Total Pageviews

Friday, 31 August 2012

KAWAN.BUKAN EX BOYFRIEND.

Dari dulu, kau tak pernah jauhkan diri dari aku. Setiap kali aku perlukan kau untuk cerita problem aku, kau tak pernah lari. Kau terus dengar, dengar dan dengar setiap apa yang keluar dari mulut aku. Padahal aku dah tak ada apa-apa dengan kau sejak 3 tahun lepas. Aku tahu, kau sayang aku. Sayang kau kat aku tak pernah terhenti dari dulu lagi kan? Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Sebab selalu sokong aku. Walaupun status kita sekarng ni adalah 'kawan'. Aku tak suka nak gelarkan kau sebagai 'ex bf'' aku. Aku lagi selesa bahasakan status kita sebagai 'kawan'. Sebab? Sebab dari dulu lagi sejak awal aku kenal kau, kau selalu berkawan dengan aku. Apa-apa pun aku ceritakan kat kau. Maksud aku, perkara yang serius dan yang aku selesa untuk berkongsi dengan kau.
 Dah banyak kali aku buat hati kau terluka, tercarik, terparut, terkoyak, terbuang, terkecewa dan macam-macam ter lagi la. Aku permainkan kau. Aku buat kau menangis. Jadi, karma ke yang aku tengah lalui sekarang ni? Mungkin aku tak nampak kesungguhan kau dulu selama 3 tahun kita bersama. Kau lelaki pertama yang pernah menangis untuk aku! KAu satu-satunya lelaki yang menangis sebab aku! Maaf, sebab tak nampak apa yang kau nampak dalam 'kita' dulu. Maaf, sebab selalu buat kau tercalar. Mungkin aku tak cukup matang dulu. Mungkin aku belum ada kesungguhan dalam bercinta dulu. Tapi kau hebat! Tak pernah menyerah untuk terus berkawan dengan aku. Masih lagi sudi nak berkawan dengan orang yang banyak buat kau tercalar! Masih lagi mampu terima aku sebagai kawan!
Waktu-waktu macam ni, tak ada apa lagi untuk aku cakap banyak-banyak. Aku nak doakan kau dapat perempuan yang baik, yang jauh tak serupa macam aku! Aku nak kau dapat perempuan yang betul tak berlakon baik, yang ada agama, yang berbahasa anggun dan yang boleh jadi isteri kau sampai syurga! Sebab aku tak mampu untuk jadi perempuan macam semua kriteria tu kat kau dulu.
Jangan risau, aku akan doakan semua tu sebab aku nak kau bahagia dan terhibur selalu dengan wanita tu. Sebab apa? Sebab kau selalu menjadi KAWAN aku...

(10.33 pm-11.04 pm 31 Ogos 2012)

Sunday, 26 August 2012

AKU SIAPA?

Tuhan, Kau tahu semuanya.
Kau tahu dari yang mula sampai ke pengakhiran.
Kau yang mengatur dari sebelum dan sesudah.
Kau tahu yang mana benar, yang mana satu batil.
Kau tahu rasa apa yang mendiami segenap hati ini semenjak 25 tahun yang lalu.
Rasa apa itu kalau perlu kuertikan kepada mereka kiranya terus-terusan dilempar bertubi-tubi kepada aku?
Sesungguhnya Tuhan, rasa itu sangat susah untuk ditafsirkan.
Sesungguhnya rasa itu hanya aku yang ditakdirkan untuk merasainya.
Mungkin, itu kurniaanmu kepadaku.
Aku ini siapa?
Seorang sialkah di matanya?
Definisi apa aku ini untuk dirinya?
Mungkin tiada pengertian siapa aku di mata dia, di mata mereka.
Mungkin definisi aku ini hanya terisi di sisi Tuhanku.

(6.03 pm- 6.20 pm 24 Ogos 2012)

yang namanya yatim piatu...

Aku ini yatim.
Aku ini piatu.
Maka aku yatim piatu.
Tiada pernah berayah dan tidak pernah beribu.
Maka aku yatim piatu.
Jangan tanyakan aku bagaimana rasanya kasih dan sayang seorang ibu, kerna kasih itu tak pernah terbias langsung kepadaku.
Walaupun sedikit, setitik pun tidak.
Maka aku manusia yang rugi, kerna syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Tapi aku, tiada beribu.
Ibu, mana ibu?
Ibu di mana?
Kenapa ibu tak benarkan kasih ibu untuk aku miliki?
Kenapa tinggalkan aku?
Kejamnya ibu!
Ayah...
Untuk ayah tahu, aku teringin benar memanggil 'ayah'.
Teringin benar aku untuk menumpang redup kasih ayah tapi aku gagal.
Aku gagal untuk mewujudkan seorang ayah dan ibu.
Aku ini gagal untuk dedikasikan cinta dan kasihku kepada dua makhluk itu.
Kerana, seorang ayah dan seorang ibu itu tak pernah wujud selama aku bernafas.

(8.13 pm- 8.28 pm 24 Ogos 2012)

Thursday, 16 August 2012

150 JUTA BANGSAT

Masuk ni dah kali ke 150 juta kau janji nak berubah
Berubah. Berubah. Berubah.
Last-last kau yang jadi bah!
Amende kau cakap ni?
Janji Abu Jahal ke yang kau cuba nak berurusan dengan aku?
Tolong jangan jadi macam Abu Jahal bila berbicara.
Kau tengok diri kau.
Dah cukup bagus?
Sempurna?
Puiii jauh panggang dari api!
Sekarang cakap dengan aku apa kau nak buat?
Lu cakap serupa bangsat lu tau!

(5.01 am-5.05 am 16 Ogos 2012)

Friday, 3 August 2012

kala malam

Ramadhan ke 15. Jam putih jenama Ikea di dinding dah menunjukkan pukul 3.44 pagi. Aku masih segar, bugar. Tak mengantukkah duhai mata? Masih memegang lappy dengan facebook, twitter, youtube terpampang di depan mata. Layan youtube aku malam ni, cerita lawak "Nak Balik Raya". Siapa berlakon? Johan Raja Lawak! Hahahaha... Beginilah aku kala malam, kala mata masih segar, kala tiada apa-apa untuk dilayan. Esok puasa, aku dah bersahur maggie sup soto tadi. Cukuplah tu, tak perlu pun makan banyak. Ramadhan ke 15, ibadat aku masih koyak rabak sana sini. Malunya aku! Malu sungguh aku pada DIA! Malunya aku sebab waktu-waktu macam ni Rasulullah saw sibuk merindui bulan mulia ni dengan beribadat kepada DIA. Aku pula? Wahai si DIA, peluklah aku selalu agar aku tahu menghargaiMu. Rindukanlah aku agar aku selalu melekat di sejadah merahku dengan bibir yang selalu basah mengulang setiap patah ayat dalam kitab ajaib itu. Aku rinduMu!

3.43 am - 3.52 am
4 Ogos 2012