Total Pageviews

Friday, 18 December 2015

BUKAN PUISI TAPI TIADA TAJUK

Ya,I ada perasaan kat u. I ada perasaan sayang dan maybe kalau dibiar lagi lama,sayang tu akan bertukar menjadi cinta. I tak boleh tipu diri I. I maybe dapat tipu u,tipu orang lain tapi I tak boleh nak tipu hati I. I mengaku bila u tak ada,I jadi rindu. I miss your existence. Sebab u buat life I terisi bila u ada dengan I. I tak tau kenapa dalam ramai-ramai lelaki kat WAB tu,mata I tertumpu kat u je. U caught my attention. Because maybe you're one in a million. Gaya u,cara u,cara pandangan mata u,gerak tubuh u,pakaian u,semua tu buat I tertarik. I tak tau kenapa. Jangan tanya I semua tu sebab serius I memang tak ada jawapan untuk soalan tu. Sebab u lain. Entah,tak tau nak cakap macam mana. Dan bila I jumpa u,bila kita depan-depan,cara u care,cara u borak dengan I,gelak dengan I,berdebat dengan I,renungan mata u,belaian u,semua tu buat I jatuh sayang kat u. I sayang u. U tau u siapa. :)

5.29 pm 16 November 2015

Tuesday, 24 November 2015

KE HADAPAN SI PEMBERI RASA

Puisi ini dicipta buat kau,wahai si pemberi rasa.
Dari aku,si penyair miskin namun tak pernah sedikit pun lokekkan cinta-seperti omongan sahabatku.
Puisi ini dicipta buat kau yang selalu aku angankan kala terlihat jalur jingga di langit.

Ke hadapan si pembawa rasa...
Tahukah rasa yang bertebaran di atmosfera ini apa?
Rasa ini rasa kamu. Rasa cinta.
Segala yang menebal,segala yang terimpak,segala yang menitis,segala yang terangkum-segala ini rasanya cinta.
Bukankah langit itu tiada permulaannya dan tiada pula pengakhirannya?
Itulah definisi kamu.
Pernah aku minta kau hadir?
Tidak,bukan?
Tuhan jualah yang menjemput rasa ini terhadap kamu.

Wahai kamu si pemberi rasa cinta,mampirlah ke sini dan biarkan jiwa aku dan jiwamu bersatu.
Kamu,si pemberi rasa,koyaklah hati ini dan isikan dengan warna merah.
Merah itu warna kau,merah itu warna cinta.
Biar hati aku tinggal jadi helaian nipis.
Biar hanya ada kamu.

Kamu,si pemberi rasa,tahukah malam-malam aku sebelum kamu hadir hanya dicekik kesunyian?
Atmosfera aku tiada warna,kosong.
Kamu,si pemberi rasa,kenang-kenanglah aku.
Seperti aku mengenangmu di setiap nafas yang dihela.

Ah jantung,mengapa deras benar kamu kala berbualkan si dia pemberi rasa?
Lihatlah wahai si pemberi rasa,seluruh jasad aku meminta kamu.
Tunggu apa lagi kamu si pemberi rasa?
Bergeraklah kepada aku. Aku ada!
Pilih saja.
Kalau betul engkau itulah maksudnya cinta.

-7 Ogos 2015-

Sunday, 22 November 2015

TENTANG CINTA YANG TAK TERUNGKAP

Rasanya terlalu lama sudah rasa ini meredam.
Rasanya dari hari mula mata kita berbicara.
Rasa ini lahir bila pertama kali aku nampak betapa cantiknya rambut kau itu.
Cantik,cantik seperti cantik. Hari-hari aku nampak rambut kau cantik.
Kau pasti ingat kan waktu pertama kali mata aku,mata kamu bertemu.
Aku tahu,jika bertanya pada kamu,masih mau diulang waktu itu,bukan?

Dah terlalu lama kita berdiam,si rambut chantek...
Hanya metafora mata yang meluah segala.
Kita tahu kita tenggelam dan hanyut dalam gelisah rasa yang kita cipta sendiri.
Tapi tak pernah terluahkan.
Mungkin kamu takut,mungkin aku sedar ertinya malu.

Ruang hatimu,aku lewat sejenak.
Lantas terus aku terbawa akan suasana galau.
Damaikah itu? Sumpah,aku tak pasti.
Kerna rasa ini menyekat di kerongkong,menyerabutkan dada.
Kerna,tak pernah terluahkan.
Wahai wajah kegemaran beta,boleh beta bertanya?
Sampai bilakah kisah kaku ini akan bernoktah?
Akan wujudkah cerita cinta itu atau hanya suatu yang pernah?
Jawapan itu kau yang pegang,bukan aku.
Wahai kamu si pemilik rasa,aku janji,suatu hari nanti,aku bawakan kamu ke Kali Code untuk borakkan tentang dunia,tentang kita.
Walau aku tak pasti kisah kita akan wujud penamatnya atau hanya plot rekaan semata.
Bertahan hati,suatu hari nanti akan pasti.

20 November 2015 (3.25 pm)-
21 November 2015 (9.15 pm)

Friday, 13 November 2015

SI PENCURI

Pernah tak kau terasa apa yang sedang aku rasa?
Pernah tak kau mengerti apa yang sedang aku alami?
Pernah kau cuba untuk fahami segala yang telah terjadi?
Ini tentang kita.
Tentang kita yang masih lagi tiada status apa-apa.
Tentang hati aku yang kau curi dengan kejam lalu kau perbuat soalah tiada apa. 
Sudahlah kau curi,kau kunci erat-erat pula.
Kau ikat dengan harapan yang selalu buat aku ingin mengharap.
Boleh aku kata kau kejam?
Boleh aku hukum kau jahat?
Ya,itu hukuman untuk kau yang dah merampas perasaan aku.
Kau. Bukan orang lain lagi. Kau.
Ya,dalam salahnya kau,terselit kesilapan aku.
Aku yang memulakan semua. 
Tapi,ini soal hati!
Aku tak kuat untuk menipu rasa apa yang aku sedang rasa ini.
Rasa ini rasa kau.
Dalam rasa ini ada engkau.
 Ya,aku tamak. Aku tak suka berkongsi,apatah lagi untuk berebut.
Tapi untuk miliki kau,belum sempat untuk aku bersaing,aku sudah jadi bukan yang utama.
Kau dah dimiliki dan memiliki.
Celakanya apa yang sedang aku rasa ini,Tuhan!
Celaka sungguh.
Entahlah,puisi ini pun kosong,tawar,pahit dan tiada rasa.
Semua rasa dah kau ambil. Rasa kosong.

--3.35 p.m 13 November 2015--

Sunday, 9 August 2015

DENGARKAN WAHAI LAUTAN HINDI

Kalau benar seperti yang dikata,
Kalau benar ditakdirkan Dia MH370 menghuni di perutmu,
Kalau benar terkandung jasad-jasad kaku di dasarmu,
Maka tolonglah berlembut sebentar wahai ombak.
Bantu kami untuk timbulkan semua yang terkandung di dalam kandunganmu yang tak terjelaskan mata kasar kami untuk melihatnya.

Lupakah bahawa kau pernah terbelah dua sewaktu dihentaknya tongkat sakti si Musa a.s?
Lupakah kau bahawa seganas-ganas belahan ombakmu,masih sudi kau memberi izin kepada Musa a.s untuk melintas seketika?
Maka,wahai Laut Hindi yang maha luas yang tak terdayakan kami untuk menongkah arusmu,hentikanlah seketika ombakmu.
Timbulkanlah semua jasad mereka,jasad yang kami nanti selama lebih 2 minggu.
Kalau Tuhan yang terpaling agung dan maha baik itu pun bisa menerima hambaNya yang kotor,pasti kau juga wahai laut mampu berbuat baik pada kami untuk seketika,kan?
Kalau benarlah mereka memang di dalam kandunganmu.

--25 Mac 2014--
Hebatnya perkataan KALAU. Boleh menukar azab neraka kepada nikmatnya syurga.

--3 Jun 2014--
Jika bangun di esok hari adalah sesuatu yang tak pasti,mimpikan aku indah yang dasyat pada malam kali ini. Selamat malam wahai jiwa-jiwa yang tenang.

--20 Jun 2014--

SEPERTI SELALU

Guruh...
Mungkin akan hujan. Mungkin tidak.
Hari ini,seperti hari-hari lain,aku tak ingat langsung pada kau.

--24 November 2010--
I needed to know as a woman,what I like and what I wanted to be,not be who I was supposed to be in the eyes of others.

--11 Disember 2009--
"There's nothing to di with racism,dude. This is about clean and safety country,no corruption and be fair to everybody. Ok?"- Des Samad.

--17 Mei 2013--
"Mungkin Tuhan  mula bosan melihat tingkah kita,yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa"- Ebiet G Ade.

--10 Disember 2013--
"Bagiku sendiri politik adalah barang yang paling kotor. Lumpur-lumpur yang kotor. Tapi suatu saat di mana kita tidak dapat menghindari diri lagi,maka terjunlah"-Soe Hok Gie

--26 Disember 2013--

AHMAD AMMAR Dalam Kenangan...

If you don't know this man,you might think he's nobody. This down-to-earth man has MADE a HISTORY.
Pada hari kematiannya,Allah telah menganugerahkannya satu penghormatan yang tak ternilai.
Dihadirkan ramai orang-termasuk para imam dan ulama' di hari pengebumiannya.
Didatangkan beribu manusia yang entah dari mana semata-mata mahu mengiringi jenazahnya serta mendoakannya.
Dilorongkan jalan semudahnya untuk dia disemadikan setempat dengan sahabat Rasulullah saw,Abu Ayyub Al-Ansari.
Dear Ahmad Ammar,I've heard good things about you and how badly you were missed when you're not around.
 Jauh sekali untuk aku menandingi kemuliaan kau tapi aku ingin sekali memiliki segala mulia sifat kau.
Semoga semangat kau meresapi aku perlahan-lahan. :)

--20 Februari 2014, 12.59 pm--

Saturday, 8 August 2015

KEKASIH PERTAMA

Ayah,kita memang tak pernah berkawan baik.
Ada saja benda yang tak serasi.
Tak bersetuju itu dan ini.
Kita bukannya orang yang paling rapat dalam dunia ini.
Aku lebih gemar berlari kepada temab-teman bila punya masalah.
Selalu aku biarkan hati kau terluka dengan perlakuanku.
Aku tau,beban yang kau tanggung demi aku terlalu berat,yang mana hanya Tuhan dapat meredakan segala.
Tapi ayah,kalau mampu aku luahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini,aku mau kau tahu kau terpaling aku cinta.

Kasihmu,amarahmu,pengorbananmu,kias perlimu,semuanya.
Semuanya demi untuk aku menjadi seorang MANUSIA.
Waktu aku jatuh,kaulah yang selalu memaut aku.
Sejahat mana pun aku,kau tak pernah malu mengaku "ya,dia itu anakku".

Ayah,terima kasih masih tak cukup untuk aku mengandalkanmu bagi seluruh hidupku.
Kalau mau dibilang aku sayang padamu pun masih tak mencukupi untuk segala pengorbanan yang kau lakar demi aku.
Tapi satu hari nanti,aku mau buat kau tahu dan nampa,yang aku berjaya salah satunya adalah kerana engkau.
Kerana amarah engkau yang selalu buat aku sedar dan berfikir.
Selamat hari ayah wahai godfather Abd Samad bin Baharum.

BAWA JIWA

Namun jika aku bisa ke bulan,aku kan rebut keseorangan.
Tiada udara yang menjadi mitos rakyat diperlukan.
Tidak ada satu pun jasad untuk aku izinkan menemani.
Aku hanya mau bawa jiwa dan rasa.
Kerana aku penat dengan cereka dunia yang penuh dengan palsunya warna warni.
Aku hanya maukan keberadaan aku bersama jiwa.
Selamat malam jiwa-jiwa yang tenang...
Moga Tuhanmu selalu wujud di dalam setiap rasamu. :)

--14 Jun 2014--


"Dan seorang pahlawan adalah seorang yang mengundurkan diri untuk dilupakan seperti kita melupakan yang mati untuk revolusi"- Soe Hok Gie

--17 April 2014--

SELAMAT ULANG TAHUN,HEZRY!

Selamat 30,Mohd Hezry bin Mohd Hafidz...
Terima kasih sebab buatkan I jatuh cinta dengan muzik you.
Terima kasih sebab tak pernah buat I tak suka dengan setiap petikan godin hitam you.
Terima kasih sebab buat I tak pernah tak setia menyokong you dari 10 tahun lalu.
Terima kasih sebab selalu buat I terkesan dengan setiap kata-kata sarcasm you di twitter.
Terima kasih sebab selalu kuatkan I dengan setiap bahasa-bahasa inspirasi you kala ditemubual media.
Terima kasih sebab buat I explore habis-habisan semua video you di youtube.
Dan terima kasih sebab jadi lelaki yang paling comel yang pernah I lihat.
Selayaknya you diraikan tanggal 7 Julai ini.
I sayang you,lillahitaala.

Yang ikhlas,
I,peminat nombor 1 you dari 10 tahun lepas hingga detik sekarang.

--
--7 Julai 2015--

BUAT SI RAMBUT CHANTEK

Kenapa selalu buat jantung aku berdebar bila saja terlihatkan kamu?
Selalu macam tu,aku benci apa yang aku rasa sekarang.
Kamu,yang berambut cantik,panjang beralun,terlalu seksi di mata aku.
Butakah aku?
Sewangi syampu yang kamu pakai,sewangi itulah penampakan sosok kamu di mata aku.
Ah,luahan hati ini tak boleh dipaksa dan direka-reka.
Minda jadi beku kala menuliskan tentang kamu.
Semua memori saat ternampak saja kamu jadi pegun.
Kamu siapa sebenarnya?
Yang selalu mencuri intai aku dengan ekor mata kamu.
Yang selalu perhatikan setiap gerak tubuh aku waktu ada dekat dengan kamu.
Kamu siapa?
Jodoh atau kebetulan?
Atau sekadar mainan ilusi aku?

Sumpah,lagi sekali segala kata-kata aku hilang.
Kamu apa sebenarnya wahai si rambut chantek?
Apa kamu dihantar untuk melengkapi ataupun hanya untuk membagi memori?
Kamu tahu,apa perasaannya saat bertembung sama kamu?
Kamu tahu si rambut chantek,betapa seronoknya perasaan berbunga-bunga tapi tak pernah terluahkan bila saja bersua dengan kamu?
Atau betapa nak gugur jantung saat mata aku dan mata kamu bersatu?

Haih. Entahlah...

Wahai kamu si rambut chantek,aku ingin kamu meneruskan pandangan curi dan melelahkan aku dengan kewujudanmu yang sekejap cuma tiap saat.
Walau aku sudah lama tahu kamu sememangnya telah dimiliki.

--4 Ogos 2015, 9.19 am- 4.41 pm
Kala berperang teruk antara sifat malas tapi harus kerja jugak apa jadi sekalipun--