Total Pageviews

Monday, 23 December 2013

Untukmu Pejuang Agama...

Setinggi-tinggi Al-fatihah buat Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Dr Azizan bin Razak, bekas MB Kedah yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi tadi. Innalillah…
                Bercakap mengenai allahyarham Ustaz Azizan, otak aku terus laju teringatkan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Macam ada persamaan antara dua tokoh yang menjadi kekaguman ramai orang tersebut- baik dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khusunya dan juga dari kalangan pemimpin serta penyokong Barisan Nasional.
                Mungkin benarlah kata orang, kita hanya sedar betapa orang tersebut amat berharga dan bermakna kepada kita apabila dia sudah tiada lagi di depan kita. Ya, sangat cliché tapi memang tepat sekali! Kenapa aku berkata demikian? Sebab aku pun tergolong dalam kalangan orang yang tak tau nak menghargai selama seseorang itu masih ada. Aku bercakap semua ini dalam konteks kisah seorang Ustaz Azizan seperti yang ingin aku tulis, ya?
                Macam ni ceritanya. Selepas saja PAS kalah teruk kepada BN dalam PRU13 yang lalu, aku jadi sedikit sebanyak menyalahkan Ustaz Azizan di atas peranannya sebagai seorang MB Kedah. Bagi apa yang aku nampak dari mata kasar aku, ustaz seorang yang lembab dalam membuat kerja- itu yang menjadi punca kekalahan PAS. Bagi aku yang jahil ini, kalau pucuk pimpinan yang tertinggi tak menggerakkan parti, maka kekalahan lah sebagai balasannya.
                Mungkin dari persepsi aku yang Ustaz Azizan lembab disebabkan beliau jarang diberi publisiti seperti pemimpin-pemimpin parti yang lain, jarang muncul di media dan tak pernah terlibat dalam sebarang kontroversi melampau. Namun rupa-rupanya aku SALAH. Aku sendiri tidak tahu bahawa ‘orang dalam’ (orang-orang bawahan dan pemimpin PAS Kedah) itu sendiri yang menjadi punca kekalutan dan kejatuhan PAS di Kedah pada PRU13 yang lalu. Ya, aku nyata hanya bermain dengan telahan dan syak wasangka aku sendiri. Betapa jahil seorang aku tika itu.
                Okay, cukuplah pasal persepsi bangang aku tu. Yang menjadi point aku di sini adalah betapa almarhum mengingatkan aku kepada almarhum Ustaz Fadzil Noor. Perjuangannya sama macam Ustaz Fadzil Noor- gagah dalam senyap. Patutlah betapa arwah diberi penghormatan tinggi daripada ramai pemimpin BN yang hadir semasa majlis pengkebumiannya. Aku nampak keikhlasan dan kejujuran tatkala Dato’ Mukhriz dan Tun Mahathir mengulas tentang peribadi arwah.
                Kata Mukhriz, peribadi arwah yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa pun membuatkan ramai orang senang dengannya, tanpa mengira pahaman parti. Dato’ Seri Najib juga menyatakan beliau kehilangan seorang sahabat apabila Ustaz Azizan pergi.
                Tapi bagi aku, kematiannya betul-betul mengingatkan aku kepada almarhum Ustaz Fadzil Noor. Dari segi kepimpinan, peribadi, gaya bercakap dan cara berpolitik- sebiji menyerupai almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kebetulan, arwah dikebumikan di perkuburan yang sama dengan almarhum Ustaz Fadzil Noor. Mungkin setakat ini, tiada seorang pun lagi tokoh Islam di Kedah yang mampu menandingi kehebatan 2 wira ini, yang mana seluruh hidupnya diabdikan kepada Maha Besar dan rakyat semata.
                Kepada keluarga allahyarham, tabahkanlah merelakan pemergian beliau kerana arwah pergi berjumpa dengan kekasih yang telah lama menantikannya. Arwah pergi secara elok sekali di mana begitu ramai yang hadir menziarahi dan memuji kepimpinannya. Semoga roh arwah ditempatkan di sisi-Nya di kalangan orang yang dijanjikan syurga. Dan semoga legasi kepimpinannya yang zuhud dapat diteruskan oleh waris beliau.

Al-fatihah…

Tuesday, 17 December 2013

Ada orang yang menghabiskan waktunya ke MekkahAda orang yang menghabiskan waktunya berjudi di MirasaTapi aku ingin menghabiskan waktu ku di sisi mu.. sayangku..Bicara tentang anjing-anjing kita yang nakal dan lucuAtau tentang bunga-bunga yang manis di lembah Mandala WangiAda serdadu-serdadu Amerika yang mati kena bom di danau
Ada bayi-bayi yang mati lapar di Biapra
Tapi aku ingin mati di sisi mu.. Manis ku..Setelah kita bosan hidup dan terus bertanya-tanya,Tentang tujuan hidup yang tak satu setan pun tahuMari sini sayang ku..Kalian yang pernah mesra,Yang simpati dan pernah baik pada ku,Tegaklah ke langit luas atau awan yang mendung..Kita tak pernah menanamkan apa-apaKita tak kan pernah kehilangan apa-apa.

(Puisi Terakhir - Soe Hok Gie)



*dan kerana betapa manisnya coretan puisi ini,aku terus jatuh cinta dengan tinta mendiang. :)

Sunday, 10 November 2013

BERDAMPINGLAH DENGANKU...

Sepi, aku sendiri...
Tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk aku andalkan
Aku pandang atas, aku pandang bawah
Kosong...
Tiada apa-apa bentuk pun
Aku nampak aku- aku yang sehina-hina makhluk,
aku yang sekotor-kotor kejadian
Aku nampak aku yang sudah jauh tergelincir kepatuhanku.

Landasan apa yang aku lalui tika ini?
Aku tak nampak di mana penghujung itu
Aku cuma nampak bengkang dan bengkok
Aku tak nampak jalan untuk aku tuju dan berlari ke arah itu

Malam ini, biar aku saja berdamping berdua denganNya
Dia yang selalu aku sisihkan tika warna-warni menyelubungi duniaku
Waktu ini, kala tiada satu pun warna yang memenuhi ruang atmosfera hidupku- biar aku mencari Dia
Aku mahu bercinta dan berdamping denganNya- sepuasnya aku.

25 September 2013, 12.02 a.m.

AKU PILIH SENJA

Dalam panjangnya garing siang,
Tetap kita jumpakan malam.
Dan pada esok, terbangkitkan saja setelah lelah tidur dalam dakapan beku malam,
Pasti akan kita nantikan lagi datang siang.
Gantian siang dan malam tetap tidak akan pernah selagi Yang Maha Memberi tidak mengarah untuk menghentikan.
Tapi kita lupa.
Di sebalik lenguhnya siang dan indahnya malam,
Kita temukan senja.
Kalau harus dipilih antara siang dan malam untuk diandalkan,
Aku tetap saja akan memilih senja.
Kerana jalur jingganya bisa buat aku diruntun kekaguman.

*Arrahman Arrahim. For Allah is the best planner.

9 Sepetember 2013, 12.50 p.m.

Monday, 1 July 2013

KADANG-KADANG (PART II)

Kadang-kadang kita perlu jatuh.
Barulah kita tahu untuk bangkit. Dan maju.

Kadang-kadang kita perlu untuk menangis.
Baru kita merasa manisnya sesebuah kesusahan.

Kadang-kadang kita perlu melawan.
Bukan untuk menidakkan kuasa Dia. Cuma untuk mengubah takdir kita. :)

2 Julai 2013, 3.10 a.m.

Monday, 24 June 2013

'SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT"

kalau aku mula bercakap psl agama,
mesti ada yg akan kata
"eleh,kau tu pun x bertutup aurat lg mau cakap psl agama"
"buat/ubah dulu sebelum suruh orang lain buat"
"dah cukup pandai sgt ke ilmu agama hang?"

hahaha...

aku hanya mampu senyum sorang2 ja

:)

sebab niat aku nak berkongsi kebaikan dgn orang lain.
kalau hang x mau ikut,lantak hang lah!

tapi kalau hang ikut,alhamdulillah..
aku jugak bakal dpt pahala,walaupun sedikit.. :)

tak salah kan berkongsi apa jua kebaikan yg kita tau?
tak pernah salah.

jenis aku ni-suka berkongsi apa saja yg aku rasa baik dgn org lain
kalau aku rasa buruk tu,biar aku sorang saja yg tau.
takkan pulak aku nk ajar org lain buat benda buruk tu.
haih.

lagi 1, sebab aku selalu pegang hadis rasulullah saw ni-

--"sampaikanlah dariku walau satu ayat"--

rasulullah saw pernah berkata-
kalaupun dia itu pelacur,kalaupun dia itu pencuri,kalaupun dia itu pembunuh
tapi bila dia menyeru kpd kebaikan atau menyampaikan sesuatu yg benar/baik, maka ikutilah.

selagi benda itu kebaikan,maka dengarlah.

simple.

kerana,sampai bila2 pun kita sbg manusia akan terus belajar dan terus belajar dan terus belajar.

belajar tu tentang kebaikan lah,xkan la kejahatan pulak kan.

maka,dlm proses pembelajaran, kita kena saling berkongsi perkara kebaikan.

jadi sebagai pengakhiran luahan ni, nah ambik doa ni dan baca.. :)

"robbi zidni ilma,warzuqni fahma"
(ya allah,tambahilah aku ilmu dan berilah aku kefahaman)

*selamat malam dunia berjerebu*

12.45 a.m. 25 Jun 2013

Wednesday, 22 May 2013

takkan pernah ada hati-hati yg goyang utk terus menyusun langkah bila saja melihat senyuman pejuang muda ni.5 hari dlm lokap,5 hari x dibenar bersua dunia luar,dia masih mcm ni.kenapa bergari?ohhh,,sebab dia kan PENGHASUT UTK PECAH BELAHKAN MALAYSIA,dia kan PUNCA PERPECAHAN RAKYAT,dia kan BUDAK HINGUSAN 24 TAHUN YG BELUM HABIS PUN PENGAJIAN DI UPSI TAPI GALAK UTK MENUNTUT KEADILAN.  hai semua tuan-tuan KPN,KDN,PM, dan segala tuan besar yg mentadbir Malaysia,bagi kami-kami,anak muda ini 'simbol' kpd perjuangan kami. 

1.27 PM 23 Mei 2013

JANGAN DITEKAN.JANGAN DITEKAN.JANGAN DITEKAN.

setiba aku di sini tadi,tepat jam 11.08 pagi-air mata aku tumpah
ya,tak semena-mena keluar dgn lajunya.
tangis aku bukan sebab 'anak muda' itu
tangis aku apabila melihatkan betapa setia pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan berkampung di sini,menunggu kepulangan 'anak muda' itu
hujankah,panaskah sikit pun tak menjadi cela buat mereka
mungkin itu cara mereka berjihad utk merampas semula hak rakyat yg telah dicabul
sempat aku bisik kpd kawan sekerja-
"suasana mcm ni la yg aku rindukan sejak PRU13 habis"



kain rentang kata2 hikmat ada di mana-mana
datanglah beribu abang segak beruniform berkepala merah sekalipun,
sikit pun mereka tidak berganjak dr sini
bawak datanglah gas pemedih mata sekalipun utk menghalau mereka,
tetap jugak tak beranjak
malah,makin hari makin bertambah bilangannya
mungkin mereka sudah lali dgn 'permainan' dan 'usikan' manja bapak polisi 

aku jadi tertanya-tanya sendiri
dr mana datangnya kekuatan mereka ni?
korek di celah mana semangat perkasa yg mereka punya ini?
diam.aku berhenti berfikir sendiri.
rupa2nya semangat yg dah diperam selama 55 tahun melihat Malaysia 'dicabul'
mungkin amarah itu dh tak dpt dibendung lagi

waktu aku sampai,'anak muda' itu masih di dlm 'kamar besi' sana
tak dibenarkan utk berjumpa dgn sesiapa pun.
tak apa, 'anak muda'.
tak apa.
semangat kau ada pd mereka-mereka ini
jangan gentar.jangan goyang. 

oh ya,lupa!
aku nak sampaikan pesanan sikit sebenarnya kpd tuan menteri KDN dan KPN
utk si tuan PM sekali ya...
JANGAN DITEKAN 'ANAK MUDA' INI.KALAU DITEKAN NANTI,BANGKITNYA BERAMAI-RAMAI.BILA DAH RAMAI-RAMAI BANGKIT,TUAN-TUAN JUGA YG SUSAH UTK MENGAWALNYA.. 

p/s: hello abg segak beruniform biru gelap berpaku-paku tadi tu,jgn acah2 garang sgt ye?senyumlah,kan manis...dan sebenarnya,kalian semua pun tau siapa 'anak muda' itu kan? 



-dari balai polis Jinjang,aku merasa perlu utk aku coretkan semua ini.

1.58 pm 22 Mei 2013

Monday, 20 May 2013

SUARA KAMI...

adam adli mngkin ada salahnya pada cara dia bertindak-menurunkan bendera najib di PWTC.dan baru2 ini dia ditangkap lg sebab bersuara utk membuat himpunan bantahan menuntut demokrasi dan keadilan.
ok,aku mengaku,menurunkan bendera seorang PM Malaysia agak nampak tidak sopan,walaupun PM itu pun sebenarnya tidak pernah 'sopan' dlm mentadbir Malaysia.

ok fine,salah tetap salah la tu adam adli.-turunkan bendera najib.

tapi mengapa dia ditangkap dan digari lg disebabkan 'kesalahannya' kali kedua ni?
kesalahan sbb bersuara menuntut keadilan demi utk negara?
kata Zahid Hamidi,kalau nak bersuara tentang rasa x puas hati,harus pergi ke saluran yg betul

*pause*

saluran yg betul?
apa saluran yg betul tu?
siapa yg berkuasa di saluran yg betul tu?
'KALIAN' semua kan?
jadi,mau didengarkah suara kami-kami ini?
suara2 yg menuntut keadilan,kebenaran dan ketelusan demi utk Malaya yg dicanangkan sebuah negara Islam.

sedangkan 'ketelusan' SPR pun semasa PRU13 dulu 'kalian' diamkan saja.
ke mana lagi kami ingin bersuara?
ke mahkamah? kepada sultan?

kami tidak punya KUASA2 BESAR seperti kalian.
kekuatan kami adalah rakyat semata-mata.
rakyat yg ramainya berkerumun yg sedang dahagakan keadilan.

maka,kami lemparkan suara2 kami di facebook,di twitter,di blog,di forum
dan di akhbar2 kami.
itu pun 'kalian' halang.marah.
kami ditangkap,digeledah rumah dan kereta,malah lebih mengaibkan digari di dpn ramai org.
kami bukan penjenayah,kami bukan perompak (seperti kalian).kami bukan pembunuh.
KAMI HANYA MELONTARKAN SUARA-SUARA DEMOKRASI KAMI.

p/s: maaf,luahan rasa kali ini amat panjang.sebab?sebab dah bosan berada di Malaysia dgn tampuk pemerintahan yg kuno sekali.


1.58 pm 21 Mei 2013

Sunday, 12 May 2013

SELAMAT HARI KEKASIH UMMI...

untuk pengkritik di setiap adanya aku,untuk pemberi nasihat buat segala kebaikan,untuk pengingat kepada semua sempadan dan utk pemberi rasa kasih dan sayang, SELAMAT HARI IBU ummi...

12 Mei 2013

Saturday, 11 May 2013

KERANA DIA ANWAR IBRAHIM...


Disebabkan dia seorang Anwar Ibrahim, maka dia terus-terusan difitnah, dituduh macam-macam.
Disebabkan dia Anwar Ibrahim,
dia dinafikan hak untuk menjadi seorang Perdana Menteri.
Disebabkan dia Anwar Ibrahim,
Apa yang dia buat semuanya salah di mata mereka.
Dan disebabkan dia Anwar Ibrahim,
Penyokong-penyokongnya tak pernah berganjak walau ditubi-tubi dia dihentam di kiri dan kanan.
Malah, semakin hari semakin ramai.
Disebabkan dia Anwar Ibrahim, dia dikagumi oleh serata dunia, malah Israel sekalipun di saat mereka memburukkannya.

*pause*

Mungkin benar kata-kata Wan Azizah,
Allah menjadikan Anwar bin Ibrahim untuk mengubah Malaysia.
Dan aku akui, kekuatan sebenar seorang Anwar Ibrahim ialah Wan Azizah dan anak-anaknya.
Sebab apa? Sebab dia adalah Anwar bin Ibrahim.

p/s: Maaf, aku bukan bercakap atas dasar politik. Aku bercakap atas dasar kebenaran dan keadilan. ;)


1.36 p.m. 11 May 2013

Thursday, 2 May 2013

BIASA-BIASA SAJA :)

Mereka bilang dia negarawan terulung.
Mereka bilang dia bapa pemodenan.
Mereka bilang dia bangsawan.
Mereka bilang dia pemimpin terbilang, berani berdepan dan berhujah dengan Yahudi laknatullah.

Tapi bagi aku,
untuk apa mengandalkan orang yang sering mempersoalkan hukum Islam?
Untuk apa membanggakan manusia yang berkali-kali mempermainkan sifat Rasulullah saw?

Bagi aku, dia biasa-biasa saja. ;)

3.20 a.m. 2 Mei 2013

KARUT DI MALAM HARI

Kau selalu cakap kau hebat.
Bangga sungguh kau dengan diri kau, dengan apa yang kau punya.
Sebab kau hebat... :)

Tunggu dulu. Hebat?
Kalau kau hebat, kenapa tidak saja kau menjawat jawatan Perdana Menteri?
Kalau kau hebatlah, kenapa saja tak menjadi ulama' tersohor?

Apa gunanya punya kerja yang bagus tapi kau tak punya akhlak yang indah.
Untuk apa berparas cantik sedangkan kau tak pernah sujud kepada Dia?

Bagi aku, itu bukan hebat.
Itu palat namanya.

Kau sila pergi berambus jauh-jauh, palat!

p/s: Rasulullah saw sendiri tak pernah mengaku dirinya hebat walaupun dia itu sendiri manusia HEBAT. ;)


3.16 a.m. 2 Mei 2013

KAU BOLEH DIAM TAK?


Diam.
Kau diam sahaja, please.
Semalam kau hebahkan kepada seluruh dunia
Bahawa anak lelaki kau diperlakukan seperti binatang
Kata kau, diliwat di duburnya.
Kau menyumpah, kutuk seboleh mungkin si pelaku itu
Kata kau, anak kau suci, bersih.
Tak tau apa-apa, tiba-tiba saja diliwat.

Tapi lepas tu, kau tukar fakta
Kau panggil ramai orang.
Untuk beritahu anak kau sebenarnya langsung tak diperlakukan sedemikian
Tak kena liwat pun.
Okay, orang semua percaya kata kau.
Sebab, kau sudi mohon maaf kepada kononnya si pelaku itu.

Kau diam!

Tapi hari ni kau muncul tiba-tiba dengan kenyataan bangang kau!
Mengaku bahawasanya memang anak kau diliwat oleh ‘dia’
Kau cakap apa ni pakcik?

Aku tak tuduh kau nyanyuk.
Sebab aku yakin kau masih punya akal yang waras.
Tapi aku nak tanya kau, berapa juta kau dibayar?

Ok diam!
Kau tak perlu cakap apa-apa pun.
Sebab kami semua tau dusta kau itu lakonan bodoh semata.

2.52 a.m. 2 Mei 2013

Tuesday, 23 April 2013

20 years from now you will be more disappointed by the things you didn't do than by the ones you did. So throw off the bowlines, sail away from the safe harbour. Catch the trade winds in your sails. EXPLORE. DREAM. DISCOVER. -mark twain-
keep calm. I am the law.

HIJAU

Aku membesar dengan suasana hijau.
Hidup aku dikelilingi dengan orang-orang yang berbaju dan berhati hijau.

Hingga pada satu tahap, aku keliru dengan pegangan aku sendiri.
Opps, bukan keliru.
Aku cuma ego!
Aku ego untuk mengakui yang aku jua sebenarnya berjiwa hijau. :)
Aku pernah berbalah dengan ummi aku sendiri kenapa perlu aku pun menyukai HIJAU?
Sedangkan aku jua punya pegangan dan pilihanku sendiri
Aku ego! Puih!

Aku rupanya sedang menipu diri aku sendiri.
Menidakkan yang pada haknya, aku sayangkan HIJAU itu.
Hingga pada satu ketika, Rabbi menggerakkan aku,
"kenapa perlu untuk kau melawan kuasa Islam itu? sedangkan jiwa kau Islam, agama kau Islam.

*pause*

:) Ya, sampai sekarang jiwa aku telah 100% diselaputi hijau
Dan dengan izin Allah, aku yakin kuasa ini menawan bumi Malaya bertuah ini.
pada 'detik' itu nanti.

5.34 p.m. 23 April 2013

ADA MASALAH KE?


Apa? Kalau aku tidak berhijab, tidak berjubah
Maka aku tak boleh pangkah PAS?
Kalau aku bermini skirt dan bertindik di lidah sekalipun, aku ini tak layak untuk mencari redha Allah?
Aku berdosakah kalau pangkah undi untuk PAS nanti?
Untuk kau tahu, dalam hati aku Rabbi berada di tangga tertinggi
Jadi, jangan kau persoalkan kenapa aku pangkah PAS.

3.50 p.m. 23 April 2013

BIAR BULAN BICARA... ;)


Ini kali, biarlah keadilan berpihak pula kepada kita
Ini kali, biarlah aman hati ini melihatkan teguhnya semua berpakat demi kebenaran
Dan kerana ini kali yang pertama buat aku, biarlah redha Allah mengiringiku di hari 5 Mei itu nanti
Yang pasti, segala harapan dan aspirasi aku akan terluahkan di atas kertas itu nanti
Maka Rabbi, Kau satu-satunya tempat kami melepaskan segala lelah pinta selama ini
Bukakanlah pintu seluas-luasnya demi sang kebenaran dan keadilan yang telah lama kami usung, yang selama ini kami berpakat-pakatan
Demi selangkah jua untuk menggalas redha-Mu Rabbi…

Ini kali, kalau benar sudah tertulis di Luh Mahfuz
Bahawa kami akan kecundang lagi, maka Kau gantikanlah ketenangan dan perjuangan yang tak akan berbelah bagi di hati setiap kami
Kau lorongkan kepada ‘mereka’ jalan untuk keadilan demi menggapai redha-Mu Rabbi…
Ini kali, aku tak mau lagi berahsia
Aku tak mau lagi memendam segala yang tersimpan selama ini
Ini kali, aku maukan segala jerit pekik perjuangan kebenaran ini dipandang tinggi
Dan ini kali aku kata, biarlah ‘bulan’ bicara sendiri… J

p/s: Kalau ada yang faham puisi aku ini, maka kalian biarkan saja bulan bicara sendiri..

3.32 p.m. 23 April 2013

Sunday, 21 April 2013

NAMANYA SAHABAT


Mereka-mereka ini kalau boleh aku khabarkan sebagai sebahagian daripada nyawa aku, maka itulah definisi mereka.
Definisi wujudnya mereka dalam hati aku, sebenarnya lebih berharga daripada emas.
Kerana…
Mereka ini aku tak layak untuk gelarkan sebagai kawan.
Aku tak sanggup untuk sekadar berkawan sahaja dengan orang-orang indah ini.
Kalau boleh, biarlah definisi mereka sama seperti sebahagian nyawaku yang lain.
Muncul  di waktu aku sangat-sangat memerlukan, ada ketika jatuh dan bangunnya aku.
Aku cuma pelik kenapa orang-orang ini masih lagi bertahan dengan aku yang kadang-kadang tak serupa aku-ya, hanya kalian yang faham mengapa aku berkata begini.
Mungkin kerana disebabkan mereka SAHABAT,
 maka aku yang kerdil ini dipandang dengan begitu tinggi sekali.:)
Tak perlu aku sebutkan satu-persatu nama kalian kerana kalian sememangnya tahu siapa kalian… J
Tak perlu.
Sebab kita akan terus bersahabat sampai hujung umur, maka aku akan panggil kalian dengan nama SAHABAT saja…

p/s: mau saja aku dengarkan kalian lagu ‘sahabat sejati’ (Sheila on 7) detik ini supaya persahabatan ini lebih terkesan di hati kalian.

9.24 p.m. 21 April 213

Saturday, 20 April 2013

SAMPAI BILA-BILA PUN KITA KAWAN


Kawan-kawan,
Izinkan aku bersuara sedikit bersempena dengan 5 Mei 2013 nanti
Tak perlulah aku jelaskan peristiwa apa yang akan berlangsung tika detik itu nanti J
Semua pun tahu,korang pun tahu ye dak?
Kawan-kawan,
Apa pun pilihan kita nanti, siapa pun pemimpin yang bakal kita pangkah nanti
Apa jua pun pendapat kita tentang politikus ini
Aku cuma berharap satu saja…
Kita tetap KAWAN sampai bila-bila, mungkin sampai tua,mungkin jua sampai mati… Kan?

9.19 p.m. 20 April 2013

ITU KATA KAU


Kau kata aku ini munafik
Sebab berkata-kata tentang agama
Sebab aku ini kan tidak bertutup auratnya, terbuka di sini sana
Kau kata lagi aku ini tidak layak untuk bersuarakan tentang hukum-hukum agama
Sebab kau kata aku sendiri pun jahil
Ya, aku jahil
Aku kurang di dada ilmu agamanya
Aku memang bukan seorang Aisyah r.a mahupun Sumayyah sang wanita besi bersalutkan iman
Tapi aku tetap dan masih bertuhankan DIA
Sampai bila-bila pun aku akan menghambakan diri kepada DIA
Sebab DIA tuan aku, DIA Rabb aku
Dan sebab aku pegang kata-kata kekasih DIA itu
“Sampaikanlah walau sepatah ayat”
;)

 10.12 p.m 19 April 2013

Thursday, 18 April 2013

LAGI APA MAU?


Mau apa lagi kalian
Bila aku bilang aku tak boleh jadi seperti apa yang kalian mau
Mau apa kalian?
Bila saja aku cakap aku ini aku,diri aku
Bukan seperti yang kalian minta untuk aku menyerupa seperti yang kalian pinta
Bengkokkah,luruskah,bodohkah,cerdikkah,hodoh,cantik-ini AKU!
Mau apa lagi kalian?
Sebab aku bukan tak mampu,yan pasti aku tak boleh jadi seperti semua yang kalian mau aku jadi
Cukup untuk aku jadi seperti aku,seperti ringkasnya seorang AKU
Jadi,berhenti berharap untuk aku menjadi seperti AKU yang kalian mau.

9.56 pm, 18 April 2013

Tuesday, 16 April 2013

DI SUATU PERNAH

Dulu kala, semuanya hal-hal yang indah belaka.
Tiada cela, tiada pernah celaka yang difikirkan.
Semuanya mau diteroka, dicuba, dirasakan, semua!
Cuba namakan apa saja, semua hal aku ingin tempuh.
Sebabnya satu saja, tak mau digelar ketinggalan zaman-betapa aku.
Betapa zaman kejahilan aku sampai detik ini pun aku tak mau lenyapkan.
Sebab, semuanya hal-hal yang indah.
Menyesal?
Maaf, dalam diri seorang Amal Husna Abd Samad, tiada perkataan PENYESALAN.
Tiada.
Sebab, dengan semua itu aku menjadi aku yang sekarang, yang selalu inginkan 'sesuatu'.
Yang tak akan pernah puas dengan apa yang dikecap.
Aku inginkan aku menjadi seperti maksud namaku, 'harapan kebaikan'. ;)

p/s: BILA JATUH,LANGKAH SETERUSNYA IALAH BANGUN DAN TERUS BERUSAHA. :)

16 April 2013, 11.48 p.m.

Thursday, 11 April 2013

SELAMAT KEMBALI!

Banyaknya habuk, sampai terbatuk-batuk aku bila saja membuka kanvas yang dah lama bersarang ni..
Selamat kembali menjadi alas contengan aku INIWILAYAHAKINIKANVASAKU!
Selamat kembali menjadi saksi segala luahan peri aku.
Yay!Aku dah boleh merapu meraban meconteng kanvas ini!

3.55 p.m. 11 April 2013