Ya Allah...! Dah lama rupanya aku abaikan benda ni. Dah lama aku tak jenguk separuh dari diri aku ni. Terima kasihlah buat kawan-kawan sebab selalu sogok aku dengan soalan yang sama hampir setiap hari! Dan lagi berterima kasih sebab tolong tanyakan aku dengan soalan pintar selain dari "oi, ko bilenye nak kawen?","des,ko nak kawen umur berape?". Aku nak mintak tolong. Tolong paham yang soalan ni sangat-sangat cliche' bagi aku! Tak mencabar langsung! Sangat tak meransangkan minda aku untuk menjawab apatah lagi untuk bertindak balas...Haha!
MENULIS... Kalau ditanyakan pada aku apa aku dapat dari menulis? Aku akan cakap 'MEMORI & KEPUASAN'. Yeah right, aku dah lama tak dapat kepuasan ni. Sebabnya? Sebab dah lama aku tak mengasah otak ni setajam-tajamnya. Jangan tanyakan aku kepuasan apa yang aku dapat dari menulis. Sebab aku hanya akan cakap 'kepuasan yang aku sendiri je yang tau'. Dan sesungguhnya kepuasan ini takkan pernah berakhir.
Kalau seorang pendendam berjaya membalas dendamnya dengan membunuh orang yang didendam, itu namanya kepuasan. Mungkin seluruh hidupnysa dia memeluk kepuasan itu. Kalau seorang ahli politik menang dalam kerusi yang ditanding selepas bermati-matian berlakon menjadi pembela rakyat, itu aku panggil kepuasan. Kepuasan yang datang dengan pakej yang akan menyenangkan seumur hidupnya! Kalau seorang artis menang 'Anugerah Bintang Popular' selepas bagai nak rak pancing undi dengan membeli bertan-tan surat khabar dan buat kelab peminat, itu memang namanya kepuasan! Kepuasan sebab dapat barang kemas berjuta-juta, dapat kereta mahal, dapat duit! Kepuasan yang semua orang boleh dapat walaupun kepuasan itu sebenarnya telah menidakkan hak untuk mereka-mereka yang selayaknya menerima hasil-hasil itu.
Kepuasan aku hanya aku yang tahu, walaupun mulut aku menolak untuk mengungkapkan pengertiannya tapi hati, jiwa dan fikiran aku bersatu untuk mengakuinya, cukup untuk merasakan erti kepuasan itu sendiri. Kalaupun ada orang yang cuba memahami kepuasan aku, kemungkinan besar jiwanya searah dengan jiwa aku. Seperti kata orang putih "it takes one to know one"....
3.16 pm-3.59 pm
22 Jun 2012