Setinggi-tinggi Al-fatihah buat Allahyarham Tan Sri Dato’
Seri Dr Azizan bin Razak, bekas MB Kedah yang telah pulang ke rahmatullah pada
jam 11.10 pagi tadi. Innalillah…
Bercakap
mengenai allahyarham Ustaz Azizan, otak aku terus laju teringatkan Almarhum Ustaz
Fadzil Noor. Macam ada persamaan antara dua tokoh yang menjadi kekaguman ramai
orang tersebut- baik dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khusunya dan juga
dari kalangan pemimpin serta penyokong Barisan Nasional.
Mungkin
benarlah kata orang, kita hanya sedar betapa orang tersebut amat berharga dan
bermakna kepada kita apabila dia sudah tiada lagi di depan kita. Ya, sangat
cliché tapi memang tepat sekali! Kenapa aku berkata demikian? Sebab aku pun
tergolong dalam kalangan orang yang tak tau nak menghargai selama seseorang itu
masih ada. Aku bercakap semua ini dalam konteks kisah seorang Ustaz Azizan
seperti yang ingin aku tulis, ya?
Macam
ni ceritanya. Selepas saja PAS kalah teruk kepada BN dalam PRU13 yang lalu, aku
jadi sedikit sebanyak menyalahkan Ustaz Azizan di atas peranannya sebagai
seorang MB Kedah. Bagi apa yang aku nampak dari mata kasar aku, ustaz seorang
yang lembab dalam membuat kerja- itu yang menjadi punca kekalahan PAS. Bagi aku
yang jahil ini, kalau pucuk pimpinan yang tertinggi tak menggerakkan parti,
maka kekalahan lah sebagai balasannya.
Mungkin
dari persepsi aku yang Ustaz Azizan lembab disebabkan beliau jarang diberi
publisiti seperti pemimpin-pemimpin parti yang lain, jarang muncul di media dan
tak pernah terlibat dalam sebarang kontroversi melampau. Namun rupa-rupanya aku
SALAH. Aku sendiri tidak tahu bahawa ‘orang dalam’ (orang-orang bawahan dan
pemimpin PAS Kedah) itu sendiri yang menjadi punca kekalutan dan kejatuhan PAS
di Kedah pada PRU13 yang lalu. Ya, aku nyata hanya bermain dengan telahan dan
syak wasangka aku sendiri. Betapa jahil seorang aku tika itu.
Okay,
cukuplah pasal persepsi bangang aku tu. Yang menjadi point aku di sini adalah
betapa almarhum mengingatkan aku kepada almarhum Ustaz Fadzil Noor.
Perjuangannya sama macam Ustaz Fadzil Noor- gagah dalam senyap. Patutlah betapa
arwah diberi penghormatan tinggi daripada ramai pemimpin BN yang hadir semasa
majlis pengkebumiannya. Aku nampak keikhlasan dan kejujuran tatkala Dato’
Mukhriz dan Tun Mahathir mengulas tentang peribadi arwah.
Kata
Mukhriz, peribadi arwah yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa pun
membuatkan ramai orang senang dengannya, tanpa mengira pahaman parti. Dato’
Seri Najib juga menyatakan beliau kehilangan seorang sahabat apabila Ustaz
Azizan pergi.
Tapi
bagi aku, kematiannya betul-betul mengingatkan aku kepada almarhum Ustaz Fadzil
Noor. Dari segi kepimpinan, peribadi, gaya bercakap dan cara berpolitik- sebiji
menyerupai almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kebetulan, arwah dikebumikan di
perkuburan yang sama dengan almarhum Ustaz Fadzil Noor. Mungkin setakat ini,
tiada seorang pun lagi tokoh Islam di Kedah yang mampu menandingi kehebatan 2
wira ini, yang mana seluruh hidupnya diabdikan kepada Maha Besar dan rakyat
semata.
Kepada
keluarga allahyarham, tabahkanlah merelakan pemergian beliau kerana arwah pergi
berjumpa dengan kekasih yang telah lama menantikannya. Arwah pergi secara elok
sekali di mana begitu ramai yang hadir menziarahi dan memuji kepimpinannya.
Semoga roh arwah ditempatkan di sisi-Nya di kalangan orang yang dijanjikan
syurga. Dan semoga legasi kepimpinannya yang zuhud dapat diteruskan oleh waris
beliau.
Al-fatihah…