Tadi borak dengan kawan tentang keberadaan manusia zaman kini- yang berduit dipandang tinggi dan disanjung tapi yang miskin dihina dan disisihkan.
Ya, bila kita berduit dan berharta, orang sekeliling akan memandang tinggi kepada kita. Seolah-olah kita raja dalam segala. Apa saja kata atau perintah wajib diturutkan. Bila kita berduit, kitalah raja. Tapi bila kita tak punya apa-apa, kita pasti akan dibenci, malah disisih hina.
Tak payah fikir jauh, aku mengakui hal ini sesungguhnya. Kisah ni sendiri berlaku di kampung aku, dalam kalangan saudara mara aku dan keluarga aku sendiri.
Yang berduit, berharta dan bergaji besar, ditatang bagai minyak. Diperakukan setiap baris katanya, diiyakan setiap bait kata yang keluar dari mulutnya, tanpa menidakkan langsung.
Bila pulang ke kampung, disambut dengan sambutan meriah, nasib baik karpet merah tak ada di rumah, kalau tak wajib dibentang menyambut kedatangan orang berduit semata.
Sanggup menghias rumah, bilik khas untuk si berduit banyak, mintaklah apa saja untuk dimakan, pasti kan tersedia di depan mata.
Ada apa dengan orang berduit banyak?
Sebab duit dia?
Sebab jawatan dia?
Sebab ada 'faedah' yang kita boleh dapat dari dia? :)
Aku benci manusia-manusia berduit yang dilayan sebegini!
Seolah-olah si miskin tu layak dihina dan dicaci sesuka hati. Mentang-mentang dia miskin tak berduit. Aku benci!
Sepertinya si berduit dan berharta ibarat malaikat, tak berdosa walau sezarah pun. Kalau kau berduit, kau layak melanyak-lanyak maruah si miskin?
Kau siapa? Kau juga sebenarnya berasal dari golongan tiada berduit, kan?
Aku benci manusia-manusia berduit yang berlagak.
Dan aku juga benci manusia-manusia yang suka mengagungkan manusia-manusia berduit.
Kau sedang lupa bahawa kau sedang bersubahat dalam melanyak maruah orang.
Kau, kau kau dan aku.
Sebenarnya hanyalah manusia yang bertopengkan nafsu semata.
:)
16 August 2014, 4.40 pm
aku faham apa yang kamu rasa, sebab aku pun lihat hal yang sama.. dunia ini tidak adil.. sebab tu kadang aku benci dunia ni
ReplyDelete