Jumaat, 20 Julai 2012.
Oh, esok Sabtu! 1 Ramadhan! Ahlan wasahlan ya ramadhan....
Ramadhan, tolong jaga aku sebaik mungkin tahun ini ya...
Aku nak peluk kau sampai habis hayat kau!
Tolong jangan izinkan si tanduk itu berkawan dengan aku
Tolong datang ziarah aku setiap masa.
Tolong buat aku jatuh cinta yang parah dengan sebuah buku ajaib bernama Al-quran.
Tolong ya Ramadhan, aku minta tolong kau jangan lepaskan aku, setiap detik pun!
Tolong sampaikan pada Rabbi, aku nak menginap di Jannah.
Tolong doakan yang aku tak terlupa untuk biarkan zikir memuji Rabbi beralun di bibirku.
Jumaat, 10 malam. Beberapa jam saja lagi kau akan tiba. Jujur, aku dah bersedia nak sambut kau di pintu hati...
Kalau boleh, tolong sedarkan aku dari nyenyak tidur kala malam itu tiba
Aku nak bersujud sekali dengan pokok, rumput, kucing, batu dan kesemuanya!
Tolong ya Ramadhan, teringin sekali aku nak bangun kala lailatulqadar tiba!
Jangan sisihkan aku dari kau ya Ramadhan!
Walau meski mereka berkata 'eiii dia tu jahil agama! Dia itu seksi! Dia itu entah sembahyang entah tak'
Tolong jangan adili aku sebab aku selalu tahu Rabbi itu tak pernah sisihkan aku...
9.54 pm-10.11 pm, 20 Julai 2012.
Seorang gadis anarki yang dalam diam dia memperjuangkan waktu. Yang tak semua orang tau dia memilih ritma hidup yang aman dan selalu percaya semesta terlalu membaik padanya. Yang mencintai drama,kadang drama itu dipercayanya ketimbang kebenaran yang tidak dramatis.
Total Pageviews
Friday, 20 July 2012
Thursday, 19 July 2012
ENTAH...
Kau di sana, aku berdiri di sini.
Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau
Tapi dalam kepala aku ada kau.
Kau takkan faham
Aku sendiri pun tak faham.
Kau dan aku takkan faham semua ini
Mungkin sampai bila-bila pun kita tak akan faham.
6.34 am, 17 Julai 2012
Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau
Tapi dalam kepala aku ada kau.
Kau takkan faham
Aku sendiri pun tak faham.
Kau dan aku takkan faham semua ini
Mungkin sampai bila-bila pun kita tak akan faham.
6.34 am, 17 Julai 2012
Tuesday, 10 July 2012
SI BETINA
Makin hari makin aku benci... Makin hari semakin galak buat perangai supaya dibenci, supaya semua orang membenci! Perlukah aku namakan yang satu ini sebagai 'manusia bertopengkan syaitan'? Atau mungkin saja 'anjing'? Maafkan aku kerana tak mampu untuk melakonkan watak manusia hipokrit. Maafkan aku kerana tak sudi untuk sembunyikan rasa dan amarah yang terpendam selama hampir setahun di sini. Aku tak seperti si betina itu, berjaya dengan watak hipokrit, bermuka-muka, galak, garid (garidnya tanpa sempadan!). Ampunkan aku Tuhan kerana tak mampu untuk memandang wajah jeliknya. Bukan apa, akin dipandang, makin jijik mata hitamku! Maafkan bila aku selalu saja menyumpah seranah, mencaci-maki si betina. Kerana aku tak reti untuk memaafkan dan menerima perempuan sejijik itu. Oppss, betina! Betina boyot yang sedang mengandungkan anak kedua. Izinkan aku untuk memanggilnya si betina saja. Aku selesa begitu,maaf... Betina yang saban hari saban memboyot perutnya namun mulut selancang,,,nauzubillah! Tuhan, tolong... Tolong buat dia sedar dengan kelakuannya. Tolong bisukan mulutnya yang telah membuatkan ramai jiwa yang teraniaya, terpinggir, terlaknat oleh mulut gampangnya! Tuhan, tolong buatkan dia menjadi seorang PEREMPUAN dan MANUSIA...
*ampunkan aku sebab bahasa-bahasa yang digunakan di sini amatlah kurang sopan untuk dibaca oleh mereka yang tidak tahu menilai sebuah PENULISAN dan KARYA... ;)
25 Jun 2012
3.34 pm-3.45 pm
*ampunkan aku sebab bahasa-bahasa yang digunakan di sini amatlah kurang sopan untuk dibaca oleh mereka yang tidak tahu menilai sebuah PENULISAN dan KARYA... ;)
25 Jun 2012
3.34 pm-3.45 pm
Subscribe to:
Posts (Atom)