Kalau benar ditakdirkan Dia MH370 menghuni di perutmu,
Kalau benar terkandung jasad-jasad kaku di dasarmu,
Maka tolonglah berlembut sebentar wahai ombak.
Bantu kami untuk timbulkan semua yang terkandung di dalam kandunganmu yang tak terjelaskan mata kasar kami untuk melihatnya.
Lupakah bahawa kau pernah terbelah dua sewaktu dihentaknya tongkat sakti si Musa a.s?
Lupakah kau bahawa seganas-ganas belahan ombakmu,masih sudi kau memberi izin kepada Musa a.s untuk melintas seketika?
Maka,wahai Laut Hindi yang maha luas yang tak terdayakan kami untuk menongkah arusmu,hentikanlah seketika ombakmu.
Timbulkanlah semua jasad mereka,jasad yang kami nanti selama lebih 2 minggu.
Kalau Tuhan yang terpaling agung dan maha baik itu pun bisa menerima hambaNya yang kotor,pasti kau juga wahai laut mampu berbuat baik pada kami untuk seketika,kan?
Kalau benarlah mereka memang di dalam kandunganmu.
--25 Mac 2014--