Hi Rambut Chantek!
Sedang apa? Dan di mana?
Dengan si dia eh?
Rambut Chantek,I rindu you. Rindu sungguh.
I baca semua conversations kita dari mula sampai habis,sampai kita decided untuk tak contact each other lagi.
Dan masih,you yang terpaling manis,masih lagi you terpaling sesuai,masih ada lagi dalam carta hati I.
You tetap terpaling manis,wahai Rambut Chantek kesayangan I...
Masih lagi setakat ni jadi lelaki yg paling buat I tersenyum bila bukak whatsapp. :)
I rindu moments tu sebenarnya.
Moments bila whatsapp I berbunyi and it was you.
Haih perit jugak eh rindu ni?
Perit,sebab sayangkan orang yg dah berpunya.
Tapi salah you la,sape suruh sayangkan I jugak?
Dah 3 bulan kita senyap kan Rambut Chantek?
Lama jugak tu...
Hmmm lama.
I rindu sebenarnya nak dengar bunyi whatsapp dari you.
Rindu nak jawab call dari you.
I rindu nak tengok muka you dengan rambut you yang cantik tu.
I rindu tengok you senyum dan pandang I curi-curi.
Alahaiiii sungguh you memang terpaling manis.
Ingat lagi tak masa last kita jumpa?
Beriya you nak jumpa I nak spend time dengan I.
:)
You suapkan I makan even I tak nak makan masa tu. You paksa I bukak mulut jugak.
Macam2 kita borakkan kan?
Dan,,,,,yang paling I tak boleh lupa,you proposed I untuk kahwin.
Haih I tak nak la ingat moment tu.
Nanti hati I pedih. Sakit.
Rambut Chantek,kat mana pun you,dengan siapa pun you,apa pun you buat,please know that I masih sayang dan teringatkan you.
Masih kadang2 harapkan you whatsapp I. Atau call I.
Jaga diri,jadi boyfriend yg baik eh kat Nana.
Nana perempuan yg baik,I respect dia.
Semoga bahagia! :)
I ok je... ;)
12.10 am 20 Mac 2016
--I rindu you. Tak ada perkataan lain selain rindu. Sebab you yg terpaling manis--
Seorang gadis anarki yang dalam diam dia memperjuangkan waktu. Yang tak semua orang tau dia memilih ritma hidup yang aman dan selalu percaya semesta terlalu membaik padanya. Yang mencintai drama,kadang drama itu dipercayanya ketimbang kebenaran yang tidak dramatis.
Total Pageviews
Monday, 21 March 2016
Sunday, 13 March 2016
SANG KEKASIH KACAK BUNDA
Amaran: Entri kali ini bernada pilu,perih dan sakit. Entri ini tentang kasihnya seorang bunda kepada anakandanya. Entri ini tentang betapa cinta seorang makhluk Tuhan bernama manusia kepada seekor makhluk Tuhan bernama haiwan. Jadi,jika kau tergolong dalam golongan yang akan berkata "eleh binatang je pun,tu pun nak meratap bagai" "Takpe.Binatang je kot.Bukannya manusia.Relaks la" "Pasal binatang pun nak menangis bagai,bazir air mata je",kau jangan baca tulisan ni. Ya,memang binatang je pun. Tapi ada beza dengan kau yang bergelar manusia yang punya akal waras dan sempurna fizikalnya. Bezanya binatang dengan kau,dia memang dicipta dengan tiada sezarah dosa pun kepada penciptanya. Tapi kau yang bergelar manusia,tidak maksum seperti Muhammad saw yang juga cintakan haiwan. Kau dicipta untuk dihisab segala amalanmu di hari percaturan nanti. Jadi siapa lebih mulia? Kau atau binatang itu? Maka jika kau manusia yang tidak berperi,jangan baca tulisan ini.
-------------------------------------------------------------------
Pada pekat malam yang masih bersisa,aku senandungkan lagu rindu bermelodikan sendu beritma pilu.
Ini lagu rindu yang paling ke langit.
Dalam bisingnya seorang aku,ada sebahagian tompok paling ranap jauh di dasar jiwa.
Kau bayangkan,kau dah terbiasa memeluk kebahagiaan,kau dah lali dengan hingar bisingnya gempita gembira,tiba-tiba salah satu punca kebahagiaan kau direnggut sekelip mata?
--kau yang asalnya seorang sepi.
Apa kau rasa?
Lebih dari bahagiakah?
Tuhan,cukuplah dengan 'hadiah' duka ini.
Janganlah Kau ambil segala rasa cinta yang masih berbaki ini.
Kasihan sama jiwa saya.
Berbasah air mata ia sejak ditarik punca bahagia yang satu ini.
Kau tidak kejam kan,Tuhan?
Ahh,bagaimana mau dilafaz kerinduan ini?
Sudahlah aku tidak bisa memberi mereka faham betapa kasihnya aku kepada si dia yang pergi itu.
Bagaimana mau dilupa begitu saja sedang ia menyekang biji mata saat mau dipejam?
Dongakkan aku kepada realiti ya Rahman bahawa dia itu bukti yang mati itu pasti.
Sempatkan aku bertemunya di sana nanti,kerana aku terlalu rindu.
Dan kalaulah boleh aku meminta kepadaMu,mau sekali aku dengarkan
"Hai bunda,seka air matamu. Aku di sini,di depanmu. Tak pernah ke mana-mana". :)
Wahai anakanda kekasih paling kacak bunda,tetaplah tempatmu di ruang jiwa bunda.
Yakinkanlah sang khaliq bahawa kamu terlalu cintakan bunda,agar dapat bunda merapatimu di jannah sana.
Wahai anakanda,harapnya kamu tidak lagi dibiarkan Tuhan untuk derita.
Bunda pasti,anakanda kini sedang aman dijaga Dia.
Cemburu sungguh bunda sama kamu.
Sedang di taman syurgakah kamu wahai anakanda?
Wahai Tuhan kekasih terpaling agung,izinkanlah anakanda hamba hadir di setiap mimpi-mimpi hamba.
Kasihan sama saya wahai Tuhan,menipu diri siang dan malam semata memujuk jiwa mengatakan dia masih ada.
Susah tau wahai Tuhan,sebab sakit ini adalah rindu.
Takkan ada penawarnya.
Hai Tuhan yang terpaling cantik,berikan aku masa untuk aku benar-benar mengabdikan diri kepadaMu ya Rabbi?
Supaya nanti bila di sana,dapatlah aku berrsua dengan anakanda tercinta.
Anakanda,bunda rindu... Terlalu rindu.
---Untuk Sifuu. Untuk Sifuu. Untuk Sifuu---
21 Februari 2016,5.06 p.m.

Subscribe to:
Posts (Atom)