Disebabkan dia seorang Anwar Ibrahim, maka dia terus-terusan
difitnah, dituduh macam-macam.
Disebabkan dia Anwar Ibrahim,
dia dinafikan hak untuk menjadi seorang Perdana Menteri.
Disebabkan dia Anwar Ibrahim,
Apa yang dia buat semuanya salah di mata mereka.
Dan disebabkan dia Anwar Ibrahim,
Penyokong-penyokongnya tak pernah berganjak walau
ditubi-tubi dia dihentam di kiri dan kanan.
Malah, semakin hari semakin ramai.
Disebabkan dia Anwar Ibrahim, dia dikagumi oleh serata
dunia, malah Israel sekalipun di saat mereka memburukkannya.
*pause*
Mungkin benar kata-kata Wan Azizah,
Allah menjadikan Anwar bin Ibrahim untuk mengubah Malaysia.
Dan aku akui, kekuatan sebenar seorang Anwar Ibrahim ialah
Wan Azizah dan anak-anaknya.
Sebab apa? Sebab dia adalah Anwar bin Ibrahim.
p/s: Maaf, aku bukan bercakap atas dasar politik. Aku
bercakap atas dasar kebenaran dan keadilan. ;)
1.36 p.m. 11 May 2013
No comments:
Post a Comment