Total Pageviews

Saturday, 8 November 2014

SESUATU ITU ENGKAU (SI DIA)
Tanggal ini, pada 3 tahun yang lalu, aku nampak kau betul-betul jelas di depan aku.
Jelas, ENGKAU.
Waktu itu, pada 3 tahun yang lalu aku masih jahil untuk mengakui tahap kewujudan kau.
Dan kali ini, pada tanggal yang sama, aku seolah-olah ditarik oleh dejavu untuk mengenang semuanya.
Kenapa engkau?
Sebab kau adalah sesuatu.
Kau itu suratankah atau kebetulankah atau memang ditakdirkan?
Kalau kau mau tahu, kau itu sesuatu.
Dan kalau kau mau mengerti, sesuatu yang sedang aku rasakan ini definisinya lebih daripada perasaan kasih. Aku sedang mengagumi engkau.
Kau adalah misi aku. Kau perlu tahu.
Aku sedang mengejar engkau yang sebenarnya.
Aku mengharapkan kau dalam tiap doa dan rayuan aku kepada Sang Kholiq.
Kau sesuatu, sesuatu yang aku terjemahkan sebagai definisi hidup aku.
Udara yang aku hirup tika ini adalah engkau.
Aku terlalu bangga melihat kau berkembang dan tumbuh sepanjang waktu dari saat pertama aku melihat engkau.
Aku cintakan perasaan itu. Dan aku tak mau perasaan itu binasa.
Aku nampak bibit-bibit kasihku di dalam kau.
Aku kini seolah-olah sedang bermimpi untuk menggapai bintang tapi itulah impian aku. Itu cita-cita aku. Walaupun payah. Ya.
Untuk apa lagi aku mencari yang lagi baik sedangkan aku dah bertemu dengan yang paling baik?
Dan kata orang filem, sesuatu yang susah untuk dicapai itu hasilnya nanti akan mewah.


8 Oktober 2014, 8.30 a.m (Sewaktu berada di dalam train dari Sungai Buloh ke Dato’ Harun dan sewaktu sedang berjalan kaki dari stesen Dato’ Harun menghala ke ofis)



SELAMAT HARI LAHIR SI PEMILIK 'HARAPAN KEBAIKAN'

Selamat hari lahir,Des! Umur makin bertambah,otak makin terbuka,hati semakin terang.
Maka,belajar-belajarlah untuk mendekati Dia secara lebih dekat.
Belajar untuk berpegang pada tali-Nya kuat-kuat.
Jangan pernah berpaling,jangan pernah berhenti mencari Dia.
Jangan terhenti mendaki tangga untuk mencapai segala yang dirancang.
Kalau jatuh,terus bangun.
Jangan terus terduduk.
Untuk cinta yang satu itu,kau serahkan saja pada Dia untuk dikabulkan.
Jangan pernah lupa,Dia ada. Selalu ada.
Selamat menerima pertambahan angka yang ke 27 wahai pemilik maksud 'harapan kebaikan'..


-6 November 2014,2.11 p.m.-

Wednesday, 26 March 2014

YANG ADA LOGIKANYA...

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder?? #MH370




Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).

Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).SUMBER

WALLAHUALAM....

p/s: Seperti yang kita satu dunia sedia maklum,MH370 hilang tanpa dapat dikesan selama 2 minggu lebih. Bemula tanggal 8 Mac 2014 sehinggalah 24 Mac apabila Dato' Seri Najib mengungkapkan perkataan "has ended its journey",pelbagai spekulasi dan teori dibuat. Aku adalah salah seorang yang juga sering berbincang dgn teman-temanku tentang teori kehilangan misteri pesawat tersebut. Dan catatan ini yang paling 'kena' sekali dengan teori aku bersama teman-temanku. Catatan ini aku ambil dari blog Anak Seberang (http://panggungopera.blogspot.com/2014/03/terdapat-5-agen-amerika-dan-israel-yang.html?m=1). Apa pun,segalanya adalah di atas kehendak yang Maha Berkuasa. Dia saja yang tahu kesemuanya. Hanya Dia yang bisa merungkai misteri pesawat MH370. Allahu.

Tuesday, 4 March 2014

PENYAKIT

Aku ada satu penyakit.
Kronik.
2 ubat untuk sembuhkan penyakit aku- pen dan kertas.
Penyakit aku muncul kala lewat malam.
Kala mata dan khayal bersatu.
Kala sekeliling aku bisu tak berbunyi.
Aku ada satu penyakit.
Kalau aku biarkan, mungkin aku akan nazak.
Mungkin ilham dan minda aku akan mati.
Tuhan, jangan kau rampas apa yg ada dalam benakku sebelum sampai masanya.
Aku masih perlu masa dan ruang.


10.37 p.m. 4 Mac 2014, kala mata sedang bertumpu kepada cerita 'Jiwa' di tv3, kala minda
ligat berputar ke sana ke sini. Deymmm padam taip padam taip aku utk berkarya yg satu ini!
Sumpah,kosong! :(

RUNUT BUNYI UNTUK YANG TERPALING HEBAT

RUNUT BUNYI UNTUK YANG TERPALING HEBAT

Kau kata kau yang terpaling hebat.
Kau kata kau yang terpaling cantik.
Kau kata kau yang terpaling layak.
Kau kata kau mampu untuk segala-galanya.

Jadi, mana sijil yang membuktikan semua kemampuan kau itu?
Aku nak tengok.

-3.28 p.m. 3 Mac 2014, di Secret Recipe Times Square selepas selamat menghabiskan 1 slice white chocolate macadamia cake sambil menunggu kedatangan si Arjuna. Bosan sebenarnya.

Tuesday, 25 February 2014

AKU PEMUJA RAHASIAMU


Ku pemuja mata kirimu.
Ku peminat radio di lehermu.

Yours truly,
Des Samad

Tuesday, 21 January 2014

TIADA APA-APA PUN

Sepi.
Tiada bunyi. Tiada rasa. Tiada warna.
Dan saat ini minda aku, minda kamu bersatu.

5.57 p.m. 21 Januari 2014

Monday, 20 January 2014

MALAM KU BERMIMPI

Semalam aku mimpi. Mimpi tentang seseorang yang aku ingin dan teringin untuk menghabiskan seluruh waktu hidup aku dengannya. Indah, terlalu indah mimpi tu... :)
Dan lewat kebelakangan ini, aku perasan ada saja benda yang seolah-olah menunjukkan serupanya ada kimia yang begitu kuat antara aku dan seseorang itu. Seolah-olah seperti dejavu.
Aku tak dapat nak mentafsirkan mimpi tu dan semua yang aku lalui berkaitan dengan seseorang itu.
Tapi, aku tunggu. Aku tunggu sampai satu masa, semua persoalan aku akan dijawabkan olehNya. :)

6.13 p.m. 20 Januari 2014