya kerana CINTA.
Cinta manusia.
Itulah kau Des, sibuk sangat mengejar cinta manusia sampai jauh tinggalkan Dia.
Sibuk sangat mengejar lelaki pilihan sampai akhir sekali terduduk jatuh kerana si dia.
Bodohnya aku waktu tu.
Tapi tu lah, aku bernasib baik sebab cepat tersedar jugak.
Bernasib baik sebab ada ramai sehabat yang tolong bukakan mata hati aku untuk nampakkan yang mana salah.
Bernasib baik sebab selalu dimarah, dimotivasi dan di'operate' hati untuk kembali menjadi kuat dan hidup dalam realiti.
Terima kasih si Rambut Chantek, sebab awak banyak 'mengajar' saya dalam hidup.
Awak 'ajarkan' saya yang sebenarnya tak perlu kejarkan sangat cinta manusia.
Awak ajarkan saya yang bahawasanya untuk memiliki sesuatu yang betul-betul kita mau, itu teramatlah mustahil.
Jejaka berambut panjang, bergaya rockstar, pandai bermain musik, bijak akalnya dan pandai berbicara tentang dunia-itu semua cuma angan-angan saya.

Terima kasih sebab tinggalkan saya, kalau tidak mestinya saya masih bersama dengan orang yang salah pada waktu sekarang. Kan?
Terima kasih sebab bikin cinta saya disampahkan.
Terima kasih Rambut Chantek sebab buat saya sepertimana saya pada 6 bulan lepas.
Kalau tidak, entah bila saya mau kembali kepada Tuhan saya. Mungkin masih hanyut.
No, this is not a frustation statement.
Ini 'tribute' untuk kau, Rambut Chantek.

:)

Ada hikmah rupanya semya benda yang jadi.
Setiapnya satu persatu ditunjukkan nikmatnya sekarang.
Aku punya keluarga tercinta, aku punya ramai teman yang masih setia di sisi aku sekarang walau pernah aku menjauh dari mereka, aku punya kawan-kawan baru yang terima aku seadanya. Aku masih punya Sifuu, Madiba dan Berlin. Hihihi.
Aku tak rugi tak punya kau.
Itu kau kena tau. Tau?
Hidup ini terlalu pendek untuk aku kecohkan dengan komplikasi tak relevan.
Ya, aku lapar agoni tapi aku memilih jugak.
Maka jangan marah aku bila riot yang kau cipta itu aku dah tak minat untuk turut serta.
I couldn't ask for more, just let me do this so I can proceed with what I'm doing right now.
Now watch me dancing happily!

Ada apa dengan cinta?
Kita bukanlah Rangga dan Cinta yang cintanya dicipta semata untuk difilemkan.
Cinta hanya akan ada 'makna' bila mana kau kejarkan Pencipta kau.
Cinta hanya akan jadi sejati bila kau letakkan Dia di tempat terpaling atas dari segalanya.
:)

2.13pm. 16 May 2016.


No comments:

Post a Comment